KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, July 25, 2017

TANAMAN KUCAI - APA DIA?

TANAMAN KUCAI (Allium tuberosum) atau nama lain dikenali sebagai Allium ramosum adalah sejenis tanaman dari keluarga Alliaceae iaitu sama dengan Keluarga Bawang. Daun kucai merupakan sejeis sayuran berdaun yang juga sesuai di tanam di kawasan tanah rendah atau tanah tinggii untuk pasaran segar. Penulis Blog mendapati data mengenai keluasan tanaman kucai kurang dilaporkan dengan tepat kerana keluasan tanaman ini sering bercampur dengan tanaman daun bawang (Sumber: Laporan Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2016). Bagaimana pun penulis yang mendapat info dari rakan setugas menyatakan di Negeri Johor terdapat seluas antara 150 - 220 hektar tanaman kucai diusahakan petani pada setiap tahun untuk tujuan pasaran domestik dan eksport ke Singapura. Tanaman ini boleh di gunakan sebagai Sayuran atau pun sebagai Bunga Hiasan dimana ia memang sesuai ditanam sebagai hobi yang memberi faedah jika ditanam disekeliling rumah. Program Bumi Hijau Jabatan Pertanian mengesyorkan tanaman kucai sebagai pilIhan untuk ditanam dalam pasu atau plastik beg dalam Program Bumi Hijau dengan konsep 'Tanam Sendiri - Makan Sendiri'. Pada saya yang pernah membuat penelitian terhadap beberapa varieti atau jenis tanaman kucai dinegara ini mendapati memang tidak ramai yang mengetahui akan pencirian terhadap beberapa jenis kucai. Tanaman kucai yang menggunakan biji benih yang diimport dari luarnegara berlaku semenjak dahulu kerana biji kucai tidak terhasil di Malaysia.  Artikel ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman kucai untuk bacaan anda.


Dalam beberapa rujukkan penulis menapati dimana dipercayai tanaman kucai telam mula di perkenalkan di Malaysia oleh kaum Cina yang suka makan kucai sebagai sayuran. Dahulu masyarakat Melayu dan India serta kaum lain di Malaysia kurang tahu atau kurang makan kucai tidak seperti sekarang. Pada masa ini penanaman kucai secara komersil di lakukan oleh penanam sayur kebanyakannya kaum Tiounghua dan beberapa petani Melayu yang ada pasaran tetap. Tanaman kucai dilakukan dikawasan sayuran komersil dimana ia ditanam diatas batas dan ianya banyak menggunakan bahan organan (Baja tahi ayam, Baja Orgnik Formulasi dsb). Tanah terbik untuk tanaman kucai adalah dari jenis lom berpasir, liat lom, tanah gambut dan tanah mineral yang subur dan tidak mudah banjir. Sistem pengairan sangat penting disediakan untuk menentukan bekalan air mencukupi. Apa pun sistem sairan dan perparitan amat diperukan bagi mengelakkan kawasan tanaman kucai tenggelam kerana ia akan mudah rosak jika tenggelam. Kadar keperluan baja organik bergantung kepada jenis tanah (Mineral atau Gambut atau Pasir) dan juga penggunaan baja tambahan seperti baja foliar. Tanaman Kucai adalah tanaman singkat masa yang memerlukan kaedah kawalan rumpai menggunakan racun 'pre-emergence' atau pun kawalan rumpai dijalankan secara manual. Kehadiran banyak rumpai dikawasan batas penanaman kucai selalunya mengganggu pertumbuhan dan kualiti kucai yang dihasilkan kelak.

Di Malaysia penanaman kucai lazimnya menggunakan bebawang (bulb) atau pun dengan menggunakan biji benih yang diimport. Bagaimana pun lebih praktikal untuk menggunakan bebawang yang matang dan disusun dalam batas tanah sedalam 2-3 cm dalam tanah dengan jarak tanaman 30 cm x 50 cm. Pada peringkat awal penanaman perlu disiram sebanyak 2 kali sehari dengan sistem pengairan sempurna sehingga tanaman kucai matang (lazimnya 50 -60 hari lepas tanam). Tanaman kucai yang berdaun lembut daripada umbisi perlu dijaga dengan baik dari pringkat awal penanaman. Amalan pembajaan sebaikny menggunakan baja 15:15:15 sebanyak 15 gm sepokok dan di berikan secara berperingkat sehingga sesuai untuk kucai dituai. Disyorkan agar mengelakkan dari menggunakan racun rumpai ketika hampir menuai tanaman kucai dan jika ada rumpai dibuang secara manual. Tanaman kucai yang dijaga dengan baik akan sesuai dituai apabila berumur sekitar 50-60 hari (hampir dua bulan). Kucai dituai dengan mencabut setiap rumpun dan dibersihkan segala kekotoram seperti tanah yang melekat pada akar sebelum dibasuh dan dikumpulkan dalam bakul. Harga pasaran kucai yag telah sedia dibersihkan di ladang adalah lingkungan RM1.00 - RM1.60 /kg beberapa thun dulu dan masih turun naik mengikut permintaan dan bekalan. Kucai akan dimasukkan kedalam bakul untuk dibawa kepasar borong dan sistem pasaran sehingga kepada pengguna. Biasanya dalam keadaan tanpa peti sejuk ia tahan sehingga 3-5 hari dalam keadaan segar (disiram air) tetapi didalam peti ais lebih lama masa simpanannya.


Penggunaan daun kucai sebenarnya agak terhad berbanding dengan jenis sayuran lain. Selalunya daun kucai dimasak sebagai sayuran segar atau digunakan untuk campuran dalam membuat kuih tradisional. Paling biasa bagi kaum Melayu kucai ini digoreng bersama daging ayam atau  telur dan dimakan dengan nasi. Bagaimana pun daun kucai amat penting didalam makanan seperti Char Kuew Tiow, Kuew Tiow Goreng, Mee Goreng, Beehon Goreng dan beberapa makan lain. Kucai mengandungi Vitamin C dan Vitamin B, Karotin dan yang istimewanya ada kandungan Belerang (Sulfur) yang dipercayai bagus untuk mengurangkan darah tinggi,penyakit sengugut, Kepituhan dan sembelit. Kajian klinikal mendapati kucai juga mengandungi antiseptik yang mampu membunuh kuman dalam perut dan sistem penghadaman usus. Kepada mereka yang berani boleh mencuba minum jus kucai dengan memasukan daun kucai dalam 'blender' dan minum setiap hari. Daun Kucai didakwa mengandungi banyak Vitamin C dan Vitamin A , Kalium dan Asid Folik yang sangat perlu untuk meningkatkan kesihatan. Kucai didakwa membantu melegakan sakit tekak, sakit perut, melindungi dari sakit jantung dan strok dan juga membantu dalam proses mengurangkan lemak dalam badan. Daun kucai juga meningkatkan tahap imuniti badan dan menahan serangan dari bakteria. Selain itu daun kucai membantu mengelakan dari hidung tersumbat, mencegah nafas berbau, mengelakan sakit perut dan kurangkan tekanan darah tinggi. Ada juga kajian yang menunjukkan daun kucai mampu meningkatkan tahap kesihatan mata dan penglihatan. Semuga artikel kali ini memberikan sedikit ilmu kepada semua pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!!.

MENANAM KUCAI ...DIATAS BATAS....
KUCAI DIMASAK....SAYUR PEDAS....
TANAMAN MUDAH...HASIL PANTAS...
BANYAK KHASIAT...SEPERTI DITULIS... 

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar Baru UDA,
Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
(20 Syawal 438H)

Monday, July 24, 2017

APB UNTUK KAWAL PEROSAK TANAMAN (Part 2)

KAWALAN PEROSAK TANAMAN boleh dilakukan secara AMALAN PEROSAK BERSEPADU (APB) dimana ia adalah satu perkara untuk mendapatan hasil tanaman berkualiti. Definasi bagi ABP ini adalah pendekatan kawalan perosak melalui beberapa pendekatan seperti Kaedah Biologi, Kaedah Kimia, Kaedah Kultura, Kaedah Mekanikal atau Fizikal dan Kaedah Kuarantin. Gabungan kaedah kawalan ini melibatkan ilmu pengetahuan dan kefahaman yang khusus kepada petani yang ingin melaksanakan kawalan secara APB ini. Banyak jenis tanaman kini mempunyai pakej kawalan perosak secara bersepadu terutama tanaman makanan. Antara beberapa jenis tanaman yang telah ada pakej amalan APB ini seperti sayur-sayuran, kelapa, padi, tanaman kontan dan sebagainya. Ramai dikalangan petani yang lebih suka atau gemar menggunakan bahan kimia dengan pelbagai jenis racun dalam mengawal perosak tanaman. Ini kerana racun memberikan kesan yang nyata pada kacamata mereka tetapi banyak juga kesan negatif jika sering menggunakan racun sahaja. Ia akan menimbulkan kesan kekebalan (immunity) kepada serangga selain daripada kesan terhadap alam sekitar apa lagi kesan kepada manusia akibat sisabaki racun tersebut. Kawalan Perosak Bersepadu yang mementingkan konsep ETL (Economic Treshold Level) dalam membuat kawalan memang amat digalakkan untuk menghasilkan kualiti produk yang lebih berkualiti, selamat dimakan, murah serta berkesan. Artikel subuh Ramadan ke 3 kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kaedah kawalam APB didalam usaha untuk mengawal perosak tanaman.


Beberapa kaedah APB secara fizikal dan mekanikan juga lazim dilakukan oleh petani yang memahami konsep ini. Penggunaan perangkap serangga sering dilakukan untuk memerangkap serangga yang terdapat dikebun. Antara alatan yang digunakan adalah seperti Perangkap Steiner, Perangkap Feromon, Perangkap Payong, Perangkap Lampu UV dan juga Perangkap Lampu (Sila lihat foto diatas).  Perangkap ini akan menyebabkan serangga yang tertarik dengan bau feromon, cahaya terang atau faktor lain masuk dalam perangkap ini dan kemudiannya akan mati atau dimusnahkan. Penggunaan feromon seperti Methyl eugenol dalam botol plastik menarik serangga lalat buah atau Fruit Fly (Bactocera carambolae) yang mersakan hasil tanaman. Feromon ini akan menarik lalat buah datang dan apabila masuk dalam perangkap akan mati terkena racun serangga didalamnya. Lampu UV dan lampu sportlight juga ada digunakan dalam kebn sayur dan sawah padi untuk menarik serangga pada malam hari. Daripada pemerhatian penulis beberapa pekebun sayur di projek TKPM Sepayang, Rompin dan TKPM Sg Atong, Lipis, Pahang ada beberapa peserta menggunakan perangkap lampu untuk mengawal serangga perosak. Encik Ahmad peserta TKPM Sg Atong telah memasng 2 unit Lampu Mentol UV bagi tujuan untuk perangkap lalat dikebun sayurnya dan berjaya dengan berkesan dari serangan ulat pengorek lengai jenis kacang panjang. Kupu-kupu dewasa akan datang kepada cahaya UV ini dan kemudian jatuh ketanah dan dimakan oleh semut pada esok hari. Penulis dapati  kaedah kawlan ini juga berjaya mengurangkan kadar serangan ulat pengorek buanh kacaang atau lengai, ulat makan daun dan beberapa lagi jenis serangga perosak lain. Keberkesanan kaedah ini mampu memberikan hasil kacang berkualiti, tidak mengguna racun kimia dan keberkesanan kos yang efektif.


Perangkap Baldi dengan menggunakan bahan feromon kini semakin popular digunakan oleh petani dalam kebun sayur, kelapa dan tanaman lain (Sila lihat foto diatas). Dalam kebun kelapa sebagai contoh praktikal adalah dengan pemasangan perangkap kumbang tanduk dimana ia menggunakan bekas baldi dan Paip PVC didapati amat berkesan mengawal serangan kumbang tanduk (Rhinocerous beetle). Kumbang ini akan tertyarik dengan feromon RBW Lure yang diletakkan dalam baldi atau PVC dan akibatnya kumbang tanduk akan terperangkap didalamnya (Sila lihat foto diatas). Kawalan bagi kumbang jalur merah boleh dibaca dalam penulisan saya sebelum ini (Sila klik disini). Kaedah memasang perangkap feromon dikawasan tanaman kelapa merupakan teknik yang paling mudah untuk dilakukan. Perangkap ini dibuat khusus untuk diletakkan dalam kebun kelapa dengan bilangan tertentu oleh Jabatan Pertanian. Bahan kimia khusus yang menarik RPW dewasa diletakkan didalam bekas baldi berlubang dimana apabila RPW dewasa ada dikawasan maka ia akan memasukki perangkap tersebut. Sama ada ia spesis R. vulneratus atau R. ferungineus maka disediakan laporan dan juga kaedah kawalan. Kehadiran spesis yang kini dikatakan lebih merbahaya adalah oleh R. ferungineus dimana ia mampu menyerang dengan cepat dam memusnahkan tanaman lebih teruk berbanding dengan serangan oleh spesis RPW Tempatan (R. vulneratus). Terdapat perbezaan nyata diantara kedua spesis ini kepada mereka yang telah berkursus. Kaedah memasang perangkap feromon ini juga boleh dilakukan sebagai satu kaedah kawalan yang agak berkesan. Kaedah lain mengawal serangan dan kehadiran RPW adalah dengan membuat semburan racun serangga. Petani digalakkan menyembur bahan kimia yang disyorkan. Bagi pokok kelapa yang masih rendah atau pada peringkat anak pokok racun jenis Cypermethrin atau Dimethoate sesuai digunakan sama ada disiram atau pun di sembur pada pucuk, daun dan batang menggunakan Alatan Pam Penyembur. Seterusnya bagi pokok kelapa yang tinggi dan besar cara meracun dengan menggunakan racun jenis Imidachloprid melalui teknik dikenali sebagai 'soil- drenching' yang dilakukan disekeling pangkal pokok. Racun jenis lain yang sesuai digunakan adalah Dinotefuran yang disembur pada bahagian batang kelapa.


Kaedah kawalan APB secara kimia merupakan kaedah paling sering dilakukan oleh petani seluruh dunia. Terdapat benyak jenis racun kimia yang ada dipasaran untuk mengawal serangga, mengawal rumpai, mengawal kulat dan patogen perosak tanaman yang lain. Bagaimana pun aplikasi racun kimia ini hanya digunakan semasa serangan perosak mencecah tahap 'Economic Treashold level' dari aktiviti pemantauan dan pengawasan yang dilakukan. Kaedah penggunaan bahan kimia ini boleh dilakukan secara semburan terus kepada tanaman, trunk injection, campu dalam air larutan baja untuk fertigasi dan sebagainya. Bagi ladang luas lazimnya petani akan menggunakan jentera seperti 'Boom Sprayer', Drone UAV atau kapalterbang (Sila lihat foto diatas). Lazimnya perosak yang disembur akan mati dengan kadar segera (racun sentuh) atau lambat untuk mati jika gunakan racun sistemik (Systemic pesticide). Walau kos penggunaan bahan kimia semakin meningkat kerana bahan tersebut kebanyakannya adalah diperbuat daripada asas petrokimia tetapi ia amat singifikan kesannya. Racun ini dikawal oleh Lembaga Racun (LPRMP) yang mendaftarkan semua jenis bahan kimia ini. Semuga artikel 2 siri ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology yang ditulis pada bulan ramadan 1438 Hijrah. Wasallam!!!...
KAWALAN APB.... APAKAH BENDANYA...
AMALAN BERSEPADU...ITU RUPANYA...
PELBAGAI KAEDAH... SEMUA BERGUNA...
BACA ARTIKEL... KASIH PENULISNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Sayuran Komersil,
Jalan Pemuda, Seelong, 
Senai, Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
(2 Ramadan 1438H)

Sunday, July 23, 2017

APB UNTUK KAWAL PEROSAK TANAMAN (Part 1)

KAWALAN PEROSAK TANAMAN boleh dilakukan secara AMALAN PEROSAK BERSEPADU (APB) dimana ia adalah satu perkara untuk mendapatan hasil tanaman berkualiti. Definasi bagi ABP ini adalah pendekatan kawalan perosak melalui beberapa pendekatan seperti Kaedah Biologi, Kaedah Kimia, Kaedah Kultura, Kaedah Mekanikal atau Fizikal dan Kaedah Kuarantin. Gabungan kaedah kawalan ini melibatkan ilmu pengetahuan dan kefahaman yang khusus kepada petani yang ingin melaksanakan kawalan secara APB ini. Banyak jenis tanaman kini mempunyai pakej kawalan perosak secara bersepadu terutama tanaman makanan. Antara beberapa jenis tanaman yang telah ada pakej amalan APB ini seperti sayur-sayuran, kelapa, padi, tanaman kontan dan sebagainya. Ramai dikalangan petani yang lebih suka atau gemar menggunakan bahan kimia dengan pelbagai jenis racun dalam mengawal perosak tanaman. Ini kerana racun memberikan kesan yang nyata pada kacamata mereka tetapi banyak juga kesan negatif jika sering menggunakan racun sahaja. Ia akan menimbulkan kesan kekebalan (immunity) kepada serangga selain daripada kesan terhadap alam sekitar apa lagi kesan kepada manusia akibat sisabaki racun tersebut. Kawalan Perosak Bersepadu yang mementingkan konsep ETL (Economic Treshold Level) dalam membuat kawalan memang amat digalakkan untuk menghasilkan kualiti produk yang lebih berkualiti, selamat dimakan, murah serta berkesan. Artikel subuh Ramadan ke 3 kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kaedah kawalam APB didalam usaha untuk mengawal perosak tanaman.


Dalam mengamalkan APB terhadap tanaman sayuran ianya sering dilakukan oleh petani yang memahaminya. Amalan tanaman giliran (crop rotation) merupakan satu kaedah yang paling asas dalam aktiviti tanaman sayuran. Setiap tanaman sayuran mempunyai serangga perosak dan penyekit yang berlainan. Sayuran cili daripada keluarga Solanaceae mempunyai perosak yang berlainan dengan tanaman timun daripada keluarga Cucurbitaceae. Kaedah penggiliran tanaman sayuran mampu menghalang kesinambungan serangan perosak sayuran. Penjadualan tanaman juga boleh diamalkan sebagai satu kaedah APB yang berkesan. Sebagai contoh tanaman cili tidak sesuai digabungkan dengan tanaman jagung yang hampir menuai kerana ia akan menyebabkan terdapat tanaman perumah (plant hosts) sedia ada untuk patogen perosak tanaman. Terkini penggunaan serangga Tiger Fly didapati amat berkesan untuk mengawl perosak Pelombong Daun (Leaf miner) pada tanaman sayur berdaun. Tiger fly (Sila anda lihat foto diatas) sebenarnya merupakan salah satu spesies lalat yang mana ia telah pun dikenalpasti amat berpotensi menjadi agen biologi untuk mengawal perosak sayuran jenis Pelombong Daun atau Leaf Miner (Liriomyza spp). Serangga tiger fly ini telah mula diperkenalkan di Cameron Highlands pada 2010 dibawah penyeliaan Jabatan Pertanian. Daripada laporan luar negara seperti di Thailand, sebenarnya saintis mereka telah berjaya mengenalpasti mengenai penggunaan serangga Tiger fly ini untuk mengawal pelombong daun (Liriomyza huidobrensis) iaitu ia merupakan perosak serius pada pelbagai jenis bungaan dan sayuran di Thailand. Laporan menunjukkan dimana serangga ini telah menunjukkan keberkesanan kawalan perosak pelombong daun tanpa penggunaan racun perosak. Bagi mendapatkan maklumat lengkap bagaimana serangga tiger fly ini dapat mengawal masaalah serangan ulat pelombong daun anda boleh buat pautan disini (Sila klik disini). Dari segi lain sebenarnya Perosak Pelombong Daun (Leaf miner) merupakan sejenis perosak yang serius kepada kebanyakkan bunga dan sayur-sayuran. Pelombing Daun akan menyerang beberapa jenis sayuran seperti tomato, cili, timun, salad, daun sop sawi dan sebagainya.


Kaedah kawalan APB atau IPM secara Fizikal atau Secara Mekanikal banyak dilakukan untuk beberapa jenis tanaman termasuk padi (Oryza sativa). Tikus sawah merupakan antara perosak tanaman padi yang mampu merosakkan tanaman sehingga boleh menyebabkan kerugian teruk kepada pesawah. Tikus Sawah (Ratus argentiventer) akan menyerang tanaman padi pada banyak peringkat yang lazimnya aktif pada waktu malam. Kini antara kaedah biologi yang paling praktikal adalah dengan menggunakan Burung Pungguk Jelapang Padi (BPJ) atau Burung Hantu (Tyto alba) yang menjadikan tikus sawah sebagai makanannya. Rumah BPJ ini diletakkan dikawasan tengah sawah untuk BPJ tinggal dan memburu tikus pada malam hari. Tiang kayu 'T' perlu dipacakkan dibeberapa lokasi dalam sawah untuk burung BPJ ini bertenggek dan mengintai tikus dalam sawah padi. Selain itu memasang pagar keliling sawah juga merupakan kaedah mekanikal untuk mengawal tikus (Sila lihat foto diatas). Pagar daripada zink atau plastik tebal mungkin sesuai djadikan pagar yang menghalang kemasukkan tikus dalam lot sawah. Memasang perangkap tikus dilaluan mereka juga satu kaedah mekanikal yang sesuai digunakan dalam sawah padi. Masukkan umpan sesuai dalam perangkap tikus dan tikus yang masuk dalam persngkap tidak mampu keluar apabila pintu perangkap tertutup. Bagi tanaman jambu air, kaedah membalut buah dengan lapisan kertas dan plastik membantu mengelakkan serangan lalat buah (Daucus spp) atau perosak lain. Tangkai buah jambu dibalur seawal peringkat putik lagi dengan kemas dan ini menggurangkan penggunaan racun kimia. Lawatan penulis di ladang jambu air varieti E6 di Bukit Mampai, Segamat, Johor melihat bagaimana ladang ini mampu menghasilkan jambu air sepanjang tahun walau pun lazimnya jambu air adalah buah bermusim (Sila lihat foto dibawah). Ini menunjukkan dengan penggunaan teknologi adaptasi memang makanan dapat dihasilkan dengan lebih berkualiti dan selamat dimakan. Wasallam!!!...
Jambu Air varieti E6 dibungkus untuk elakkan serangan Lalat Buah.

KAEDAH KAWALAN APB.... APAKAH BENDANYA...
AMALAN PERROSAK BERSEPADU...RUPANYA...
PELBAGAI KAEDAH... SEMUANYA BERGUNA...
BACA ARTIKEL... TERIMAKASIH PENULISNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Sayuran Komersil,
Jalan Pemuda, Seelong, 
Senai, Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
(2 Ramadan 1438H)

Saturday, July 22, 2017

RUMPUT - JENIS RESAM

RUMPUT RESAM (Dicranopteris linearis) merupakan sejenis tumbuhan kumpulan rumpai dari keluarga Gleicheniaceae yang banyak tumbuh di negara kita. Tumbuhan jenis rumpai (weeds) ini biasanya akan hidup subur terutama dikawasan yang lembab dengan sedikit naungan bersama-sama dengan rumpai lain dimana ia diketegorikan sebagai rumpai yang cepat membiak. Bagaimana pun rumpai resam ini biasanya gemar dengan kawasan tanah ditepi jalan yang dipotong dan mendapat sinaran matahari banyak.  Dipanggil dengan nama biasa sebagai Resam ia juga kadang kali dipanggil sebagai 'Rasam' atau 'Paku Aandam'  (Dicranopteris linearis atau syn. Gleichenia linearis) merupakan jenis paku yang besar yang biasa tumbuh pada tebing-tebing di tepi jalan di dapati di kawasan pegunungan. Tumbuhan ini mudah dikenal karena peletakan daunnya yang berbentuk sirip berjajar dua dan tangkainya bercabang mendua (dikotom). Resam apa yang penulis kenal sebagai tumbuhan invasif di beberapa tempat sebab ia mampu mendominasi permukaan tanah dimana ini menyebabkan tumbuhan lain terganggu akan pertumbuhannya. Tumbuhan ini dapat dijumpai di hampir semua daerah tropika dan subtropika di Asia dan Pasifik. Habitat asasnya merupakan kawasan seperti tebing yang ada teduhan dan lembap. Ia mampu tumbuh bermula dari kawasan tanah pamah, pada ketinggian 200 meter hingga 1,500 meter di atas permukaan laut. Dari segi penggunaan dilaporkan pada waktu dulu tangkai daunnya pernah diguna atau dipakai sebagai pen untuk menulis dan junga alat lidi untuk membaca Quran.  Artikel subuh ini saya menulis mengenai tumbuhan resam dalam "Anim Agro Technology" bagi meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai tumbuhan ini yang banyak terdapat dikampong saya dan sepanjang tebing laluan jalanraya dari Simpang Pulai ke Bukit Tinggi, Bentong, Pahang dan penulis juga membuat rujukkan dari beberapa buku dan laman web. 


Dalam membincangkan bagaimana rumput ini dipanggil sebagai "RESAM" belum ada bahan rujukkan yang penulis dapati membincangkannya. Perkataan 'RESAM" didalam bahasa Melayu juga bermakna atau berkait dengan erti iaitu "kebiasaan" atau pun "adat" dalam kebudayaan masyarakat Melayu. Biasa kita mendengar perkataan seperti "ADAT RESAM" yang berkait dengan tatasusila atau norma dalam seseuatu masyarakat yang perlu diikuti oleh komuniti. Sama seperti dalam peribahasa atau perumpamaan "Resam Air Ke air, Resam Minyak ke Minyak" yang bererti biasanya orang lebih suka bergaul kepada bangsanya sendiri daripada dengan bangsa lain atau bila terjadi perselisihan maka biasanya orang akan berpihak pada bangsanya, sukunya atau kawannya. Penulis blog kenal akan tumbuhan resam kerana memang ianya banyak terdapat di kampong terutama dikawasan tepi parit sepanjang kebun getah dan kelapa sawit sepanjang jalan kekebun. Rumpai Resam tumbuh secara berkumpulan atau ianya memanjat kepada tumbuhan lain untuk persaingan dalam mendapatkan cahaya matahari dan ruang. Resam merupakan juga sejenis tumbuhan pakis yang telah ujud lama dari zaman dahulu. Marfologi tumbuhan resam mempunyai RIZOM yang mana akan mengeluarkan batangnya pada ruas yang akan naik keatas.


Pokok Resam adalah kategori Pakis (Fern) yang primitif dan mempunyai daun bersilang berwarna hijau dalam satu pelepah (Frond). Lihat foto sebelah dimana setiap pelepah mempunyai daun hijau berbentuk bujur depanjang 3 - 7 cm panjang dimana panjang pelepah diantara 10 - 20 cm bergantung kepada umur pokok dan habitat. Beberapa rujukkan menyatakan ada pokok resam yang setinggi sehingga 7 meter (20 kaki) dengan tumbuh menumpang kepada pokok lain. Kemampuan batang dan daun resam yang bersilang dan padat menyebabkan ia mampu menghalang pertumbuhan pokok lain dikawasan dimana ia tumbuh dalam keadaan yang sangat padat. Lebih dahsyat lagi apabila kita tidak dapat melalui kawasan kelompok dimana terdapat pokok resam yang padat. Pokok ini mampu tumbuh dilokasi yang ada cahaya matahari di kawasan hutan atau belukar di negara kita. Kalau kawasan resam ini dikawasan tanah gambut pula, saya juga takut untuk melaluinya kerana mungkin ada haiwan bayaka seperti ular dan sebagainya.


Apa yang 'kurang menarik' mengenai rumput jenis resam adalah kerana ia tidak boleh dimakan untuk dijadikan sayuran atau ulam seperti jenis Pokok Paku Pakis yang lain. Bayangkan kalau pucuk dan daun resam itu sedap dimakan, memang puaslah kita makan kerana ia mudah dan banyak boleh didapati. Daunnya yang agak keras mengeluarkan bau atau 'aroma' tidak enak yang kuat dimana kita tidak mahu makannya. Bagaimana pun pucuk resam yang berbentuk bulat melentur (Sila anda lihat foto sebelah) adalah lembut dan cantik bentuknya. Mungkin akan ada kajian khusus mengenai menggunakan pucuk resam untuk dijadikan makanan berkhasiat. Pucuk rumput resam akan berkembang dan menghasilkan daun baru terutama semasa musim hujan. Kaedah untuk menghapuskan resam adalah dengan menebas pokok tersebut atau menyembur racun rumpai kemudian dibakar dan dibajak tanah jika kita hendak majukan kawasan tersebut dengan aktiviti pertanian. Saki baki pokok resam perlu dibakar untuk menghapuskan spora-spora dan rizom sehingga tanah boleh digunakan untuik bercucuk tanam dan gembur. Bagaimana pun kawalan resam perlu dijalankan secara berterusan didalam kawasan kebun. Mengawal resam perlu dilakukan kerana ia bersaing dengan tanaman sayuran dan buah-buahan dalam mengguna ruang, makanan dan juga menjadi perumah kepada serangga perosak dan patogen.


Saya dapati tidak banyak kajian mengenai kegunaan pokok resam dari pelbagai segi selain daripada ia dianggap sebagai RUMPAI. Apa yang saya perhatikan, haiwan ruminan (kambing atau lembu) yang lalu dikawasan resam pun tidak mahu meragutnya. Penulis juga berfikir ini mungkin disebabkan daunnya yang keras dan berbau dimana ia lebih teruk lagi batangnya yang keras dan tajam jika dikunyah. Ternakan Kambing kita di foto sebelah juga saya fikir telah mengesahkannya. Bagaimana pun tumbuhan resam juga merupakan sumber biomass yang baik. Ini kerana pokok ini cepat tumbuh dan jika reput akan lebih banyak membekalkan bahan reputan organik kedalam tanah. Tetapi resam amat signifikan didalam mengawal hakisan pada tebing tanah disepanjang lebuhraya atau jalan dikawasan curam. Tumbuhan resam disepanjang laluan Simpang Pulai-Cameroon Highland saya ligat ujud resam yang mengawal hakisan tebing yang curam. Dikalangan masyarakat kita di Malaysia, peranan resam didalam rawatan perubatan kaedah tradisional adalah dengan mengambil daun resam kemudian dilumatkan dan ditampal dikepala dimana ia dipercayai mampu mengurangkan sakit demam panas. Daun yang dilumatkan juga boleh merawat masaalah ulcer, luka-luka malahan sesuai ditampal jika terkena masaalah kecederaan akibat air panas. Kegunaan lain resam adalah dengan kita makan sedikit daun dan dipercayai mampu mengurangkan masaalah cacing dalam perut. Kalau sesiapa hendak cuba boleh tetapi ambik daun resam yang bebas dari racun dan lain-lain pencemaran. Semuga akan lebih banyak kajian saintifik dilakukan tentang rumput resam ini dimasa akan datang. Artikel ini diharap memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology semuanya. Wasallam!!!... 
POKOK RESAM... PADAT TUMBUHNYA...
PAKIS PRIMITIF ... LASAK HABITATNYA...
MENJADI RUMPAI... PERLU HAPUSKANNYA...
UBAT DEMAM... KALAU MAHU CUBANYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist,
Room 530, Hotel Dorsett,
Precint 4, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan, 
Malaysia.
(18 Syawal 1438H)

Friday, July 21, 2017

NENAS DI DAERAH MUAR

NENAS (Ananas comosus) merupakan salah satu komoditi tanaman buah-buahan yang dimajukan di Daerah Muar, Johor semenjak lama dahulu. Daerah Muar yang kini mempunyai keluasan 135,160 hektar merupakan satu daerah yang memajukan tanaman nenas terutama dikawasan tanah gambut sekitar Mukim Air Hitam, Mukim Parit Jawa, Mukim Sungai Balang, Mukim Seri Menanti, Mukim Jorak dan Mukim Gresik. Pada tahun 2016 terdapat seluas 10,354 hektar kawasan tanman nenas di Malaysia dimana keluasan di Johor adalah seluas 8,934 hektar dengan jumlah tuaian sekitar 6,701 hektar. Keluasan penanaman nenas di Johor adalah 68% daripada keluasan negara. Keluasan fizikal untuk tanaman nenas di Malaysia adalah sekitar 15,774 hektar. Jumlah pengeluaran nenas pada 2016 adalah sebanyak 391,714 metrik tan dengan nilai pengeluaran sebanyak RM515.248 juta. Daripada jumlah tersebut seluas 576 hektar ditanam di Daerah Muar yang melibatkan seramai 215 orang pengusaha. beberapa jenis nenas yang ditanam di daerah ini terdiri daripada Nenas Morris (AC1), Nenas Josapine (AC5), Nenas MD2 (AC9) dan beberapa varieti lain seperti Nenas Sarawak (AC2). Walau pun keluasan tanaman nenas terus berkurangan disebabkan ramai pekebun kecil yang menukar kepada tanaman kelapa sawit tetapi terdapat petani yang masih berminat dengan tanaman nenas sebagai pilihan. Penanaman nenas di tanah gambut merupakan salah satu pilihan terbaik dalam menjana pendapatan petani kerana tanaman ini mampu memberikan pulangan yang baik kepada mereka. Terdapat satu kawalan tanah gambut yang luas di sekutar Batu 14, Air Hitam, Muar yang perbah dirancang untuk pengeluaran nenas di daerah ini. Walau pun hanya sekitar 100 hektar yang dimajukan dengan tanaman nenas tetapi potnsi untuk nenas didaerah ini masih ada. Dalam tinjauan penulis blog kelokasi dan berbincang dengan beberapa penanam nenas dikawasan tersebut mendapati nenas moris dan josapine masih luas ditanam selain daripada pengenalan kepada nenas premium MD2. Tanah disini yang disewa daripada PPNJ dengan harga RM150.00 seekar setahun membolehkan penanaman nenas dibuat secara komersil. Bagaimana pun sistem perparitan perlu ditambahbaik terutama untuk menyalirkan air pada musim hujan. Kejadian banjir dikawasan projek pernah menjadikan kegagalan penghasilan nenas akibat terjejas banir di bulan November dan Disember setiap tahun. Rencana malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai aktiviti penanaman nenas di Daerah Muar khususnya dengan nenas segar seperti varieti moris, Josapine dan MD2.

Perananan Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia (LPNM) didalam usaha membangunkan industri nenas kini telah dijalankan dikawasan tanah-tanah yang bermasaalah seperti tanah gambut. Laporan daripada pegawai kawasan mendapati pengusaha nenas di daerah ini masih mahu menanam nenas untuk pasaran segar dan diproses. Menurut pegawai LPNM Daerah Muar terdapat 4 jenis projek berkaitan dengan industri di sini iaitu Projek Pengukuhan Tanaman Nenas, Projek Khas Ladang Kontrak, Projek Khas MyGAP dan juga Projek penanaman nenas untuk pasaran premium. Selain itu terdapat juga sistem tanaman intergrasi nenas dengan tanaman lain dibawah program pengukuhan tanaman nenas dengan sasaran keluasan sekitar 130 hektar (321 ekar) yang melibatkan selingan dengan tanaman kelapa sawit. Bagi skim tanaman nanas Ladang Kontrak pula ianya melibatkan seramai 12 orang peserta dengan keluasan 38 hektar (93 hektar) terutama untuk pasaran segar. Pada tahun 2017 seramai 260 permohonan penanaman nenas diterima melibatkan kawasan seluas 287 hektar di daerah Muar tetapi hanya seluas 214 permohonan diluuskan dengan keluasan iaitu 233 hektar. Sebagai rekod, seluas 492 hektar kawasan nenas dibangunkan semenjak tahun 2014 - 2017 di daerah ini melibatkan seramai 447 pengusaha. Pengeluaran nenas dari daerah ini membolehkan daerah ini merupakan salah satu daerah di Johor yang ada menanam nenas selain daripada daerah Batu Pahat, Daerah Pontian, Daerah Kluang, Daerah Kota Tinggi dan Daerah Mersing. Pada keseluruhan negeri Johor menanam dan menyumbangkan sebanyak 68% daripada keluasan penanaman nenas di Malaysia. Pada masa akan datang negeri Pahang akan menjadi negeri kedua yang luas menanam nenas dengan ada rancangan penanaman nenas di Daerah Rompin Pahang dibawah Projek Khas bersama dengan ECERDC. Kawasan projek di sekitar Kg Tanam ini telah mempunyai kemudahan untuk pasaran nenas bagi pasaran eksport.

Antara beberapa cabaran dalam aktiviti penanaman nenas di Daerah Muar terutama dikawasan tanah gambut adalah masaalah kejadian banjir dan kekurangan tenaga pekerja ladang. Ini kerana kejadian banjir beberapa kali boleh menyebabkan kerugian yang besar kepada petani yang mana ianya memerlukan modal besar untuk membeli benih. Satu ekar (0.4 hektar) kawasan nenas perlukan sekitar 20,000 sulur benih dan jika harga sulur nenas Josapine disini sekitar RM0.80 maka kos untuk benih saha sudah RM16,000. Jika pengusaha menanam nenas untuk 5 ekar (2.02 hektar) maka sebanyak RM80,000 diperlukan untuk benih sahaja. Ianya lebih mahal jika pengusaha didaerah ini ingin menanam nenas MD2 dengan harga benih diantara RM1.50 - RM2.00 satu sulur. Ini menjadikan kos menanam nenas untuk keluasan 5 ekar adalah diantara RM150,000 hingga RM200,000. Pelaburan yang besar ini jika berlaku bencana banjir dikawasan penanaman akan menyebabkan kerugian besar. Infra sistem saliran yang baik diperlukan untuk mengelakan kerugian ini. Dalam pada itu kawasan tanah gambut yang baru diteroka mudah berlaku kejadian kebakaran tanah gambut di musim kemarau dan kering. Ini juga akan menjejaskan penghasilan tanaman nenas. Kawasan tanah gambut juga mudah tumbuh rumput pada masa peringkat awal penanaman. Rumput ini perlu dikawal dengan mencabut secara manual atau disembur dengan racun rumpai seperti Gesapax. Bagaimana pun penulis dapati kawalan rumpai secara manual dijalankan setiap 1 bulan sekali diperingkat awal menanam. Jika ada rumput dikawasan tanaman nenas ia bersaing untuk banyak seperti ruang, baja dan juga mungkin menjadi perumah kepada patogen penyakit dan perosak. Kekurangan tenaga kerja untuk ladang nenas juga menyebabkan proses pengembangan tanaman nenas terganggu. Ini kerana kerja menanam perlukan tenaga kerja mencukupi bagi selesaikan dalam masa singkat. Pergantungan kepada pekerja asing kini satu daripada cara yang membantu tetapi agak sukar untuk mendapatkannya.

Menyentuh dengan kawalan rumpai, penulis sempat meninjau kebengkal Wak Sopar yang mencipta pelbagai peralatan mekanisasi pertanian terutama untuk tanaman nenas seperti Mesin Menanam Nenas, Mesin Merumput Tanaman Nenas, Jentera Gerabak Membawa Buah Nenas dan beberapa mesin lagi. Wak Sopar yang mana telah beberapa kali memenangi anugerah inovasi diperingkat kebangsaan kini menjadi inspirasi kepada ramai penanam nenas lain. Menurut beliau, aktiviti menanam nenas merupakan kepakaran yang beliau miliki kerana dimasa dulu ia merupakan aktiviti yang memberikan punca pendapatan penduduk disekitar Parit Kemin, Muar ini. Beliau mencipta alat menanam nenas dengan menggunakan injin Robin yang sesuai digunakan untuk menanam nenas dengan cepat, cekap dan mudah (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun menurut Wak Sopa alat memotong rumput ciptaannya merupakan peralatan yang tersohor dan dipasarkan dalam negara dan eksport keluar negara seperti ke Australia. Alat memotong rumput ini dijual dengan harga sekitar RM500.00 satu unit dan tahan sehingga banyak tahun. Kelebihan alat yang disambung dengan Mesin Pemotong Rumput Sandang ini adalah dimana semasa ia memotong rumput diladang nenas ianya tidak akan menjejaskan daun nenas rosak. Berbanding dengan mesin potong rumput biasa yang merosakkan daun nenas, alatan tambahan ini amat efektid dan beliau mendapat tempahan dari seluruh negara setiap bulan. Pembeli yang berjauhan boleh dihantar dengan sistem pos dan pesanan mengenai alat ini boleh melalui lamanweb sahaja. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!..
DIDAERAH MUAR... LUAS NENASNYA...
KAWASAN TANAH GAMBUT...LUASNYA...
MENINJAU KEBUN... PETANI BERTANYA...
BERI GALAKAN... PENDAPATAN DIJANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Parit Tengah, Air Hitam,
Muar, Johor,
Malaysia.
(26 Syawal 1438H)

Thursday, July 20, 2017

PEMBANGUNAN MAMPAN - KONSEP

PEMBANGUNAN MAMPAN (Sustainable Development) merupakan satu konsep yang semakin dibincangkan oleh dunia dalam beberapa abad kebelakangan ini. Perkara ini juga berkait dengan sektor pertanian dimana 'Pertanian Mampan' atau 'Pertanian Lestari' sering dibincangkan diperingkat domestik dan antarabansa. Walau pun kini telah terdapat hujah bahawa corak semasa pembangunan tidak mampan telah pun dibuat beberapa dekad lalu, tetapi masih belum membawa kepada perubahan arah untuk setiap negara dapat menggabungkan kuasa-kuasa yang sedia ada. Ini juga berkait dengan arahan pada setiap negara agar mereka ke arah pelaksanaan pembamgunan dengan konsep pendekatan dasar baharu. Penulis yang merujuk kepada Laporan Suruhanjaya Alam Sekitar dan Pembangunan Dunia (Suruhanjaya Brundtland), 1987 yang bertajuk "Masa Depan Bersama" (Suruhanjaya Dunia mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan, 1987) dimana laporan ini telah pun jelas mencadangkan definisi yang kini dimana telah dipersetujui secara meluas bahawa konsep pembangunan mampan sebagai proses yang "memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka". Walaupun takrif ini telah pun diterima secara meluas tetapi pada masa yang sama ia juga didapati telah menimbulkan (kepada fokus yang agak umum) tafsiran yang berlainan dan memerlukan penjelasan lanjut. Walau bagaimanapun dipersetujui dimana didalam rangka kerja perjanjian antarabangsa yang dicapai pada 1992 yang dibincangkan di dalam Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan mereka telah setuju menerima pakai Deklarasi Rio mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, 1993) dan Agenda 21. Ini bermakna bahawa konsep sejagat pembangunan mampan dianggap sebagai merangkumi tiga matlamat iaitu (1) pembangunan ekonomi, (2) pembangunan sosial dan (3) perlindungan alam sekitar. Rencana malam ini saya mengupas dalam "Anim Agro Technology" mengenai konsep pembangunan mampan (sustainable development) berdasarkan kepada laporan beberapa sumber rujukkan untuk menambahkan ilmu pengetahuan penulis dan juga pembaca blog ini. 


Daripada Laporan PBB iaitu oleh Suruhanjaya Brundtland memberi perhatian khusus kepada saling-hubungan antara ketiga-tiga matlamat ini dimana ia telah mengambil maklum berkenaan hubungan dua hala antara hubungan sosial - ekonomi - alam sekitar. Pembangunan sosial khususnya adalah perlu untuk mengekalkan kedua-dua pembangunan ekonomi dan perlindungan alam sekitar, Suruhanjaya mendapati bahawa "dunia di mana kemiskinan berleluasa akan sentiasa terdedah kepada malapetaka ekologi dan lain-lain" dan bahawa "pengagihan kuasa dan pengaruh di dalam masyarakat terletak di tengah-tengah persekitaran dan pembangunan yang paling mencabar". Ia juga menekankan bahawa pembangunan mampan bukan matlamat hanya untuk negara-negara membangun tetapi mesti turut menjadi matlamat negara-negara maju. Usaha-usaha Suruhanjaya Dunia mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan membawa kepada keputusan Majlis Pentadbir Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) dimana pada sesi kelima belas dirangkakan untuk mengesyorkan kepada Perhimpunan Agung untuk memanggil Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Perhimpunan Agung, 1989). Persidangan itu juga yang dikenali sebagai Sidang Kemuncak Dunia Rio dimana ia telah diadakan di Jun 1992. Deklarasi Alam Sekitar dan Pembangunan Rio yang telah dinyatakan di atas mengisytiharkan, antara lain termasuk hak untuk pembangunan (prinsip 3) dan dalam pandangan yang berbeza terhadap kemusnahan alam sekitar global, negara-negara telah bersama tetapi berbeza tanggungjawab (prinsip 7). 


Agenda 21 dibentangkan sebelum masyarakat antarabangsa menetapkan beberapa set objektif yang sangat luas yang ingin dicapai dalam abad ke-21. Mencari jalan untuk tujuan memaksa tindakan ke atas komitmen yang terkandung dalam perjanjian Agenda 21 diperlukan di kalangan negara-negara ahli PBB pada langkah-langkah konkrit ke arah kerjasama pembangunan, atau sekurang-kurangnya pada petunjuk yang konkrit. Rumusan Matlamat Pembangunan Milenium pada tahun 2000 boleh dilihat sebagai satu langkah ke hadapan ke arah perjanjian pada penunjuk konkrit bagi pencapaian sosial dan sasaran pembangunan. Sebanrnya menjelang abad ke-21, masyarakat dunia mempunyai kedua-dua agenda untuk pembangunan mampan yang merangkumi pembangunan ekonomi, pembangunan sosial dan perlindungan alam sekitar; dan satu set penunjuk bagi pencapaian matlamat pembangunan sosial yang telah mendorong tindakan yang ketara dan inisiatif dasar. 


Konsep seperti Ekonomi Hijau (Green Economy) adalah perkara penting yang dibincangkan. Walaupun "ekonomi hijau" telah ada sebelum ini, aplikasi ekonomi hijau semasa adakalanya ia dikaitkan dengan krisis makanan 2008 dan konteks kelestarian alam sekitar di dalam pakej rangsangan yang telah dipertimbangkan dalam usaha untuk mengatasinya. Ianya adalah dipengaruhi yang mana sebahagiannya melalui rundingan berkaitan dengan perubahan iklim pada malam sebelum sesi kelima belas Persidangan Pihak-Pihak (Conference of the Parties) kepada Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang diadakan di Copenhagen 7-19 Disember 2009. Semakin ramai yang telah berhujah untuk membuat pakej ini sebagai pakej rangsangan "hijau". Bagi sesetengah negara sebenarnya telah menjalankan usaha yang bersungguh-sungguh untuk masuk ke dalam pakej rangsangan yang menawarkan projek-projek ke arah perlindungan alam sekitar dan mengurangkan impak perubahan iklim. Lama-kelamaan ujud ungkapan-ungkapan lain selain ekonomi hijau seperti pertumbuhan hijau, rangsangan hijau, teknologi hijau, sektor hijau, perniagaan hijau dan usaha hijau digunakan. Walau bagaimanapun, walaupun penggunaan yang semakin meningkat, konsep ekonomi yang hijau tidak ditakrifkan dengan baik. Menyedari pelbagai cara di mana konsep digunakan, Setiausaha Agung, dalam satu laporan kepada Perhimpunan Agung, membuat kesimpulan bahawa 'ekonomi hijau' "adalah istilah yang luas" (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Perhimpunan Agung, 2010a, per. 57) dan oleh itu diminta untuk "lebih penjelasan tentang konsep berkenaan dengan hubungan antara ekonomi hijau dan pembangunan yang berterusan" (ibid., perenggan 57 (a)). 


Secara umum, konsep ekonomi hijau adalah usaha untuk menekankan kemampanan (kelestarian) dan perlindungan alam sekitar sambil mengorak langkah ke arah pembangunan mampan. Mungkin kerana kekurangan definisi yang jelas, kepentingan semasa dalam penghijauan ekonomi telah mewujudkan kebimbangan dan perdebatan seperti mana Suruhanjaya Brundtland yang sebelum ini telah bergelut untuk melaksanakan persetujuan tentang konsep pembangunan mampan. Dalam perbahasan semasa, ramai wakil-wakil negara membangun telah menyatakan bahawa desakan ke atas ekonomi hijau adalah berisiko untuk pelbagai sebab (Khor, 2011). Mereka bimbang: (a) bahawa ia boleh membawa kepada fokus satu dimensi ke atas alam sekitar dan meminggirkan matlamat pembangunan sosial, dan jika diterima pakai di peringkat global, fokus kepada ekonomi hijau mungkin melemahkan kepentingan dan hak untuk pembangunan negara-negara membangun; (b) bahawa tumpuan sedemikian boleh membawa kepada pendekatan "satu saiz muat semua" (one size fits all) dimana negara-negara membangun dan maju akan dihakimi oleh kayu pengukur yang sama, sekali gus mencairkan prinsip yang dinyatakan di atas "bersama tetapi tanggungjawab yang berbeza" yang diterima pakai pada Sidang Kemuncak Dunia; (c) bahawa usaha untuk ekonomi hijau dunia boleh mendorong negara-negara maju untuk mengenakan sekatan perdagangan yang baharu kepada negara-negara membangun; dan (d) bahawa satu rangka kerja ekonomi hijau boleh membawa kepada syarat dan dasar baharu untuk bantuan pembangunan antarabangsa (ODA) dan pemberian pinjaman kepada negara-negara membangun. Kebimbangan ini boleh ditangani dengan memastikan bahawa konsep ekonomi hijau tidak melemahkan pendekatan yang seimbang untuk pembangunan mampan. Meningkatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan penjagaan alam sekitar boleh dilihat sebagai pelengkap objektif strategik. Seperti yang telah dinyatakan, kerana peningkatan eksponen dalam tahap aktiviti manusia, bumi telah mencapai hadnya di dalam source and sink. Menekankan keperluan bagi ekonomi hijau boleh membantu menarik perhatian dunia untuk memberi tumpuan pada kekangan dan had ini. Dari segi ini, konsep ekonomi hijau menekankan kepentingan ekuiti antara generasi dalam ekonomi dan pembangunan sosial, yang memastikan untuk memenuhi keperluan generasi masa kini tidak tidak akan menjejaskan keupayaan generasi yang akan datang untuk memenuhi keperluan mereka sendiri; kerana kos untuk melindungi ekosistem dari kerosakan dikaitkan dengan ekonomi "bukan hijau" adalah lebih besar bahawa kos yang dijangka bagi pelaburan ke arah kelestarian. Semuga tulisan yang dipetik dari laporan tersebut memberi sedikit kefahaman mengenai pembangunan mampan kepada pembaca semua. Wasallam!!!..
PEMBANGUNAN MAMPAN....APA BENDA...
PERINGKAT DUNIA... DIBINCANG SENTIASA...
SATU KONSEP... PEMBANGUNAN SEMUA...
BACA ARTIKEL... AGAK SUSAH FAHAMNYA... 

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Agriculture Faculty,
UPM, Serdang,
Selangor, Malaysia.
(Ditulis pada: 1 Febuary 2017)
Takziah dan fatehah kpd adek ipar Suhaimi yg meninggal semalam....
20 Julai 2017

Wednesday, July 19, 2017

KENALI BUAH PEAR

BUAH PEAR (Pear) adalah sejenis buah-buahan yang sangat popular dari keluarga Rosaceae. Buah Pear (Mudah pada penulis eja sebagai Buah Pir) dengan nama botani Pyrus spp mempunyai banyak varieti dan jenis. Sebahagian besar spesis adalah untuk ditanam secara komersil sementara ada spesis yang hidup liar sebagai tanaman ornamental sahaja. Nama buah ini dipercayai berkait dengan rupa bentuknya tersendiri dimana bentunya yang seakan 'pyriform' iaitu kecil dibahagian tangkai dan membesar dibahagian bawah. Buah Pir ini sangat dikait dengan bentuk badan manusia sama ada ia mempunyai 'Pear Shape' atau 'Apple Shape' atau sebagainya yang menunjukkan kepada bentuk badan. Dari segi sejarah buah pir ini dipercayai berasal daripada Dunia Lama (Old world) dan Kawasan diutara benua Afrika sehingga ke benua Asia. Pokok yang tumbuh menebak ini mempunyai ketinggian sekitar 10 - 17 meter jika dibiarkan tanpa dibuat cantasa. Kebanyakannya kanopi pokok pir adalah kecil dibahagian atas dan agak jarang jensi yang berbentuk rendang. Ia mempunyai bentuk daun yang susunan bersilang dengan panjang daun sekitar 2-12 cm serta berkilat dipermukaannya. Bentuk daun berbagai daripada berbentuk ovate sehingga berbentuk Lanceolate. Kebanyak pokok pir adalah jenis Deciduous (dua jantina) tetapi terdapat beberapa jenis di Asia yang evergreen. Kebanyakan pokok pir tahan sejuk dengan suhu minima -25 hingga -40 darjah celsius pada musim sejuk dikawasan temperate. Bagaimana pun bagi jenis yang berasal dari Asia hanya mampu hidup pada suhu sejuk -15 darjah celsius sahaja. Artikel pada malam Ahad ini saya berusaha untuk terus menulis didalam "Anim Agro Technology" mengenai buah pear atau buah pir atau buah lai sekadar menyedia info kepada pembaca semua. Penulis beberapa kali berpeluang memetik buah pir semasa melawat Beijing (China), Seoul (Korea) dan di Faisalabad (Pakistan).

Pokok pir menghasilkan bunga berwarna putih yang cantik selepas musim sejuk. Bunga yang bersaiz 3-5 cm ini mempunyai sebanyak 5 kelopak yang seragam (Sila lihat foto disebelah). Bunga ini lazimnya akan keluar serentak (bloom) pada pokok yang masih tiada daun lagi dan menjadikan permandangan yang cantik diladang. Ladang buah pir yang luas hanya akan kelihatan putih sahaja dan hampir tiada daun. Selepas proses pendebungaan lazimnya buah pir akan terbentuk dan akan masak beberapa lama kemudian. Buah pir yang berukuran 18cm panjang dan 8 cm lebah ini mempunyai pelbagai warna kulit dan bentuk berbeza. Bagaimana pun bentuk yang paling biasa adalah sama ada bentuk 'globose' atau pun bentuk 'oblate'. Bentuk buah pir memang amat unik sehingga ia boleh dipasang dengan acuan besi untuk menjadikannya seperti patung budda sedang duduk. Jenis yang ditanam di Eropah kebanyakannya adalah berbentuk 'pyriform' atau lebih mudah dipanggil sebagai bentuk 'pear shape'. Ia mempunyai tangkai buah yang kuat dan agak panjang. Buah pir adalah sama dengan buah epal yang menjadi buah eksport utama diseluruh dunia dengan nilai perdagangan yang besar, Malaysia adalah diantara negara yang mengimport buah pir dengan kuantiti yang banyak setiap tahun.

Tanaman pokok pear popular dikawasan yang beriklim temperate. Sejarah di China menunjukkan buah pir telah ditanam dinegara tersebut semenjak 3,000 tahu dulu atau lebih lama daripada penanamannya di kawasan Eropah. Kini varieti yang berasal dari kawasan Tian Shan iaitu di Barat China dipercayai telah di tanam diseluruh dunia dengan melabihi 20 spesis. Pir jenis Pyrus communis adalah yang popular ditanam di Perancis dan beberapa negara Eropah lain secar komersil. banyak kajian dan program biakbaka mengenai tanaman pir ini dilakukan di Eropah sehinggakan banyak varieti komersil dihasilkan. Buah pir yang ditanam di kawasan Asia Tenggara dan beberapa negara Asia lain mempunyai saiz lebih kecil dan sederhana. Antaranya aseperti Pyrus pyrifola, Pyrus ussussiensis, Pyrus bretschneideri dan Pyrus pahsia. Ia ditanam dikawasan sebelah utara Asia dan Barat Asia sebagai tanaman buah-buahan komersil. Mengikut laporan oleh "Pear Bureau Northwest, terdapat lebih daripada 3,000 varieti buah pear dikenalpasti diseluruh dunia. Pokok pear lazimnya dibiakkan dengan cara tut (marcotting) dengan memilih baka dan pokok penanti terpilih. Pembiakbakaan dengan menggunakan bunga juga dilakukan untuk menghasilkan bijibenih untuk pendebungaan silang. Pada masa ini diantara beberapa nama varieti popular adalah seperti 'Beth', 'Concorde',  'Conference', 'Jos├ęphine de Malines', 'Louise Bonne of Jersey' dan juga varieti 'Onward'.

Dari segi pengeluaran mengikut data FAO dilaporkan negara China adalah pengeluar buah pear dunia dengan 17.3 juta metrik tan diikuti dengan  USA sebanyak 783,815 metrik tan, Argentina sebanyak 771,000 metrik tan, Itali (694,000 metrik tan) dan Turkey sebanyak 461,000 metrik menjadikan jumlah pengeluaran dunia sebanyak 23.58 juta metrik tan pada tahun 2016. Buah pear yang masak akan dipetik dengan indeks kematangan untuk pasaran domestik atau pun pasaran eksport. Buah yang dipetik ini akan disimpan pada suhu bilik sebingga masak dan untuk poasarn eksport dimasukkan dalam suhu sejuk. Buah pear sesuai dimakan segar atau diproses untuk menjadi buah potong dalam tin, jus, jelly dan pelbagai bahan untuk membuat kuih mueh. Kita di Malaysia amat mudah mendapat bekalan buah pear yang dijual dipasaraya, pasar buah-buahan, pasar malam, gerai buah-buahan dengan harga yang murah berbanding dengan buah-buahn import lain. Satu pinggan mengandungi antara 5-7 biji dijual dengan harga RM5.00 atau pun dalam unit longgok walau pun kualitinya sederhana. Buah pear juga sering digunakan sebagai buah untuk hantaran meminang atau hantaran perkahwinan dalam masyarakat kita. Begitulah kepentingan buah pear yang tiada ditanam dinegara kita tetapi banyak dijual untuk dinikmati rakyat Malaysia. Wasallam!!!...

BUAH PEAR... APAKAH HEBATNYA...
BERWARNA HIJAU...MANIS ISINYA....
PENGELUAR UTAMA,,,ADALAH CHINA...
KITA DIMALAYSIA...MUDAH DAPATNYA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Jalan Padi Ria 11,
Bandar Baru UDa,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(7 Ramadan 1438H)

Tuesday, July 18, 2017

POKOK LEMUNI - APA GUNANYA


POKOK LEMUNI (Vitex trifolia) merupakan sejenis herba atau tumbuhan yang ada digunakan didalam masyarakat tempatan terutama di Utara Semenanjung Malaysia. Pokok ini merupakan pokok yang mudah tumbuh didalam belukar atau sesuai ditanam untuk kegunaan khusus. Dalam pada itu ada beberapa perbincangan mengenai khasiat daun pokok lemuni dimana memang ramai dikalangan generasi baru yang tidak mengetahuinya. Dalam penelitian penulis blog sebenarnya ada juga mendapat tahu dimana pokok lemuni (terutama jenis Lemuni Hitam) adalah tanaman herba yang popular dinegeri-negeri seperti di Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Perlis. Spesies pokok lemuni tumbuh renek dan berkayu serta mempunyai ketinggian sekitar satu hingga tiga meter sahaja bagaimana pun ada  juga ditemui dimana ia mampu mencecah hingga ketinggian  lima meter. Melihat kepada bentuk pokok lemuni, lazimnya akan dilihat daunnya akan tersusun berlawanan (opposite) sepanjang batang dan biasanya tersusun secara kompaun bercabang tiga dengan saiz panjang daun sekitar 1 - 12 cm. Tumbuhan dari jenis renek serta berkayu ini boleh mencapai ketinggian hingga melebihi 4 - 5 meter jika tidak dicantas dimana setiap satu tangkai daun mempunyai sekitar 5 helai daun yang mana bentuknya juga  tirus. Wana daun adalah hijau dengan daun berkilat di bahagian atas. Terdapat dua jenis pokok Lemuni dikenalpasti oleh penulis blog iaitu LEMUNI PUTIH dan juga LEMUNI HITAM. Antara perbezaan antara Pokok Lemuni Putih atau Pokok Lagundi (Vitex Trifolia var Linn) dengan Pokok Lemuni Hitam ini adalah dimana di bahagian bawah pucuk lemuni hitan kelihatan daunnya mempunyai pigmen bewarna ungu gelap. Masyarakat tempatan terutama mereka yang tinggal dinegeri-negeri di sebelah utara semenanjung Malaysia gemar menggunakannya sebagai ulam-ulaman dan bahan campuran ketika memasak nasi lemak Lemuni. antara kegunaan lain herba ini didakwa bahagian akarnya boleh direbus dan diminum bagi perempuan lepas bersalin. Boleh juga digunakan untuk merawat luka terbakar dengan cara memanaskan daunnya di dalam periuk yang panas tanpa dicampur air. Daun yang panas ini kemudiannya ditekapkan pada luka tadi. Rencana subuh ini selepas bersahur saya menulis dalam "Anim Agro Technolgy" mengenai kegunaan pokok lemuni didalam masyarakat tempatan.

Apabila diteliti didapati bahagian pucuk atau daun muda pokok lemuni memang biasa digunakan dalam ramuan nasi ulam atau nasi kerabu atau pun untuk ramuan dalam nasi lemak (Sila lihat foto disebelah). Rasa nasi lemak yang dibubuh dengan daun lemuni memang lebih enak dan sesuai dimakan dengan sambal ikan bilis. Beberapa orang penduduk tempatan yang penulis blog temuduga ada menyatakan dimana diantara khasiat perubatannya pula, daun ini dipercayai dapat mengurangkan demam, batuk dan mengeluarkan kahak manakala air rebusan daunnya selalu juga digunakan untuk mencuci luka atau ulser. Dalam pada itu pengamal perubatan tradisional ada mendakwa dimana bahagian daunnya juga boleh digunakan untuk merawat penyakit beri beri, rheumatik dan cirit-birit. Di Malaysia penulis blog ada maklumat dimana bahagian daun pokok lemuni yang telah ditumbuk bersama bawang putih, lada hitam, kunyit dan nasi dan kemudian digentel kecil-kecil selalu digunakan untuk merawat sakit kepala, mata berair dan juga untuk menggalakkan pertumbuhan janggut. Daun lemuni juga sering juga digunakan untuk merawat kanser payudara. Selain itu ada yang mendakwa daunnya boleh juga dijadikan bantal untuk mengubat sakit kepala. Daunnya juga dikatakan dapat membunuh jentik-jentik. Dalam pada itu daun lemuni ini boleh juga digunakan sebagai ubat nyamuk (nyamuk Aedes). Caranya dengan menngambil daun lemuni dan meramasnya dan diletakkan dilokasi tertentu dan aromanya akan menghalang serangan kuman nyamuk aedes.

Warna daun lemuni yang menarik iaitu ungu gelap kebiasaannya bertukar kehijauan apabila matang. Pokok berkenaan turut menghasilkan bunga yang bersaiz kecil. Pada penulis blog mendapati dimana tumbuhan yang lebih mudah dijumpai di kawasan kampung ini ternyata menyimpan banyak khasiat dan digunakan sebagai ubat tradisional merawat penyakit. Ada kaedah mudah diamalkan dengan mengambil daunnya dan merendam dalam air kemudian ia dijadikan bahan mandian dimana ia dikatakan mampu memulihkan anggota badan yang lemah. Dalam pada itu bahagian akar pokok lemuni yang direbus dipercayai baik untuk ibu baru lepas bersalin. Sebenarnya selain diambil sebagai ubat tradisional dilaporkan dimana pucuk muda atau daun lemuni turut enak dijadikan ulam selain digunakan sebagai bahan masakan. Kini diantara hidangan makanan yang terkenal adalah 'NASI LEMUNI' yang mencampurkan jus daun lemuni bersama santan dan dimasak bersama nasi. Raai yang menyebut dimana bahagian daunnya juga telah dipercayai dapat membunuh jentik-jentik selain turut sesuai dijadikan ubat nyamuk.  Khasiat Daun Lemuni didakwa mempunyai pelbagai nama dan khasiat.  Daun lemuni, juga didakwa akan mengelakkan bisa gigitan binatang daripada merebak, legundi, memulihkan anggota-anggota badan yang lemah, mengubati muntah darah, mengubati penyakit rheeumatism, merawat ibu-ibu lepas bersalin, merawat luka-luka kecil, ubat cacing.

Daun pokok lemuni dimana permukaan bawah daunnya berwarna hijau keunguan. Ada juga yang mengenalinya dengan Lemuni dan ia mempunyai aromanya yang tersendiri apabila diramas. Di kampung-kampung pokok ini memang masih lagi banyak dijumpai tetapi tidak ramai yang generasi muda yang mengenalinya. Mengetahui kehebatan daun lemuni dimana dari analisa makmal menunjukkan ia didppati mengandungi bahan x-pinene, camphne, terpenyal-acetate dan diterpene alcohol. Kesemua dari sebatian ini merupakan minyak pati yang memberikan aroma kepada tumbuhan ini. Belum ada mana-mana usahawan yang memajukan tumbuhan ini secara komersil di negara kita mengenai sebatian hebat ini. Bagaimana pin di kalangan masyarakat Melayu, daun lemuni boleh digunakan untuk mengubati penyakit rheeumatism. Kaedah mengguna dimana daunnya ditumbuk dengan kapur barus kemudian dipupuk pada tempat yang sakit. Air rebusan daun muda dari pokok lemuni ini juga sesuai untuk digunakan bsgi mengubati muntah darah. Air rendaman daun ini jika dijadikan air mandi dipercayai dapat memulihkan anggota-anggota badan yang lemah, terutama setelah sembuh dari sakit yang berlarutan. Dalam pada itu bahagian bijinya yang matang boleh dijadikan sebagai 'biji benih' untuk pembiakan pokok lemuni. Lemuni putih turut mempunyai khasiat tersendiri iaitu dipercayai boleh mengelakkan bisa gigitan binatang daripada merebak,bijinya dijadikan ubat cacing. Sementara itu lain-lain nilai perubatan yang ada pada lemuni ialah daunnya boleh juga digunakan untuk mencuci rambut untuk menghalau kutu dan mencegah kelemumur serta mengubati kurap dan luka–luka di celah kaki. kalau begitu selepas membaca artikel ini akan ada orang yang akan membuat kajian lanjut mahupun menanam secara komersil jika ada pasaran yang sempurna. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada mereka yang mengunjungi blog anim agro technology. Wsdsllsm!.
POKOK LEMUNI... ADALAH SEJENIS HERBA...
LEMUNI HITAM...LEMUNI PUTIH PUN ADA.....
PERLBAGAI KHASIAT... PELBAGAI GUNA...
KAJIAN LANJUT ...PERLU DILAKSANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 948, The Marriot Hotel,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(13 Ramadan 1438H)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...