KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, July 2, 2017

ROTI CANAI AWANG - ENAK

ROTI CANAI AWANG merupakan satu jenis roti canai yang popular di Melaka semenjak lebih 25 tahun dahulu. Penulis blog mula makan roti canai Awang ini di Bukit Baru Melaka sekitar tahun 1980'an lagi dan ianya berpindah beberapa lokasi sebelum menetap disebuah rumah lama di Bukit Beruang, Melaka. Restoren ini (hanya merupakan sebuah rumah cina lama) bertempat di depan Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang ini popular bukan sahaja dikalamgan kaum Melayu tetapi pelaggan utamanya adalah kaum Cina juga. Memang amat sukar untuk mendapatkan tempat duduk dan lazimnya ramai menunggu untuk mendapatkan kerusi. Kedai lama ini berada dibawah bukit jalan utama agak sukar untuk mendapatkan tempat letak kereta dan sebaiknya parking dijalan bellakang sekolah rendah tersebut dan perlu berjalan melintasi jalan utama yang sibuk untuk sampai. Tempat letak kereta yang berada disebelah kedai ini hanya memuatkan sekitar 5 biji kereta itu pun tebing yang amat tinggi dimana ia sering menyebabkan kereta akan tercalar jika silap pandu. Pada penduduk tempatan mereka memang suka makan roti canai ini atas beberapa sebab. Pertama adalah roti canai ini tebal tetapi garing disamping kuahnya yang enak (dibuat sendiri karinya) dan dimakan bersama ikan Jenahak dan Sotong. Artikel pagi ini setelah makan 15 keping roti canai awang bersama keluarga saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai roti canai Awang yang penulis kira sebagai lagenda di Melaka.


Roti Canai Awang seingat penulis dahulu dimasak dengan kayu api sekitar tahun 1980'an lagi. Bagaimana pun kini ia sama seperti kaedah memasak roti canai lain dengan menggunakan dapor gas. Adunan tepong yang khusus membolehkan roti ini adalah tebal tetapi amat garing dan rangup kulit luarnya (Sila lihat foto diatas). Roti ini dijual dengan harga RM1.00 sekeping amat memuaskan pelanggan yang lazimnya makan sekitar 2 keping seorang dengan kuah kari atau isi ikan. Pemilik asal En Awang kini kadang-kadang sahaja muncul tetapi ia disediakan oleh ahli keluarganya dengan dibantu oleh 5 orang pekerja. Pemilik akan mencanai, menggoreng dan seterusnya mengagihkan kepada pelanggan mengikut giliran (Sila lihat foto disebelah). Beliau akan mengawal siapa yang akan mendapat setiap kali pelanggan tiba berdasarkan kepada angka giliran. Lazimnya kertas pesanan akan diletakkan ditepi menja mencanai untuk membolehkan beliau menentukan jenis roti canai yang dipesan sama ada roti kosong atau roti telur. Keutamaan adalah kepada pelanggan yang makan duduk dimeja dan mereka yang membuat pesanan membungkus akan diminta menunggu mengikut giliran.


Pada penulis dan pelanggan lain selain daripada keenakkan roti canai dikedai ini, kari ikan merupakan satu tarikan utama. Bagi Kari Ikan Jenahak bahagian isi dijual dengan harga RM15.00 sepinggan (Sila lihat foto disebelah) dengan ada isi ikan dan juga kacang bendir didalamnya. Ikan segar didalamnya sepotong memang sesuai dimakan bersama kari dan roti canai. Sementara itu ada pula yang memesan Kepala Ikan Jenahak dimakan bersama roti canai awang yang dijual dengan harga sekitar RM20.00 - RM25.00 satu pinggan berdasarkan kepada saiz kepala ikan tersebut. Hidangan kari kepala ikan jenahak ini biasanya menggunakan pinggan besar berbanding dengan isi kepala ikan dnegan pinggan bersaiz sedang sahaja. KAri yang dibuat sendiri amat enak dimakan dengan roti canai apa lagi kalau dimakan dengan isi ikan. Biasanya kuah yang tidak mencukupi boleh ditambah. Untuk air minuman terdapat minuman panas dan sejuk seperti teh tarik, milo, kopi, teh ais, nescafe dan sebagainya. Harga segelas air sama sahaja iaitu RM1.50 segelas besar.



Walau pun pelanggan terpaksa 'bersabar' untuk makan Roti Canai Awang tetapi mereka akan tetap menunggu. Proses untuk mencanai dan menggoreng agal lama sedikit dengan kaedah membuat rpti canai biasa kerana faktur ketebalan. Roti canai ini memang agak tebal daripada biasa menyebabkan ia lama digoreng. Pelanggan biasanya menunggu selama 30 - 45 minit duduk dimeja menunggu makanan dihantar kemeja terutama pada hari Sabtu dan Hari Ahad. Kalau pada hari-hari bekerja biasa ia adalah cepat dihantar sekitar 12-15 minit sahaja. Roti kosong merupakan paling sesuai dimakan dengan kari ikan digidangkan dengan sudu dan garfu (Sila anda lihat foto disebelah). Biasanya penulis mampu makan 2 keping sahaja dan ia mengenyangkan sehingga petang. Memang enak makan roti canai awang ini yang mana penulis dan penduduk disekitar Bandar Melaka menggemarinya. Selain daripada ianya unik penulis dapati hidangan kari dan kari ikan memang amat membolehkan pengunjung akan datang kembali. Semuga coretan ini memberikan maklumat kepada pembaca blog anim agro technology akan hidangan roti canai awang yang telah bertapak lama di Negeri melaka ini dan dikunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat. Kepada mereka yang ingin merasai hidangan ini sila datang ke Melaka, Wasallam!..
ROTI CANAN AWANG... ADA DIMANA...
BUKIT BERUANG MELAKA,,,LETAKNYA...
MEREKA BEROPERASI...KEDAI LAMA...
MAKAN SEKALI... SELALU NAK CUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kedai Roti Canai Awang,
Bukit Beruang, Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(7 Syawal 1438H)
Selamat HAri Raya AidilFitri.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...