Support My Blog

Monday, August 21, 2017

BUAH NENAS - KEHEBATAN BROMELIN

BUAH NANAS (Ananas comosus) merupakan sejenis buah tropika yang penting dalam sistem permakanan manusia sama seperti buah tropika yang lain. Buah nanas lazimnya dimakan segar atau pun diproses untuk dijadikan produk lain seperti Jus Nenas, Nenas Kering (Vacuum Fry), Pes Nenas, Tart Nenas dan dimasak sebagai makanan berasaskan nanas. Antara masakan berasaskan nanas adalah seperti Paceri Nenas, Rojak Nanas dan sebagainya. Bagaimana pun pengambilan nanas segar antara yang terbaik untuk kita kerana ia mengandungi semua khasiat yang terkandung dalam buah nanas termasuk bahan BROMELIN (Bromelain). Bromelin adalah enzim proteolitik yang selalu dijumpai dalam bahagian dalam batang dan buah nanas. Enzim ini selalu dihasilkan sebagai hasil sampingan daripada pembuatan memproses jus nanas. Dalam kilang menghasilkan atau mengekstrak Bromelin terdapat beberapa teknologi atau cara khusus yang dapat digunakan untuk proses Pemendapan (presipitation) enzim ini dengan menggunakan bahan yang dikenali dengan nama Amonium Sulfat dan Alkohol. Kepada mereka yang makan nenas segar dan memilih isi buah nenas serta makan bahagian tengah berserat bermakna ia telah mengambil bromelin yang didakwa mampu untuk mencegah kes kanser. Ini adalah kehebatan makan buah nenas yang selama ini kurang diketahui umum. Rata-rata kita semua hanya suka makan bahagian isi nenas yang lembut dan manis sedangkan bahagian empulur nenas tawar, keras sedikit dan berserat ada yang membuangnya. Mungkin masih ramai kurang tahu akan kehebatan khasiat buah nenas terutama empulurnya. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" berkaitan kandungan bahan enzim Bromelin sebagai satu bahan yang berguna daripada buah nanas untuk dijadikan bahan rujukkan.


Penggunaan bahan Bromelin mungkin telah lama dilakukan kajian oleh para saintis dan orang biasa. Sejarah menunjukkan dimana buah nanas telah digunakan sebagai buah untuk meningkatkan kesihatan (medicinal plants) terutama dikawasan Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Orang Venezuela didakwa mula menggunakan Bromelin semenjak tahun 1891 dengan kaedah penapaian buah nanas. Kemudian pada tahun 1982 seramai 3 orang saintis mereka memberikan indentifikasi Bromelin didalam semua tanaman nenas atau yang tergolong dalam keluarga Bromaliceae. Hanya buah nenas masak yang dikupas ada mengandungi bahan bromelin dimana sebenarnya ia boleh diekstrak. Kini produk bromelin ada dijual dipasaran dalam bentuk serbuk atau kapsul dengan disimpan dalam botol kedap udara (Sila lihat foto disebelah). Walau pun produk bromelin ini ada dijual dipasaran oleh syarikat ternama tetapi untuk dapatkan bromelin adalah dengan makan buah nenas segar. Dilaporkan enzim bromelin ini mudah rosak dalam suhu yang tinggi dan agak tahan lama sedikit dalam persekitaran terkawal. 


Terdapat dua jenis atau sumber Bromelin dari pokok nanas iaitu Bromelin Batang Nenas (Stem bromelin) dan Bromelin Buah (Fruit Bromelin). Bromelin Batang (EC 3.4.22.32) dihasilkan daripada mengekstrak batang nenas dikenali sebagai enzim proteolitik yang diterima sebagai sebahagian perubatan Fitoterapi (Phytotherapeutical drugs) yang didapati dari pokok nanas. Sebahagian dari penggunaan Stem Bromelin (SBM) ini adalah untuk berikan rawatan platelet agregation, angina pectoris, bronchitis, sinusitis, surgical traumas, thrombophritis, pyelonphritis dan meningkatkan kecekapan penyerapan ubat terutamanya ubat antibiotik. Walau pun saintis masih sukar memahami keadaan dimana kebolehan bahan bromelin ini melalui halangan membran sel tetapi ia memberikan kesan positif. Bagi Bromelin Buah (EC3.4.22.33) ianya diperolehi daripada jus nenas segar atau dinamakan sebagai Bromelase, (satu trademark), Bromelin, Pinase, Pineapple enzyme, traumanase, Fruit Bromelain FA2 dan juga Enzim Nenas. Ia juga didakwa sesuai untuk tujuan perubatan dan kesihatan. Apa pun perlu ada kajian berterusan secara saintifik dan klinikal untuk kegunaan bahan bromelin pada masa akan datang di negara kita yang juga salah sebuah negara utama pengeluar nanas dunia.


Dalam beberapa penulisan ada dinyatakan dimana bahan enzim Bromelin ini yang mana ia diambil daripada bahagian tengah buah nenas mencegah masaalah sebagai anti kanser Usus. Ada dakwaan dimana kehebatan bromelin ini memang sengaja dirahsiakan oleh pihak medik barat kerana melindungi industri pengeluaran ubatan mereka. Kehebatan bromelin yang membantu didalam proses penyerapan semua vitamin dan mineral dalam usus membolehkan kita sebenarnya kurang mengambil ubat. Dalam kes pensakit kanser bromelin didakwa mampu untuk melunakkan dinding-dinding sel sehingga ubat dapat benar-benar menyerap kedalam sel. Kesan dari itu dimana penggunaan ubatan hanya perlu 25% sahaja daripada dos sebenar. sebagai contoh jika pengambilan pil antibiotik disyorkan adakan dengan dos sebanyak 100 gram maka pesakit hanya perlu ambil 25 gram sahaja kalau makan nenas yang mengandungi bahan bromelin. Kenapa pekara seperti ini masih dirahsiakan?. Mungkin ada kemungkinan juga sebab selama ini industri perubatan dunia boleh juga terancam penjualannya dimana mereka mengawal industri ini. Adalah dinasihatkan agar ketika makan nenas jangan buang tengahnya kerana dibahagian tersebut paling banyak kandungan bromelin. Ada juga dakwaan dimana bromelin didakwa 10,000 kali ganda lebih kuat daripada kemoterapi kepada masaalah kanser. Dalam kes lain didakwa dimana buah nenas yang dimakan mampu untuk membersihkan kes penyumbatan pembuluh darah kerana bromolin dan vitamin C mempu membersihkan sgala lemak yang berada dalam pembuluh darah. 


Nenas di Malaysia merupakan satu jenis buah yang terus ditanam sepanjang tahun dengan beberapa varieti yang ditanam untuk pasaran domestik dan eksport.  Pada tahun 2016 seluas 15,774 hektar kawasan fizikal bertanam nenas dengan seluas sebenar bertanam 13,134 hektar. daripada jumlah tersebut seluas 10,354 hektar telah berjaya dituai dengan hasil tuaian sebanyak 391,714 metrik tan dengan nilai pengeluaran sebanyak RM515.248 juta. Malaysia masih menanam nenas dengan komseril dimana sekitar 68% adalah diusahakan oleh penanam bumiputra dan bakinya 32% oleh bukan bumiputra. Nenas MD2 merupakan varieti nenas yang semakin popular dikalangan penanam. Selain itu nenas Josapine, Nenas Moris, Nenas Sarawak, Nenas N36 dan beberapa varieti lagi masih ditanam dibanyak lokasi. LPNM melaporkan seluas 2,281 hektar nenas MD2 telah ditanam dan dituai pada tahun 2016 dengan jumlah hasil sebanyak 60,153 metrik tan yang bernilai sekitar RM132.13 juta. Nenas MD2 dengan kualiti buah yang manis dengan purata berat 1.2 - 2.5 kg sebiji berbentuk selinder pelukan masa selama 14 bulan untuk dituai. Harga ladang nenas MD2 diantara RM2.00 - 3.00 sekilogram dan juga nenas ini digelar sebagai 'Nenas Madu' dikalangan masyarakat umum. Pada masa ini purata prkapita pengambilan buah nenas sekitar 14.5 biji seorang setahun akan meningkat lagi dimasa akan datang dengan kesedaran dimana ada bromelin didalamnya yang baik untuk kesihatan. Semuga artikel kali ini memberi info terbaik untuk pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
APAKAH BROMELIN...SUDAH DICERITA...
BUAH NANAS... MEMANG PUNCANYA...
DALAM BATANG...DIBUAHNYA PUN ADA...
TINGKAT KESIHATAN...MAKAN NENAS JUA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Tanaman Nenas MD2 Anzeca,
TKPM Lanchang, Temerloh,
Pahang, Malaysia.
(20 Dulkaedah 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...