Support My Blog

Tuesday, March 28, 2017

PERTANIAN BANDAR KEARAH ORGANIK?

PERTANIAN BANDAR (Urban Agriculture) sama ada ianya dibandar atau di pinggir bandar sewajarnya memberikan penekanan kepada aktiviti penanaman bahan makanan untuk kegunaan sendiri oleh penduduk dibandar. Dalam pada itu perladangan organik yang tidak menggunakan racun kimia perlu menjadi amalan untuk mereka yang aktif dalam melaksanakan pertanian bandar. Dalam pada itu pertanian organinik pentingkan bahan input pertanian yang bukan dari bahan kimia atau sintetik yang dibeli oleh penjual bahan pertanian. Sama ada input organik ini disediakan seniri oleh pengusaha pertanian bandar atau diberi input organik dari pembekal yang berwibawa semuanya adalan sama. Dalam melaksanakan pertanian organik dibandar ada soalan seperti bagaimanakah penggunaan bahan organik sebagai sumber baja dan racun tanaman?. Baja Organik disediakan daripada bahan buangan organik seperti tinja haiwan, sisa dapur, sisa tanaman dan sebagainya yang bersifat organik. Jabatan Pertanian telah memperkenal dan menggalakkan penduduk bandar menghasil sendiri baja organik dari sisa buangan dapur atau daripada sumber sisa tanaman sebagai sumber baja kepada tanaman. Baja organik adalah mesra alam iaitu baja yang tidak mengandungi bahan kimia dan bersifat organik. Ia merupakan unsur mineral semula jadi yang diperlukan untuk kesuburan tanah dan juga mampu untuk memulihkan tanah mati. Jika penggunaan baja kimia secara terus menerus tanpa diimbangi dengan menggunakan baja organik telah terbukti mengakibatkan terjadinya kerosakan tanah baik dari sifat fizik, kimia mahupun biologi tanah. Kini dengan menggunakan baja organik maka tahap kerosakan tanah dapat diperbaiki dan dikembalikan sifat kesuburannya di samping meningkatkan produktiviti pertanian. Artikel subuh sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" satu lagi cetusan minda penulis bagaimana pertanian organik dan pertanian bandar perlu disemaikan dalam pemilkiran kita semua.

Dalam amalan pertanian organik perlu juga disediakan bahan Racun Organik yang dibuat dari bahan organik. Kini para penduduk bandar juga diberi bimbingan teknikal untuk menghasilkan sendiri racun organik daripada bahan semula jadi seperti serai, bawang putih dan cili. Kini dengan memperkenalkan kaedah ini maka penduduk bandar boleh menjimatkan kos dengan menghasilkan sendiri baja dan racun organik yang mudah dihasilkan dan selamat untuk digunakan. Apa pun perlu ada latihan asas dalam menyediakan racun organik dengan betul melalui kursus asas atau bertanya kepada mereka yang berpengalaman dalam pertanian organik. Apa pun sebenarnya telah ada dijual dipasaran dan dalam talian internet beberapa produk racun organik yang mudah dibeli (Sila lihat foto disebelah). Beberapa jenama seperti produk racun Organik Mas Hitam (Daripada Johor) menjual racun dan baja organil untuk pengamal-pengamal pertanian organik diseluruh negara. Sebanarnya penulis pernah jalani latihan mengenai pertanian organik di Saraburi, Bangkok, Thailand dimana ia mengambil masa 10 hari bersama peserta dari seluruh dunia. Terdapat pelbagai cara lain yang boleh digunakan untuk menjamin kualiti hasil pertanian tanpa menggunakan racun serangga serta racun rumpai. Kaedah tersebut diantaranya adalah penggunaan bahan semula jadi untuk menghasilkan racun organik. Kebaikan menggunakan bahan-bahan ini adalah kita dapat menentukan keaktifannya dan menyediakan mengikut keadaan yang diperlukan. Bahan yang lebih banyak boleh digunakan jika terdapat serangan-serangga yang lebih ketara dan serius.

Kajian yang telah dijalankan oleh orang dan juga beberapa pakar pertanian yang menunjukkan penggunaan racun organik adalah jauh lebih efektif untuk menjauhkan serangga perosak dari tanaman. Penggunaannya juga tidak membawa kemudaratan kepada alam sekitar, mesra alam serta kepada kesihatan manusia secara keseluruhannya. Malah ia dapat mengekalkan beberapa zat serta vitamin penting dalam tumbuhan tersebut tanpa dicemari racun serangga. Cara ini adalah sesuai dan amat praktikal untuk diguna pakai oleh penanam, tambahan pula bahan-bahan ini mudah didapati di sekeliling kita. Diantara negara luar yang turut melaksanakan kaedah ini dan bukti manfaat yang diperolehi dan telah pun ditulis dengan profesional untuk dijadikan panduan. Sebenarnya aktiviti pertanian bandar telah dijalankan secara berkesan di negara-negara berikut di Queensland (Australia) Kaherah (Mesir), Havana (Cuba) Mumbai (India) dan Bangkok di Thailand dengan pendekatan yang agressif oleh masyarakat tempoatan dan pihak berkuasa. Bandar-bandar lain adalah Beijing (China), New York dan California (Amerika Syarikat), Montreal (Kanada), Yorkshire (United Kingdom) dan Rosario di Argentina juga sangat maju didalam memperkatakan mengenai pertanian bandar. Sebenarnya masyarakat yang maju dalam pertanian bandar ini telah faham akan manfaat yang akan dan telah diperolehi melalui pertanian bandar.

Dikatakan manfaat pertama adalah kesan atau impak pertanian bandar ke atas kesihatan, pemakanan dan kesejahteraan penduduk bandar mnakala manfaat kedua adalah impak pertanian bandar ke atas penjanaan pekerjaan dan pendapatan. Secara anggaran berapa lamakah tempoh untuk kita menyaksikan kesan baik pelaksanaan penggunaan produk biodegradasi?. Kini produk biodegradasi (biodegradable products) adalah produk yang akan mengurai (biodegradable) oleh aktiviti mikroorganisma seperti bakteria, kulat dan juga kaedah biologikal lain bagi sesuatu tempoh masa. Juga sering ditanya pengguna iaitu apa silapnya plastik dan styrofoam?. Sebenarnya plastik dan styrofoam ialah hasilan petroleum yang tidak terurai, kekal dalam alam persekitaran selama ratusan ke ribuan tahun, dan menghasilkan bahan-bahan toksik menyerap masuk ke dalam air bawah tanah. Menurut Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, sumber pembuangan kedua terbesar adalah plastik iaitu sembilan peratus dengan nilai RM163 juta. Sisa plastik mengambil masa ratusan tahun untuk diuraikan, manakala penggunaan produk biodegredasi dilaporkan mampu mengurangkan jisim timbus guna tanah sebanyak hampir 30 peratus. Ada juga persoalan iaitu apa silapnya pinggan kertas kerana hampir semua produk pakai buang diperbuat daripada serat kayu dara (virgin wood fibre) yang akan memberi kesan terhadap pengurangan hutan semula jadi serta khidmat eko yang disediakan oleh hutan. Tempoh penguraian (biodegradasi) bagi beberapa produk yang biasa digunakan untuk ia mengurai apabila bertaburan sebagai sampah sarap.Sebagai panduan, penggunaan produk biodegredasi yang lebih cepat terurai menjadi pilihan untuk digunakan dalam aktiviti pertanian di bandar. Hal ini kerana ia lebih cepat mengurai dalam tanah yang mendapat cukup cahaya, air dan aktiviti bakteria yang diperlukan untuk membolehkan proses pereputan dimulakan.  Semuga tulisan ini mampu memberikan info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!..
PERTANIAN BANDAR... MUDAH LAKSANA...
MENNANAM SAYUR... ANTARA CARANYA...
BAHAN ORGANIK...INPUT YANG DIGUNA...
PERLU DIBUAT... MASYARAKAT SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Pertanian Putrajaya,
Precint 16, WP,
Putrajaya, Malaysia.
(3 Rejab 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...