Support My Blog

Sunday, August 6, 2017

TAHI AYAM - BAJA ORGANIK

BAJA TAHI AYAM juga dipanggil sebagai Tinja Ayam atau Kotoran Ayam ('Kotay' di Indonesia) merupakan produk hasilan ternakan ayam selain daripada daging ayam, telur ayam dan produk sampingan lain. Dalam pada itu penulis blog dahulu pernah belajar subjek Asas Sains Pertanian di Sekolah dan melakukan aktiviti 'Kebun Sekolah' memang telah diberitahu guru bahawa tahi ayam adalah baja organik yang sangat bermanafaat. Baja Orgnik juga dikaitkan dengan najis haiwan lain daripada haiwan ruminan seperti kambing, lembu, rusa dan sebagainya. Umum juga telah faham walau pun tahi ayam memberikan masaalah bau busuk semasa menggunakannya akan tetapi dari segi sektor pertanian khususnya petani yang menanam tanaman makanan seperti sayuran dan buah-buahan singkat masa amat memerlukan bahan baja organik tahi ayam ini. Kini tahi ayam yang baru dihasilkan dalam reban perlu dirawat atau diproses dahulu sebelum aktiviti penanaman dijalankan. Iaselalunya akan dicampur dengan habuk kayu sebelum dibungkus dan dijual sebagai baja tahi ayam segar. Tahi ayam segar ini sebaiknya perlu menjalani proses pereputan dahulu (composting) sebelum ianya digunakan dalam kebun. Penulis blog sering nyatakan dimana sebenarnya petani terlebih dahulu faham akan tentang tanah dan kesuburan tanahnya. Penggunaan baja tahi ayam dilaporkan akan menyuburkan tanah kerana baja organik didalamnya akan membolehkan ia mereput seterusnya memberikan nutrien dan organisma untuk tujuan kesuburan tanah. Kesuburan tanah adalah kemampuan tanah untuk dapat menyediakan unsur nutrien dalam jumlah yang cukup dan berimbang untuk pertumbuhan dan mampu menhasikan kutipan hasil. Kesuburan tanah biasanya akan ditentukan oleh faktur ketersediaan unsur nutrien yang cukup dan berimbang dalam tanah, kandungan air tanah yang optima, kndungan udara tanah yang optima dan keujudan hidupan mikrob tanah yang baik. Pemberian baja organik seperti baja tahi ayam ini mampu memberikan faktur kesuburan tanah seperti dibincangkan diatas. Rencana pagi Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" satu tajuk mengenai baja tahi ayam untuk bahan bacaan dn rujukkan anda semua.


Dalam pada itu tahap kesuburan tanah dibezakan kepada dua keadaan iaitu KESUBURAN TANAH SEBENAR dan KESUBURAAN TANAH POTENSI. Kes pertama iaitu kesuburan tanah sebenar adalah dirujuk kepada kesuburan tanah iaitu tahap kesuburan tanah hakiki atau kesuburan semuljadi yang tersedia. Sementara itu bagi jenis kesuburan tanah potensi dirujuk kepada tahap kesuburan tanah maksimum yang dapat diperolehi dengan intervensi teknologi yang optimakan semua faktor termasuk mmberi baja, memasang sistem pengairan dan aplikasi teknologi lain yang sesuai. Baja Tahi Ayam mempunyai beberapa jenis komponen yang menyebabkan ia adalah jenis baja organik yang popular. Selain daripada ianya mudah didapati, mudah diangkut dan hargaa murah membolehkan baja tahi ayam dikomersilkan. Baja Tahi ayam tinggi kandungan bahan Nitrogen (N) dan terdapat unsur Posfora (P) dan Kalium (K) didalamnya. Bergantung pada tahap kesihatan, diet dan umur haiwan ayam yang mengeluarkan tahi ayam maka tahap kualiti tahi ayam bervariasi. Bagaimana pun antara perkara yang selalu dikaitkan dengan baja tahi ayam adalah 'BAU BUSUK' apabila ia digunakan dikebun yang mana ia mengundang lalat seterusnya menyebabkan penduduk dikawasan kawasan kebun membuat komplen (Sila lihat foto disebelah). Bau busuk ini adalah dari gas amonia yang terhasil dari baja tahi ayam dan menganggu kesejahteraan hidup mesyarakat sekitar. Penulis selalu menasihatkan pekebun agar menutup dengan segera baja tahi ayam yang digunakan dengan tanah atau plastik silvershine ketika membubuh baja tahi ayam dalam kebun mereka. Pengalaman penulis selalu menerima surat komplen daripada penduduk ditaman peumahan yang bersebelahan dengan kebun sayur yang sering menggunakan baja tahi ayam. Walau pun kini ada penanam sayur yang menukar baja tahi ayam dengan jenis tahi ayam proses tetapi masih ada juga bau terhasil walau pun ianya singkat. 


Baja Tahi Ayam terbaik adalah baja yang terkompos dan sedia untuk diambil unsur baja oleh tanaman. Baja tahi ayam mampu uuntuk mempertahankan tahap kelembaban di sekitar akar tanaman dan menjaga lapisan atas tanah daripada menjadi terlalu panas.
Baja tahi ayam adalah jenis baja organik yang perlu menjalani pengkomposan dimana kemudian ianya akan membebaskan bahan kimia unsur nutrien yang dapat masuk ke tanah untuk diserp oleh akar. Lazimnya proses pengkomposan ini melibatkan beberapa jenis mikrob atau bakteria baik yang memecah dan akan menguraikan bahan organik dalam tanah. Baja tahi ayam yang dibubuh pada tanah perlu ditutup dan dikompos dulu dimana kesan kesuburan tanah agak lama berbnding dengan aplikasi baja sebatian kimia (Sila lihat foto disebelah). Baja tahi ayam yang kering tahan lama sama ada disimpan dalam beg atau didalam tanah sehingga mendapat air. Kemudian bakteria pengkomposan baru hidup dan menguraikan bahan tersebut. Keujudan air dalam tanah sangat penting untuk proses penguraian tahi ayam sehingga menghasilkan unsur nutrien yang boleh diambil daripada tanah. Ada beberapa dakwaan dimana baja tahi ayam adalah dikelaskan dalam 'slow release organic' kerana ia mungkin mengambil masa beberapa bulan atau tahun untuk pengkomposan selesai sepenohnya. Penulis blog selalu syorkan kepada petani agar bagi tanaman kekal seperti buah-buahan dan kelapa sawit bubuh baja tahi ayam dibubuh sekitar 4-6 bulan sekali dengan meletakkan satu beg tahi ayam dan dipotong dibahagian bawahnya. 


Daripada beberapa rujukkan dan semasa belajar di Universiti dahulu ada dikatakan baja organik tahi ayam merupakan jenis baja irganik yang palng baik. Ini jika dibandingkan dengan baja organik lain kerana bahagian cecair tahi ayam mampu bercampur dengan air dengan cepat. Tahi ayam juga didapati mengandungi unsur Nitrojan (N) tiga kali ganda Iebih banyak dari tahi haiwan lain dari kandang ternakan. Analisa makmal mendapati kandungan unsur nutrien dalam tahi ayam bagi Nitrogen (N) sebanyak 1.70% berbanding dengan Tahi Lembi (0.29%), Tahi Kuda (0.44%), Tahi Babi (0.60%) dan Tahi Keldai (0.55%). Sementara itu dilaporkan kandungan unsur Posforan (P2O5) dalam Tahi Ayam sebanyak 1.90%, Tahi Lembu (0.17%), Tahi Kuda (0.17%), Tahi Babi (0.41%) dan Tahi Keldai sebanyak (0.31%). Analisa makmal juga menunjukkan kandungan unsir Kalium (K2O) dalam Tahi Ayam sebanyak 1.50%, Tahi Lembu (0.35%), Tahi Kuda (0.35%0, Tahi Babi (0.13%) dan Tahi Keldai (0.15%). Kenyataan ini menunjukkan tahi ayam adalah sejenis baja organik terbaik dari segi kandungan unsur NPK dan analisa menunjukkan tahi ayam juga ada mengandungi unsur mikro seperti Zink (Zn), Kuprum (Cu), Zat Besi (Fe) dan juga Molybdenum (Mo). Baja Organik Tahi Ayam juga merupakan paling cepat proses pereputannnya berbanding dengan tahi haiwan lain yang dipaparkan diatas. Mungkin ramai dikalangan pembaca kurang arif mengenai maklumat berkaitan baja tahi ayam ini.


Daripada beberapa kajian dan penelitian penulis blog menunjukkan bahawa baja tahi ayam selalu memberikan respon tanaman yang terbaik pada musim pertama tanaman pada tanah baru (Sila lihat foto disebelah). Perkara ini terjadi disebebkan tahi ayam relatif lebih cepat terkompos serta adalah mudah larut apabila kena air dan lazimnya mengandungi unsrur nutrien yang cukup pula dibandingkan dengan jumlah unit yang sama dengan tahi haiwan lain. Bahan organik tahi ayam dalam proses pembajaan mampu melepas­kan nutrien tanaman dengan lengkap termasuk unsur N, P, K, Ca, Mg, S serta zat mikro dalam jumlah tidak tentu dan relatif kecil tetapi berfungsi. Tahi ayam dapat memperbaiki struktur tanah dimana lazimnya akan menyebabkan tanah menjadi ringan untuk diuruskan dimana ia memmudahkan ditembus akar tanaman. Akibatnya tanah akan lebih mudah diuruskan untuk tanah-tanah berat yang kurang subur seperti tanah bris, tanah liat dan tanah bermasaalah yang lain. Tahi ayam memberi kesan terhadap peningkatkan daya menahan air (water holding capaci­ty). Kesannya kamampuan tanah untuk menyediakan air menjadi lebih banyak dan keujudan air tanah menjadi lebih terjamin. Tahap Permeabiliti (Permeability) tanah akan menjadi lebih baik. Ia mampu menurunkan permeabiliti pada tanah bertekstur kasar (tanah berpasir) dan ia sebaliknya meningkatkan permeabiliti pada tanah bertekstur sangat lembut (tanah lempung).


Baja Organik Tahi Ayam seterusnya didakwa mampu untuk meningkatkan KPK (Kapasiti Pertukaran Kation) se­hingga mampu untuk mengikat kation menjadi lebih tinggi,  Ini berlaku apabila dibubuh baja ini dengan dos tinggi maka zat tanaman tidak mudah untuk tersedia diambil akar tumbuhan. Baja ini mampu untuk memperbaiki kehidupan biologi tanah (baik jenis mikrob berfaedah atau jenis lain) terjadi kerana tahap ketersediaan makanan mikrob dalam tanah adalah lebih terjamin. Penulis blis semasa meninjau kebun peria di Kuantan mendapati tahap kesuburan tanaman peria yang dibubuh baja tahi ayam lebih nyata subur berbanding dengan yang kurng menerima baja ini (Sila lihat fotoo disebelah). Tanah menjadi subur kerana ia didapati mengandungi hidupan mikrobial dalam jumlah yang cukup yang berperanan dalam proses pengkomposan bahan organik. Baja tahi ayam atau tinja ayam adalah baja pilihan terbaik, termurah dan memang disyorkan kepada petani dan juga kepada pengusaha tapak semaian. Penelitian penulis mendapati baja tahi ayam merupakan komponen penting kepada semua penanam sayur komersil terutama untuk sayuran daun, sayuran buah, tanaman buah-buahan sama ada dikawasan tanah tinggi atau pun ditanah pamah.


Dalam amalan teknologi tanaman kelapa sawit memang kurang dinyatakan kepentingan baja tahi ayam. Banyak jurnal nyatakan baja tahi ayam sangat sesuai untuk pokok kelapa sawit yang baru ditanam (Sila lihat foto disebelah). Baja tahi ayam yang kaya dengan kandungan Nitrogen (N) dan Posforan (P) dan Kalsium (K) merupakan jenis baja yang "Slow Release" iaitu tahap pengambilan nutrien yang lambat di dalam tanah. Kelebihan Baja Tahi Ayam yang digunakan dikebun kelapa sawit dan tanaman buah-buahan lain adalah menggemburkan tanah, memberikan kelembapan kepada tanah. mengekalkan kesuburan tanah , memperbaiki pH tanah dan seterusnya memperbaiki tekstur tanah dan sebagainya. Pada masa ini terdapat produk berasaskan tahi ayam dipanggil BAJA TAHI AYAM PROSES. Baja jenis ini didapati lebih mendapat sambutan walaupun harganya lebih mahal daripada harga tahi ayam fresh. Tahi ayam yang diproses dengan mengeringkannya dan diperkaya dengan kandungan NPK, dapat mengurangkan bau yang kurang menyenangkan, mengandungi serta bahan Mikroorganisma Berfaedah. Diantara beberapa kelebihan Baja Tahi Ayam Proses ialah seperti memberikan kesan yang cepat terhadap tanaman, kurang kesan bau busuk, mengandungi baja tambahan NPK yang seimbang, mudah untuk disimpan di dalam stor dan juga mudah untuk diangkut kekebun. Semuga tulisan ini memberi infoo berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!!..
BAJA TAHI AYAM.. BAJA ORGANIK SAMA....
AYAM DAGING... AYAM TELUR PUN ADA...
MENYUBURKAN TANAH...CARA BAGAIMANA...
DAPAT MAKLUMAT ...MEMBACA RENCANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1429, Hotel Zenith,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(2 Ogos 2017)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...