Support My Blog

Sunday, November 13, 2016

MADU KELULUT - JADI 'SUPER FOOD' MALAYSIA?

MADU KELULUT (Stingless Bee Honey) akan mejadi satu jenama produk dinegara kita dengan jenama khas iaitu 'Superfood Malaysia'?. Pengenalan Madu kelulut yang kini merupakan komoditi hebat telah diberi perhatian oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), YB Dato’ Sri Ahmad Shabery bin Cheek. Menurut YB Menteri, madu kelulut kini akan dijenamakan sebagai superfood pertama Malaysia di peringkat antarabangsa pada tahun 2017. YB Menteri juga meminta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) melakukan kajian penyelidikan dan pembangunan supaya madu lebah kelulut mempunyai testimoni dan dibuktikan secara saintifik. Penulis yang juga mempunyai aktiviti mengajar teknologi memelihara kelulut tertatik dengan kenyataan menteri ini bagi menaikan lagi martabat madu tempatan diperingkat global. Apakah dia sebenarnya definisi 'Superfood'. Buat masa ini tidak ada definisi rasmi tentang makanan superfood. Kamus Oxford mendefinisikan superfood sebagai makanan yang kaya dengan nutrien yang sangat bermanfaat untuk kesihatan dan kesejahteraan manusia. Sehingga tahun 2007aktiviti berkait pemasaran produk superfood dilarang di Kesatuan Eropah kecuali disokong oleh penyelidikan saintifik yang boleh dipercayai. Superfood boleh merujuk kepada sumber segar atau makanan yang telah diperoses. Walaupun telah lama diketahui bahawa sumber segar superfood seperti chia seeds, blueberry dan sebagainya dijalankan tetapi kadar permintaan terhadap jus sumber segar didapati masih rendah di kalangan pengguna berbanding produk yang diproses. Contoh lainnya adalah seperti produk Tahitian Noni yang mula menjual jus noni pada tahun 1996 mendakwa telah menjual berbilion-bilion dolar dalam 10 tahun pertama operasi mereka. Produk berasaskan buah delima meningkat hampir 400 peratus berbanding pada 2007 berbanding enam tahun sebelumnya. Begitu juga produk seperti XanGo yang berasaskan buah manggis telah meningkat kadar jualannya daripada US$ 40 juta pada tahun 2002 kepada USD$ 200 juta pada tahun 2005 dan lebih tinggi lai masa kini. Berdasarkan idea ini maka madu kelulut ini disasarkan untuk dijadikan produk 'Superfood Malaysia' dimasa akan datang. Artikel subuh Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai produk superfood Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan.


Kandungan Pemakanan dalam madu kelulut memang selama ini telah pun ada banyak diperkatakan melalui testimoni sahaja. Ada kala penulis sering ditanya apakah dia kehebatan madu kelulut yang menyebabkan harganya amat tinggi dipasaran runcit. Harga ladang madu kelulut sekitar RM180 - RM200 sekilogram dan lebih tinggi lagi apabila dibotolkan dengan produk yang menarik pengguna (Sila lihat foto disebelah). Secara umumnya bahan utama dalam madu kelulut dan madu lebah adalah karbohidrat, protein dan asid amino, vitamin, mineral dan antioksidan serta bahan-bahan lain seperti asid organik dan hidroksimetilfurfural. Madu kelulut pula biasanya akan mempunyai kandungan fruktosa, glukosa, maltosa dan sukrosa yang lebih rendah berbanding madu lebah biasa. Kandungan unsur Hydroxvmethylfurfural (HMF) dalam madu kelulut pula rendah (iaitu lebih kurang 1.0 mg/kg). Asid fenolik dalam madu kelulut merupakan sejenis bahan antioksidan mudah serap juga hadir dalam madu kelulut dan kandungannya lebih tinggi berbanding madu tempatan atau madu import. Ramai kurang pasti mengenai piawaian madu lebah dan madu kelulut. Pengguna sering bertanya kenapa ada madu kelulut yang cair dan jernih, kenapa ada madu kelulut yang pekat dan berwarna hitam, begaimana hendak mengetahui madu kelulut yang ada dipasaran itu tulin dan sebagainya. Oleh itu perlu diujudkan sistem piawaian madu kelulut dan madu lebah dinegara ini yang sistematik dan boleh memberikan tahap kepercayaan maksiama di negara kita. 

Jadual 1. Kandungan asid fenolik dalam madu kelulut



Dalam memperkatakan apakah yang membolehkan madu kelulut menjadi superfood negara sebaiknya kita membuat kajian saintifik. Penulis mendapatkan info mengenai keandungan apa didalam madu kelulut ditunjukkan dalam gambarajah 1. Rajah tersebut menunjukkan bahan kandungan Asid fenolik dalam madu kelulut diukur dalam kuantiti mikrogram berbanding dengan gram berat kering. Kandungan Asid benzoik sekitar 1.2 mikrogram setial fram diikuti dengan bahan Asid fenilpropanoik sebanyak 273 mikrogram. Kandungan bahan Asid 4-hidroksibenzoik sebanyak 8.3 mikrogram/gram, Asid 4-hidroksifenil asetik sekitar 16.8 mikrogr, Asid vanilic sekitar 11.7 microgram/ gram, Asid protokatechuik sekitar 15.6 microgram/gram dan akhirnya Asid p-koumarik sebanyak 3.5 microgram/gram. Dalam pada itu dilaporkan di antara asid fenolik yang dijumpai dalam madu kelulut adalah asid benzoik, asid fenilpropanoik, asid 4-hidroksibenzoik, asid 4-hidroksifenil asetik, asid vanilic, asid protokatechuik dan asid p-koumarik. Bahan ini mempunyai pelbagai kegunaan di antaranya adalah asid p-koumarik contohnya, mempunyai aktiviti antoksidan yang tertinggi diikuti dengan asid protokaechuik dan seterusnya asid vanilik. Asid p-koumarik dipercayai boleh mengurangkan risiko kanser perut dengan mengurangkan pembentukan bahan nitrosamine (karsinogen). Asid fenilpropionik – sejenis bahan utama madu kelulut mungkin boleh mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2), sejenis enzim terbentuk semasa perkembangan kanser usus besar. Bahan ini juga efektif dalam menurunkan tahap kolesterol dalam plasma dan hati dan juga trigliserida dalam darah.



Dalam pada itu aktiviti penyelidikan Superfood dari madu kelulut diteruskan. Ini berdasarkan maklumat di mana madu kelulut sememangnya mempunyai pelbagai khasiat antioksidan yang tinggi berbanding madu-madu tempatan yang lain mahupun madu import. Dalam hal ini MARDI akan membangunkan produk superfood madu kelulut yang diproses melalui pelbagai peringkat penyelidikkan. Dalam senario semasa produk superfood di pasaran mempunyai nilai dan harga yang tinggi berbanding sumber superfood segar seperti buah raspberry, ceri, teh hijau dan sebagainya. Kini untuk memartabatkan madu kelulut sebagai superfood, ianya perlu melibatkan beberapa aktiviti penyelidikan khusus dimana diantaranyaseperti kaedah pemilihan madu yang tinggi khasiat antioksidan (mangikut kawasan penternakan) dan juga pembangunan teknologi pemprosesan. Kajian lanjut mengenai pembangunan produk madu kelulut yang novel melalui penggunaan sumber-sumber lain seperti propolis dan bee bread atau dengan mencampurkannya dengan herba perlu dilakukan. Seterusnya adalah ujian keselamatan dan keberkesanan produk superfood madu kelulut. Diantaranya termasuk ujian terhadap tahap haemoglobin dalam darah dan ujian penurunan kadar gula dan kolesterol dalam darah.
penyelidikan penyerapan bahan-bahan antioksidan dan kajian perencatan sel kanser.

Sebagai kesimpulan pada penulis yang sentiasa aktif untuk menyumbangkan pembangunan industri kelulut di Malaysia memang mengharapkan rebranding madu kelulut ini berjaya dilaksanakan. Kandungan hebat zat pemakanan dan mineral yang terdapat dalam madu lebah kelulut serta kelebihannya sangat banyak dimana ini memang mewajarkan ianya diangkat sebagai superfood. Ianya digunakan secara meluas oleh manusia sebagai makanan kesihatan, sumber tenaga dan penyembuh penyakit. Kelebihan madu lebah kelulut telah terbukti dan secara amnya madu telah diiktiraf oleh Maha Pencipta sebagai makanan penyembuh penyakit sebagaimana tercatat dalam Al-Quran, surah an-Nahl; ayat 69 yang jelas menyatakan maksudnya. Berdasarkan kepada kelebihan dan kandungan pemakanan yang ada dan pengiktirafan Allah swt didapati madu lebah kelulut memang layak dinobatkan sebagai Superfood Malaysia. Bagaimana pun aktiviti hiliran dan huluan madu kelulut perlu diperkasakan bagi mencapai matlamat ini. Beberapa isu penternakan kelulut seperti serangan serangga perosak BSF dan Kumbang Haptoncus (Kumbang Pendebunga) serta isu pengurusan menternak kelulut perlu di atasi. Sistem piawaian dan penentuan kualiti madu kelulut perlu diperkasakan. Penjualan madu kelulut tiruan perlu dibenteras dan kawalan harga. Produk superfood madu kelulut juga akan melalui ujian keselamatan dan keberkesanan seperti ujian terhadap tahap hemoglobin dalam darah dan ujian penurunan kadar gula serta kolesterol dalam darah, selain penyelidikan penyerapan bahan-bahan antioksidan dan perencatan sel kanser. Bahan utama yang terkandung dalam madu kelulut adalah karbohidrat, protein dan asid amino, vitamin, mineral dan antioksidan serta bahan-bahan lain se­perti asid organik dan mengandungi bahan hidroksimetilfurfural. Madu kelulut pula biasanya mempunyai kandungan fruktosa, glukosa, maltosa dan sukrosa yang lebih rendah berbanding madu biasa. Dalam pada itu bahan Asid fenolik iaitu sejenis bahan antioksidan mudah serap juga hadir dalam madu kelulut dimana isi kandungannya lebih tinggi berbanding madu tempatan atau madu import. Bahan-bahan tersebut mempunyai pelbagai kegunaan misalnya asid p-koumarik yang mempunyai aktiviti antioksidan tertinggi dan asid fenilpropionik yang juga efektif dalam menurun­kan tahap kolesterol. Semuga tulisan rencana ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!!.

MADU KELULUT...SUPERFOOD MALAYSIA...
KAJIAN LANJUTAN... DILAKUKAN SEGERA...
MADU BERKUALITI..PIAWAIAN DILAKSANA...
INDUSTRI BERKEMBANG..SEMUA SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Sempadan Pahang- Terengganu,
Kg Chendor, Kuantan,
Pahang, Malaysia.
(6 November 2016)
(Mengikuti program Kelulut Walk 2016 oleh Pak Sabri)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...