Support My Blog

Monday, May 15, 2017

TELUR AYAM - APAKAH DIA?

TELUR AYAM (Chicken Egg) merupakan satu nama yang tidak asing oleh semua lapisan masyarakat diseluroh dunia dari yang golongan kanak-kanak, orang muda dan apa lagi orang dewasa. Telur Ayam merupakan hasil pengeluaran oleh haiwan jenis ayam terutama Ayam Telur. Pengeluaran Telur Ayam di Malaysia melebihi sasaran SSL tahunan dimana ia dihasilkan melebihi 115.4 juta biji dalam tahun 2010 dan terus meningkat saban tahun (Sumber: Laporan Agromakanan  Negara, MOA 2010). Dalam pada itu jumlah penggunaan telur oleh rakyat Malaysia adalah sebanyak 295 seorang setahun iaitu kadar amat tinggi dikalangan negara Asia. Ini kerana telur digunakan dalam pelbagai resepi masakan daripada telur goreng, kuih mueh, masakan tradisional, rosti, roticanai, biskut dan bermacam makanan serta produk lain lagi. Pada penulis blog ini merasakan dimana kebanyakan jenis telur ayam boleh dimakan kecuali beberapa jenis telur ayam yang tercemar, telur tembelang atau telah beracun yang tidak boleh di makan. Secara umumnya telur ayam biasa mempunyai 3 komponen utama iaitu Bahagian Kulit Telur (Egg shell), Bahagian Putih Telur (Albumen) dan Bahagian Kuning Telur (Egg Yolk atau Vitellus). Telur yang paling banyak dikomersilkan adalah TELUR AYAM diikuti dengan TELUR ITIK dan telur burung lain (Telur Puyuh, Telur Burung Kasawari dan lain-lain). Telur Ayam sama dengan telur lain diambil oleh manusia sebagai sumber protin paling murah serta paling mudah di dapati. Penghasilan telur di Malaysia mencapai ratusan juta biji setahun dengan pasaran domestik dan juga pasaran ekspot. Artikel pagi ini saya berkongsi maklumat dalam "Anim Agro Technology" mengenai apakan dia TELUR AYAM untuk mereka yang suka dengan membaca blog ini.

Telur Ayam merupakan sumber protin yang banyak digunakan setiap hari di Malaysia sebagai makanan. Kajian saintis makanan mendapati kandungan setiap 100 gram TELUR AYAM mengandungi 650 kiloJoule Tenaga, Karbohiderat (1.12 gram), Lemak (10.6 gram), Protin (12.6 gram), Air (75 gram) dan banyak kandungan zat lain. Antara zat utama ialah Asid Glutamik (1.64 gram), Asid Aspartik (1.26 gram), Vitamin A (140 mikrogram atau 14%), Vitamin B1- Thiamine (0.066 mikro gram atau 6%), Vitamin B2 -Riboflavin (0.5 mikrogram - 42%), Vitamin D (87 IU atau 15%) dan Asid Phentithetic atau Vitamin B2 (1.4 mikrogram atau 28% ). Telur ayam juga banyak zat-zat galian seperti Potassium (126 mg), Kalsium (50 mg), Magnesium (10 mg), Zink (1.0 mg) dan Posforus (1.2 mg). Kandungan kolesterol dalam telur ayam lingkungan 424 mg setiap 100 gram berat telur. Ini yang buat pening kepala kalau banyak sangat makan telur setiap hari untuk orang dewasa. Di Malaysia industri Ayam Telur dengan Ayam Daging merupakan industri yang melibatkan billion ringgit daripada pengimportan bahan asas membuat seperti jagung bijirin dan kacang soya yang melibatkan kos pengimportan sebanyak RM3.6 billion setahun. Bagaimana pun industri ternakan ini semakin mendapat tempat dikalangan syarikat sehingga mampu menghasilkan daging ayam dan telur melebihi daripada SSL Negara. Negeri Johor dan Selangor merupakan dua negeri yang utama mengeluarkan produk ayam di Malaysia selain daripada Perak, Pulau Pinang dan beberapa negeri lain.

Kandungan bahan lberkhasiat ain dalam telur ayam adalah bahan penting seperti kandungan bahan Tryptophan (153 gram), Thereonine (0.604 gram), Isoleusine (0.686 gram), Leucine (1.075 gram), Lysine (0.904 gram), Methionine (0.392 gram), Cysteine (0.292 gram), Phenylalanine (0.668 gram), Tyrosine (0.582 gram), Valine (0.787 gram), Arginine (0.755 gram), Histidine (0.298 gram), Glycine (0.423 gram), Proline (0.501 gram), Serine (0.936 gram) dan Choline (0.255 gram). Telur Ayam merupakan bahan permakanan yang sangat berkhasiat diantara beberapa jenis makanan yang banyak diambil oleh manusia. Boleh dikatakan punca kolesterol yang paling banyak diambil oleh manusia adalah dari telur lingkungan 300 mg sehari dari sebiji telur. Kandungan putih telur dan kuning telur banyak mengandungi sumber Vitamin A, D, E dan K serta bahan galian penting yang diperlukan oleh manusia. Kebanyakan makanan yang dimasak dengan ditambah telur ayam mempunyai kandungan zat protin yang banyak. Rakyat Malaysia yang mengambil sebanyak 295 biji seorang setahun adalah antara tertinggi di Asia dan ia merupakan satu tahap ekonomi yang baik berbanding dengan negara lain. Sumber protin lain yang banyak diambil rakyat Malaysia daripada ikan dan daging.

Struktur telur ayam yang kebanyakannya berbentuk bulat bujur atau lonjong mempunyai 15 komponen. Komponen paling luar adalah KULIT TELUR, diikuri dengan MEMBRAN LUAR, MEMBRAN DALAM, LAPISAN CHALAZA, PUTIH TELUAR LUAR, PUTIH TELUR TENGAH, MEMBRAN VITELLINE, NUKLEUS PANDER, DISK GERMINAL, KUNING TELUR, PUTIH TELOR, ALBUMEN DALAM, LAPISAN CHALAZA, RUANG UDARA dan LAPISAN KUTIKEL. Saiz dan ukuran kadar setiap komponen dalam telur adalah berbeza-berbeza setiap biji bergantung kepada pelbagai faktor. Ada telur yang mempunyai saiz kuning telur sangat besar, ada telur yang mempunyai bahagian putih telur sangat besar dan ada telur yang mempunyai ruang udara sangat besar dan sebaliknya. Kejadian ini menyebabkan kaedah untuk menGRED telur dijalankan mengikut BERAT TELUR bukannya berdasarkan SAIZ TELUR. Terdapat juga kes baru-baru ini dalam lamanweb heboh diperkatakan oleh media di seluroh dunia penghasilan TELUR TIRUAN yang diciptia oleh saintis di China dan mula dipasarkan dinegara kita. Bagaimapa pun setelah disiasat oleh pihak tertentu didapati pasaran telur tiruan di Malaysia masih dalam tahap terkawal. Anda boleh layari banyak maklumat mengenai telur tituan dalam laman web dan cara-cara menghasilkannya dalam laman you tube. Apalah saintis ini mencipta telur tiruan sedangkan telur asli di negara kita lebih dari mencukupi dan masih boleh dihasilkan dengan jutaan biji sehari. Teknologi penternakan ayam penelur semakin moden pada masa kini dengan pengenalan baka ayam penelur yang produktif, pemberian makanan rumusan khas yang berkhasiat dan kawalan penyakit serta perubatan canggih membantu industri ini terus berkembang. Bagaimana hidup kita seharian jika telur ayam tiada di rumah agaknya. Semuga anda semua mendapat info berguna mengenai apakah dia telur ayam dalam blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TELUR AYAM.....SEMUA ORANG MAKAN....
295 BIJI PERKAPITA...TIDAK HAIRAN...
DIMALAYSIA ...CUKUP PENGELUARAN...
TELUR GORENG....JADI KEGEMARAN...

Related articles:
1. Ayam Telur -Part 1 (Klik disini)
2. Ternakan Ayam di Malaysia (Klik disini)
3. Jagung (Klik disini)

By,
M Anem,
Senior agronomist,
Room 314, Hotel Rosa Pasadena,
Brinchang, Cameroon Highland,
Pahang, Malaysia.
(11 Syaaban 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...