Support My Blog

Wednesday, December 14, 2016

RUMPAI - SENDUDUK

SENDUDUK (Melastoma malabathricum) merupakan sejenis tumbuhan RUMPAI (weeds) iaitu pengkelasan dibawah keluarga Melastomaceae dimana ia banyak terdapat di Malaysia. Tumbuhan ini tumbuh di merata kawasan seperti kawasan semak di dalam kebun, tepi kolam, tepi parit, kawasan lapang , dusun dan sebagainya. Pokok senduduk merupakan sejenis rumpai di kawasan kebun tanaman serta kawasan pertanian dan perlu dibasmi kerana mampu menurunkan hasil tanaman. Lazimnya tumbuhan ini tumbuh berkelompok di kawasan tanah yang ada tanaman dan dikategorikan sebagai cepat membiak jika tidak dikawal. Terdapat beberapa jenis senduduk yang sering kita lihat seperti Senduduk Ungu dan Senduduk Putih. Saya juga memang mengenali senduduk semenjak kecil lagi kerana tumbuhan ini boleh dikatakan ada dikawasan keliling rumah dan dapat mempelajari secara saintifik ketika belajar di universiti 33 tahun dulu. Artikel kali ini saya berkongsi dalam "Anim Agro Technology" semua maklumat dengan pembaca mengenai Senduduk untuk menambah ilmu pengetahuan. Pokok ini memang banyak gunanya kepada mereka yang mengetahui bagaimana untuk mendapatkan khasiatnya. 

Senduduk mampu tumbuh sehingga melebihi ketinggian sehiingga satu (1) meter dalam kawasan yang sesuai terutama diatas tanah lapang yang subur. Batangnya berkayu dengan berwarna coklat dan mampu mencapai ukurlilit batang sehingga 3-4 cm jika capai ketinggian 1 meter dan ia mempunyai banyak cabang. Daun senduduk lazimnya adalah berwarna hijau gelap, berbentuk lonjong dengan permukaan daun yang agak berbulu serta tebal. Daun senduduk mempunyai lendir jika dihancurkan atau dilumatkan ia sangat sesuai untuk memberhentikan darah jika dibubuh apabila luka-luka kecil. Cara terbaik ialah dengan ambil daun senduduk segar yang sederhana tua dan kunyah dalam mulut kemudian letakkan pada luka dan darah akan serta merta berhenti. Bunga senduduk terdiri dari 5 kelopak yang berkembang pagi hari dan warnanya cantik (Ungu atau Putih) yang akan menarik serangga untuk hinggap. Akar senduduk merupakan akar tunjang dan akar serabut yang sangat kuat. Buah senduduk berwarna coklat, berbentuk seperti cawan, berangkai dan mengandungi banyak biji berwarna hitam serta rasa manis jika dimakan. Pada zaman kanak-kanak dulu saya memang sering makan buah senduduk organik dikampong. Buah senduduk muda juga sangat baik untuk dijadikan 'peluru' senapang buloh mini yang seronok menembak zaman dulu.


Kaedah pembiakan senduduk ialah secara semulajadi iaitu dengan buah senduduk dimakan oleh binatang terutamanya burung (rasa manis) dan akan diberakkan dilokasi lain. Benih senduduk yang banyak akan bercambah dikawasan baru apabila mendapat situasi sesuai. Buah senduduk juga dimakan oleh serangga lain seperti semut, kerengga, binatang lain dan sebagainya. Serangga ini juga mempu membiakan senduduk. Buah senduduk yang matang juga akan gugur apabila kering dan jatuh ketanah. Benih-benih tersebut akan tumbuh atau di bawa aliran arus air kekawasan lain. Penulis semasa membuat banyak pemerharian dilapangan mendapati dimana kawasan tanah mineral, tanah gambut atau tanah yang bermasaalah lain juga senduduk boleh tumbuh dengan mudah. Senduduk juga memang tahan dalam cuaca kering atau pun jika ia berada kawasan mudah terendam. Pokok senduduk yang juga merupakan sejenis rumpai merupakan musuh kepada petani kerana ia bersaing mengenai ruang, baja, air, menjadi perumah kepada serangga perosak dan juga penyakit.


Pokok senduduk merupakan sejenis tumbuhan kategori rumpai yang berlu dimusnahkan jika berada didalam kebun. Ini kerana ia akan mangambil ruang, nurien dalam tanag, ari serta menjadi perumah kepada perosak tanaman. Cara memusnahkan ialah dengan Kaedah Manual dan juga Kaedah Kimia. Kaedah manual ialah dengan mencabut atau menebas atau menajak menggunakan cangkul, parang atau tajak. Kumpulkan pokok-pokok senduduk tersebut dan bakar apabila telah kering. Penggunaan racun sentuh tudak membunuh senduduk. Oleh itu Racun Sistemik perlu digunakan dalam kawalan senduduk seperti racu jenis Round-up dan Basta. Pokok senduduk mempunyai sistem akar yang dalam dan tidak mudah mati jika kita gunakan racun sentuh seperti paraquat walau pun daunnya akan menjadi kering. Beberapa lama selepas daun kering maka daun dan tunas baru akan keluar semula. Senduduk juga merupakan sejenis tumbuhan yang sangat berguna dalam alam perubatan tradisional. Sejak kecil dulu saya telah guna daun senduduk untuk mengubati luka dan didapati akan memberhentikan aliran darah dengan mengunyah daun senduduk dan kemudian dilekatkan di tempat yang luka. Kajian klinikal juga menunjukkan daun senduduk muda mampu menghentikan masaalah cirit birit. Daun senduduk yang direbus bersama halia dan diminum semasa suam panas juga dapat mengurangkan penyakit keputihan wanita. Paling menakjubkan ialah bagaimana daun bersama akar senduduk yang digiling dan ditampal kepada parut bekas cacar mampu menghilangkannya. Anda boleh mencubanya.


Daun senduduk kering yang direbus dengan air panas dan kemudian ianya diminum sepanjang pantang bagi wanita bersalin sangat baik untuk mengecutkan rahim sehingga habis waktu pantang. Amalan meminum air rebusan senduduk juga membantu untuk menjadi penawar kepada penyakit buasir. Rebusan air, batang dan akar senduduk suam yang diminum suam-suam juga mempunyai keupayaan mengurangkan sakit gigi jika dikumur-kumur. Air tersebut juga mampu mengurangkan lenguh2 badan dan sakit sendi jika diamalkan. Sungguhmenakjubkan khasiat pokok senduduk. Senduduk merupakan tumbuhan anugerah tuhan yang perlu dibuat kajian saintifik khasiatnya. Dalam pada itu kebanyakkan amalan dan petua diatas daripada pengalaman orang-orang lama dan hanya sedikit kajian dijalankan. Satu hari nanti saya hendak melihat ada produk seperti jus senduduk, pil dan kapsul senduduk, serbuk minuman senduduk dan beberapa produk kesihatan dari senduduk. Saya juga ingin lihat petani yang menanam pokok senduduk secara komersial sebagai satu komoditi yang menguntungkan. Banyak kajian yang perlu dijalankan untuk menjayakan industri penanaman pokok senduduk ini.  Insyaalah.
POKOK SENDUDUK...BANYAK CABANGNYA...
DIANGGAP RUMPAI... PERLU KAWALNYA....
BANYAK KHASIAT....BAGAIMANA MENGGUNA....
TEKNOLOGI SENDUDUK...BERADA DIMANA...

By
M Anem,
Senior Agronomist,
Pasar Minggu Banting, 
Banting, Kuala Langat, 
Selangor,
Malaysia
(22 Syaaban 1434H)
Posting Dec 2016.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...