Support My Blog

Friday, April 20, 2018

LUMPA IKAN - MAHALNYA !!

LUMPA IKAN (Dried Fish Gas Bladder atau Swim Bladder) merupakan satu jenis bahan makanan kategori makanan berkhasiat yang amat berharga. Penulis blog kali pertama menjumpai produk ini semasa membuat lawatan ke Pasar Besar Tawau dimana dipasar ini banyak dijual produk makanan laut seperti ikan bilis, sotong, pelbagai jenis ikan masin atau ikan kering, segala jenis kuih kering dan juga bergantungan lumpa ikan. Pada mulanya penulis macam lihat bahan ini adalah sejsni keropok kering yang biasa dijual dengan bergantungan. Bagaimana pun apabila mendekati produk tersebut ia berharga RM6,000.00 sebungkus!... Amboi betul ke keropok kering ini dijual dengan harga sampai lebih sebulan gaji pegawai kerajaan Gred 44. Oleh kerana macam kurang percaya dengan produk ini maka penulis pun wasap kepada seorang boss di LKIM Malaysia dengan hantar foto dan bertanya apakah benda ini dan kenapa ianya sangat mahal. Beliau menjawab dalam wasap dimana ia adalah Lumpa Ikan yang kering yang sangat berkhasiat dan diminati oleh golongan elit atau orang kaya daripada China. Harganya memang mahal sebab produk ini memang sukar untuk mendapatkannya. Ia dijual dipasar ini mengikut saiz, jenis ikan dan juga ketebalan isinya. Ada yang dijual dengan harga RM600.00 sepaket (saiz kecil dan nipis sahaja) manakala yang berharga RM2,400 dalam pakey yang besar sedikit dan sederhana tebal. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agri Technology" satu produk yang jarang penulis jumpa dan tidak kenal sebelum ini iaitu lumpa ikan untuk dikongsi bersama pembaca.


Sebenarnya lumpa ikan atau pun dalam bahasa sainsnya 'Pelampong Ikan' yang berada didalam perut ikan yang telah dikeringkan. Dalam bahasa Inggeris ia dipanggil sebagai "Air Bladder" atau "Swim Bladder" yang memang organ penting untuk ikan didalam air semasa berenang atau bergerak mengikut kedalaman paras air. Dalam perut ikan terdapat beberapa organ penting lain iaitu Hati ikan (Liver), Pelampong Ikan (Gas Bladder), Ovari (Ovaries) dan juga organ lain (Sila lihat foto disebelah). Apa yang ada dalam pelampong ikan ini adalah udara sahaja yang boleh diisi dengan sedikit atau banyak mengelembong melalui sistemnya yang tersendiri. Fungsi organ ini adalah untuk membolehkan angin tersebut 'mengapongkan' dan menstabilkan pergerakan ikan didalam air. Ia juga berfungsi untuk mengawal keseimbangan badan ikan agar tidak terbalik kerana apabila berada didalam air perlu ada udara sama seperti kapalselam dalam naik kepermukaan aur atau menjunam kedasar laut. Saiz lumpa dan ketebalan lumpa ini bergantung kepada jenis ikan dan saiz ikan tersebut. Bagi sesetengah ikan ia mempunyai lumpa yang besar dan tebal tetapi tidak pada spesis ikan lain. Dimaklumkan ada beberapa spesis ikan laut yang menjadi buruan dimana ia mempunyai lumpa ikan besar dan tebal. Organ ini kemudan dikeluarkan, dibersihkan dan dikeringkan sama ada dibawah sinaran matahari atau pun alatan pengering elektronik. Bila sudah cukup kering ianya akan dibungkus sama ada cara biasa atau dimasukkan dalam kotak khas yang menarik. 


Semasa membuat tinjauan mendapati beberapa orang peniaga berbangsa Cina memang tidak layan orang Islam yang ada bertanya produk ini. Ini kerana beliau tahu orang Islam dan tempatan memang tidak mampu untuk membelinya kerana harga yang terlalu mahal (sehingga RM6,000 satu paket). Isu kedua juga kerana peniaga tahu orang Islam memang kurang percaya akan khasiat lumpa jika mereka beli dan makan lumpa ini dan kebanyakannya akan lebih suka membeli Ikan Kering, Udang Kering, Ikan Bilis dan produk laut lain yang dijual. Pada penulis blog yang dari jauh memerhatikan gelagat pembeli dari Semenanjung mendapati mereka hanya tunduk melihat produk biasa dan tidak melihat bahagian atas dimana lumpa ikan ini digantung (Sila lihat foto disebelah). Dalam temubual penulis dengan kumpulan pembeli ini mereka tidak tahu itu adalah pumpa ikan yang  mahal dan menyangka ia adalah sejenis keropok ikan biasa. Memang selama 2 jam penulis blog membuat pemerhatian tidak ada pun orang yang membeli produk lumpa ikan yang dijual dipasar tersebut. Apakah sebenarnya rahsia dan kehebatan lumpa ikan ini dari segi khasiatnya?. Hanya mereka yang pakar dalam bidang nutrisi sahaja dan mereka yang pakar dalam bidang perubatan Cina yang tahu apakah kegunaan produk ini sehingga mahal harganya. Ia mungkin penulis blog samakan dengan produk Sarang Burung Walet yang dijual dengan harga lebih dari RM5.000 sekilogram. Kepercayaan akan khasiat mungkin antara sebab hanya mereka yang 'berhajat' dan 'berkemempuan' sahaja yang membeli produk ini untuk tujuan perubatan dan juga tujuan makanan kesihatan.


Daripada beberapa tijuanan penulis dengan beberapa orang rakan dan temubual dengan peniaga apakah keistimewaan lumpa ikan ini. Lapisan pelampong ikan dalam perut ikan merupakan satu lapisan organ yang kukuh dimana gas didalamnya tidak boleh bocor kecuali melalui saluran khusus. Ini juga berkait dengan kepercayaan kandungan bahan berkhasiat seperti kalogen serta protin berkualiti tinggi didalamnya yang baik untuk rawatan masaalah tertentu atau menjaga kesihatan pemakannya. Lazimnya lumpa ikan yang telah kering ini tahan lama disimpan. Kaedah memasaknya ada pelbagai cara tetpi yang paling sering adalah dengan memasak SUP LUMPA IKAN (Sila lihat foto dibawah). Cara memasak sup memang mudah sama dengan kaedah atau cara memasak sup daging dan sup lain iaitu bahan isinya perlu digantikan dengan lumpa ikan. Kalau dihidangkan direstoren tentu harganya memang mahal. Biasanya sup lumpa ikan ini akan dimakan begitu sahaja sebagai pembuka jamuan atau dimakan dengan nasi putih. Bagi masyarakat Cina ia dimakan dengan sup dengan dicampur dengan bawang putih dan daun sup. Enak dimakan semasa suam panas dan boleh disimpan dalam peti sejuk dan dipanaskan semula. Pada penulis blog memang belum pernah makan makanan berasaskan lumpa ikan ini kerana jarang jumpa dan kini apabila sudah juma di Tawau pun tidak mampu membelinya. Semuga rencana kali ini dalam blog anim agro technology memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!!.

FISH SWIM BLADDER..DIPANGGIL 'LUMPA'..
IKAN BESAR... AMAT MAHAL HARGANYA...
DIBUAT SUP... PALING SUKA ORANG CHINA..
AMAT BERKHASIAT... ITU DAKWA MEREKA...

By, 
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Aras 2, Tanjung Market Tawau,
Jalan Dunlop, Tawau,
Sabah, Malaysia.
(15 Rejab 1439H)
Bersamaan 31 Mac 2018.
Kemaskini rencana pada 4 Syaaban 1439H.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...