Support My Blog

Saturday, January 28, 2017

KHASIAT DAUN UBIKAYU

DAUN UBI KAYU (Manihot esculenta) adalah merupakan sebahagian daripada komponen daripada pokok ubi yang sering dimakan oleh manusia dan berkhasiat. Daun ubi yang diambil untuk dijadikan makanan terutama sayuran adlah daripada bahagian pucuknya yang masih lembut. Kalau dahulu sayur pucuk daun ubi cuma dimakan oleh penduduk kampong dan luar bandar tetapi kini ia sudah dinikmati oleh penduduk bandar yang membeli atau menanam sendiri disekeliling rumahnya. Antara jenis daun ubi yang baik untuk dimakan adalah dari jenis daun ubi pulut kerana ia lembut dan tidak pahit (Sila lihat foto diatas). Pokok ubi pulut adalah varieti ubikayu yang mudah ditanam disekeliling rumah sama ada didalam pasu besar atau pun diatas tanah. Jika dahan ubi pulut ini sering dipatahkan untuk mengutip bahagian daun mudanya maka akan lebih banyak cabang dan ranting baru keluar menjadi pucuk muda lain. Pembajaan dengan baja organik dan pemberian air akan membolehkan pokok ubi ini cepat menghasilkan tunas dan daun pucuk baru sepanjang masa. Penulis blog dapati khasiat daripada makan dan mengambil pucuk daun ubi adalah sudah tidak asing bagi kita terutama mereka yang berasal daripada kampong. Ini kerana sayuran enak ini memang sangat banyak digemari di berbagai negara-negara  tropika seperti Malaysia, Thaoland, Brunei dan juga di Indonesia. Sayuran ini sudah akrab dengan lidah orang Malaysia terutama yang mampu menanam dan masak sendiri dikawasan keliling kampong. Tanaman ubi kayu adalah mudah jika kita hendak menanamnya sendiri. Benih tanaman amat mudah diperolehi menyebababnya terdapat hasil seperti Umbisi ubi kayu, Daun dan juga biomass. Bahan mentah ubi kayu sebenarnya telah banyak sekali digunakan dalam hidangan berasaskan ubikayu yang popular di Malaysia. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai khasiat daun pucuk ubikayu untuk bahan bacaan dan rujukan anda. 


Daun ubi kayu (bahagian pucuknya) merupakan bahagian paling atas pada pokok ubikayu. Ia sering dipetik untuk dicelur dengan air panas atau direbus dan dimakan sebagai salah satu ulam yang enak dan menggiurkan lidah. Daun ubi juga sering dimasak sayur lemak dengan memasaknya dengan santan cair yang biasa disebut masak lemak daun ubi. Selain daun ubi ini digemari kerana rasanya yang enak dan nikmat ianya juga memberikan manfaat tersendiri dimana tidak kalah dengan sayuran jenis lain. Beberapa restoren masakkan kampong selalu menghidangkan daun ubi sebagai hidangan yang disukai ramai pelanggan. Daun ubi yang masih muda dan segar sering dijual dipasar basah, pasaraya, pasar malam, pasar tani dan juga dikedai runcit. Ia memang amat mudah didapati dengan harga muran sekitar RM1.00 - RM2.50 seikat sama ada terus dimasak atau boleh disimpan selama semiggu dalam peti sejuk. Penulis memang mempunyai beberapa pokok ubi pulut disekeliling rumah dan sesuai dikutip pucuknya setiap dua minggu. Apa yang penting adalah apabila dirujuk kepada pakar permakanan dimana pucuk daun ubi memang mempunyai zat permakanan yang baik kepada manusia.

Kandungan Zat Permakanan daun ubi kayu cukup baik dan banyak variasi sama dengan jenis sayuran hijau lain. Asasnya adalah dimana ia juga memiliki kandungan serat yang cukup tinggi. Antara beberapa kandungan zat permakanan yang tinggi dalam daun ubi adalah bahan SERAT, Vitamin A, Vitamin B1, Karbohidrat, Asid Amino Essential dan juga Protein. Lazimnya khasiat daun ubi ini dapat kita jadikan bahan makanan sihat melalui khasiat pada kandungan zat permakannya tetapi kini disedari bawaha bahawa daun ubi ini mampu mengubati beberapa jenis penyakit. Beberapa kandungan zat yang tekandung pada daun ubi seperti vitamin B1, vitamin A, asid amino essensial dan karboidrat membantu meningkatkan tahap kesihatan pengguna. Perkara ini tentunya menjadikan  daun ubi sangat baik apabila di makan sebagai menu harian kita.  Umumnya terdapat 7 kebaikan dengan makan pucuk daun ubi ini jika diambil dengan betul dan sistematik. Jika anda makan terlalu banyak pun mungkin akan mendatangkan kemudaratan.

Kehebatan makan daun ubi kayu didakwa memembantu kadar Metabolisme Tubuh Badan. Ini kerana daun ubi ini merupakan sumber protein semulajadi yang sangat banyak dimana ia adalah jenis protein yang banyak mengandung vitamin B. Vitamin B sangat diperlukan untuk membangunkan sel-sel tubuh badan yang akan membentuk enzim-enzim yang membantu metabolisme tubuh. Manusia perlukan unsur protin dan vitamin secara berkesinambungan untuk tujuan kesihatan dimana ia boleh diperolehi daripada daun ubi kayu sahaja. Daun ubi kayu muda yang dicelur boleh dicicah sambal tumis dan dimakan dengan nasi putih (Sila lihat foto disebelah). Kedua dimana daun ubi kayu adalah Sumber Tenaga dengan adanya kandungan berbagai protein atau Asid Amino essensial pada daun ubi dimana ia adalah sangat membantu memberikan tenaga (energy) yang bermanfaat bagi manusia. Asid Amino Essensial pada daun ubi didakwa dapat membantu megubah karbohidrat menjadi tenaga yang akan digunakan manusia melakukan aktiviti. Siapa sangka dimana daun ubi kayu kaya dengan bahan Antioksidan. Daun ubi pastinya membekalkan sumber Antioksidan yang sangat baik untuk mencegah dan juga membuang radikal bebas dalam tubuh. Radikal bebas ini sendiri merupakan salah satu penyebab berbagai penyakit berbahaya seperti kanser dan dalam bidang kecantikan dapat menyebabkan lamat proses penuaan atau sentiasa akan awet muda.

Hidangan daun ubi didakwa mampu dalam membentuk dan Regenerasi Sel Tubuh. Ini keran akehadiran bahan Asid Amino essensial yang terdapat dalam daun ubi merupakan salah satu sumber penting dalam menjaga dan meregenerasi sel dalam tubuh manusia. Asid Amino merupakan protein yang dapat membantu dalam menumbuhkan sel yang rosak serta memberikan pembaharuan terhadap sel tersebut dalam tubuh agar tetap berfungsi normal. Daun ubi juga didakwa sangat baik untuk Amalan Diet. Ini kerana ia ternyata juga sangat baik digunakan untuk berdiet kerana ada kandungan serat dan tingginya protein di dalamnya adalah salah satu menu diet sihat harian anda. Makan daun ubi sangat membantu proses Pencernaan. Boleh dikatakan hampir semua orang tahu bahawa serat sayuran sangat baik untuk pencernaan sehingga ianya dapat membantu menyihatkan usus besar manusia seperti yang ujud padanya. Pengambilan secara rutin daun ubi juga akan memberikan kesan yang cukup baik untuk pencernaan kita. Akhirnya kehebatan daun ubi yang dimakan kerana ia didakwa mampu Menambah Darah. Ini kerana daun ubi adalah sayuran penambah darah yang sangat ampuh menambah darah terutama kepada mereka yang ada masaalah seperti Anemia.

Daun ubi juga dikaitkan dengan kesan penggunaannya didalam perubatan tradisional. Walau pun belum ada laporan klinikal yang diterbitkan mengenai perkara ini tetapi banyak testimoni yang menyokong kegunaan daun ubi didalam menyembuhkan pelbagai jenis masaalah kesihatan. Amalan makan daun ubi ini menjadi salah satu pilihan alternatif yang penulis akan paparkan sekadar untuk menambah ilmu pengetahuan pembaca blog anim agro kali ini.. Beberapa penyakit didakwa dapat ditangani oleh daun ubi untuk mengurangkan akan deritanya. Diantaranya adalah kesannya dalam menyembuhkan isu Cirit Birit (Diarrhea) dengan cara dimana pesakit ambil sekitar tujuh helai daun ubi kayu dan kemudian di basuh bersih. Rebuskan daun ubi tersebut dengan air sebanyak 800cc. Apabila air rwbusan tersebut tinggal 400cc (50% telam menjadi wap) maka ambil airnya dan kemudian diminum dua kali sehari atau sebanyak 200 cc sekali minum. Air rebusan daun ubi kayu memang didakwa amat baik dan cukup efektif dalam usaha membantu untuk mengurangkan masaalah cirit birit. Daub ubi kayu juga didakwa membantu mengubati penyakit Sakit Sendi atau reumatik. Kepada mereka yang ada masaalah sengal dan sakit tulang selepas bekerja sebaiknya mencuba rawatan ini. Caranya dengan menyediakan sebanyak 5 helai daun ubi dan kemudian di campurkan daun kapur sirih dan tambah sedikit air bersih. Bahan tersebut kemudian diramas sehingga ramuan hancur dan tempelkan pada bahagian sendi yang sakit atau ada rasa ngilu. Sebaiknya rawatan ini peru dilakuan tiga kali sehari. Memang kegunaan dan juga manafaat daun ubi sangat besar perannya bagi kesihatan tubuh manusia terutama bagi anda yang sedang terkena masaalah Aemia. Pengamnilan makanan berasaskan daun ubi didakwa mempunyai kesan baik untuk kesihatan kita. Wasallam!!!...

Mencabut ubi kayu dengan alatan inovasi di Kuantan.

DAUN UBI... BANYAK KEGUNAANNYA...
BAHAGIAN PUCUK... MUDAH AMBILNYA...
JENIS UBI PULUT...MUDAH TANAMNYA....
MEMBACA ARTIKEL... DAPAT ILMUNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kebun Ubi Kayu Komersil,
Kg Jaya Gading, Kuantan,
Pahang, Malaysia.
(29 RabiulAwal 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...