Support My Blog

Wednesday, November 23, 2016

TEPUNG BERAS

TEPUNG BERAS (Rice flour) merupakan tepung yang mana ia diproses daripada beras yang dikisar.  Tepung beras berbeza dengan tepung gandum atau tepung pulut kerana bahan asas yang digunakan adalah berbeza sama sekali. Tepung ini banyak digunakan didalam pembuatan kueh-mueh tradisional Melayu serta penduduk ASEAN yang lain seperti di Indonesia, Thailand, Filipina malahan di negara China dan Jepun. Di negara Jepun, beras yang tidak berkanji atau beras berkanji dikisar menjadi tepung beras dinamakan 'mochi' yang merupakan bahan asas makanan dikalangan rakyat negara tersebut. Terdapat juga tepung beras yang mana ia diproses dari beras perang yang berwarna coklat untuk pasaran khusus. Tepung beras merupakan satu produk berasaskan beras (Oryza sativa) yang paling lama digunakan oleh penduduk Asia dan juga sangat berkhasiat. Pelbagai jenis makanan berasaskan tepung beras disediakan untuk makanan waktu sarapan pagi, makan tengahari dan juga makan malam. Walau pun kini kebanyakan tepung beras tempatan yang dijual dipasaran dimonopoli oleh beberapa syarikat sahaja tetapi ramai juga yang suka membuat tepung beras sendiri. Bekalan tepong beras tempatan mudah diperolehi dimana ia banyak dijual runcit di Pasaraya Besar, pasar tani, kedai runcit malahan juga dijual di pasar malam. Harga satu paket tepung beras juga murah dan berpatutan dengan pelbagai jenama dipasaran. Antara jenama tepung beras yang popular adalah Tepung Beras Cap Gajah 1. Ia berkualiti dan mudh dibeli dimana-mana  kedai runcit di negara kita (Sila lihat foto diatas). Tepong beras yang dibungkus dengan kali udara memang mampu bertahan lama jika disimpan dalam bilik terkawal berhawa dingin. Artikel malam Rabu ini (masih cuti raya lagi) saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tepung beras untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan pembacaan beberapa sumber untuk dijadikan bahan bacaan.


Kita boleh membuat tepung beras sendiri dirumah untuk kegunaan sendiri atau sebagai makanan bayi. Pada masa dahulu beras berkualiti akan direndam semalaman sebelum dijemur dengan menutupnya dengan kain alas. Kemudian apabila telah kering dijemur maka langkah seterusnya ia akan dikisar menggunakan giling batu secara tradisional (Lihat foto diatas iaitu pengisar batu tradisional lama dan mesin pengisar kering seperti alatan 'Dry Mill'.  Beras yang rendam dahulu semalaman dan kemudian dijemur sehingga betul-betul kering. Biji beras ini akan dimasukkan kedalam lubang khas diatas pengisar dan ia kemudian dipusingkan untuk menghancurkan beras menjadi tepung. Cara ini masih dilakukan dibeberapa negara seperti di India, China terutama dikawasan pendalaman yang masih tidak ada bekalan asas eletrik. Bagaimana pun sekarang amat mudah untuk kita menyediakan tepung beras sendiri dirumah dengan menggunakan Mesin Pengisar Letrik (Dry Mill Blender). Mesin ini mampu memproses beras untuk dijadikan tepong beras. Setelah dikisar sama ada guna batu pengisar atau Batu Giling atau Mesin Blender dan menjadi halus maka perlu dikeluarkan beras hancur dan masukkan kedalam ayak tepung. Ayak tepung ini digunakan untuk mengasingkan tepung dan beras yang telah hancur dengan beras yang masih belum hancur. Kisar semula beras yang belum hancur dan ayak semula sehingga selesai. Gunakan terus tepung beras yang dibuat sendiri atau anda boleh menyimpan dalam bekas kedap udara untuk mempastikan kualitinya. Tepong beras buatan sendiri lebih baik dan mampu menghasilkan kuih muih yang enak.


Kegunaan tepung beras untuk membuat pelbagai jenis kueh dinegara kita memang tidak dapat dinafi atau diasingkan lagi. Penulis dapati memang ada bermacam-macam jenis kueh basah dan kueh kering dibuat berasaskan tepung beras. Lazimnya disediakan untuk dimakan sendiri atau pun dijual sebagai aktiviti harian. Saya pun tidak dapat memberikan nama-nama kueh yang dibuat dari tepung beras. Apa yang saya dapat kenal adalah seperti Kueh Apam Bunga, Kueh Lapis (Lihat foto diatas), Kueh Koci dan Kueh Buah Melaka (Lihat foto dibawah). Lain-lain kueh yang menggunakan tepung bers seperti Rempeyek, Tepung pelita, Nagasari, Apam, Kueh Talam, Kueh Lompang, Kueh Karas, Bingka dan banyak lagi. Semua jenis kueh-mueh ini merupakan kueh kegemaran yang sangat mudah disediakan dengan kos yang juga murah asalkan kita mempunyai ilmu dan kemahiran membuatnya. Bekalan tepung beras yang ada dipasaran juga sentiasa ada dengan satu paket dijual sekitar RM 2.00 seberat 500 gram/paket. Selain dari tepung beras keluaran tempatan sering saya jumpa tepung beras buatan Thailand yang banyak dijual dipasaran tempatan. Terdapat beberapa syarikat tempatan yang mempunyai kilang memproses tepung beras tetapi kebanyakannya adalah diimport daripada negara jiran (Thailand). Bahan ini dibungkus semula dalam negara sebelum diedarkan dan dijual secara runcit diseluruh negara. Industri tepung beras adalah masih relevan dalam negara kerana ia merupakan bahan asas makanan berasal daripada beras. Semuga artikel ini menambahkan ilmu saya dan juga anda semua yang membaca blog ini. Wasallam!...
TEPUNG BERAS ... PUTIH WARNANYA...
DIBUAT KUEH... SEDAP RASANYA...
DALAM BUNGKUSAN..BERJENAMA...
MUDAH DIBELI... BUAT SAHAJA...

By,

M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1404, Hotel Holliday Inn Melaka,
Jalan Syed Abdul Aziz,, Bandar Hilir,
Melaka, Malaysia.
(6 Syawal 1434H)
Published on 24 Nov 2016.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...