Support My Blog

Wednesday, November 9, 2016

LEBAH - SENGATAN LEBAH

SENGATAN LEBAH (Bee sting) adalah satu perkara yang menakutkan bagi kebanyakan kita. Terdapat beberapa jenis lebah madu yang menyengat kita seperti Lebah Keran (Apis cerana), Lebah Tualang (Apis dorsata) dan Lebah Impot (Apis melifera) dan serangga penyengat lain seperti Tebuan Tanah (Vespa tropica tropica) dan sebagainya. Sesetengah sengatan lebah sangat berbisa sehingga boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan segera. Racun atau Venom atau Toksin sengatan lebah berbeza-beza dengan lebah tabuan tanah dan Lebah Tualang merupakan yang paling berbisa dan merbahaya apabila sengatan dari beberapa ekor boleh membawa maut. Apabila seekor lebah telah menyengat, ia akan mengeluarkan sejenis feromon (bahan kimia khusus) untuk menyebabkan lebah lain menyengat mangsa. Pengalaman saya didalam menternak lebah dan menjadi pengajar telah menerima banyak kali sengatan lebah keran atau juga dipanggil sebagai lebah lalat. Ketahanan seseorang menahan bisa sengatan juga ada kesan reaksi 'anaphylactic' yang menyakitkan dan berbisa. Artikel malam Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sengatan labah berdasarkan pengalaman penulis, rujukan dalam lamanweb dan juga buku berkaitan lebah untuk bacaan anda semua.


Saya dapati lazimnya lebah madu yang mengunjungi bunga untuk menyedut nektar dan membantu pendebungaan tidak akan menyengat manusia atau haiwan lain (Lihat foto sebelah). Lebah akan menyengat mangsa apabila ada ancaman berdekatan haif atau koloni. Lebah pekerja yang mengunjungi bunga bagaimana pun boleh menyengat jika diganggu atau tersepit oleh ancaman mangsa. Setiap ekor lebah pekerja mempunyai satu alat menyengat yang terletak pada abdomen paling belakang (Lihat foto palng bawah). Apabila lebah madu menyerang mangsa, lebah akan melukakan kulit dengan sengat dan masukkan jarum sengatan kedalam kulit. Apabila lebah terbang ia akan meninggalkan jarum dan kantung pada kulit dan seminit kemudian ia akan mati. Bagaimana pun spesis Tabuan Tanah tidak mati selepas menyengat dan ia akan terus hidup seperti biasa. DIbawah saya tujukkan foto bagaimana sengatan lebah daripada lamanweb untuk menambah pengetahuan semua. Penulis menjadikan sengatan lebah sebagai satu amalan untuk menambah kesihatan dan kekuatan antibodi dalam badan. Berikut beberapa info menarik mengenai sengatan lebah untuk dijadikan panduan.

1. Sengatan Lebah
Lebah akan mendekati mangsa dan hinggap pada bahagian kulit yang lembut. Ia akan mengeluarkan sengat dibelakangnya (hornet) dan seterusnya akan membenam kedalam kulit. Kantung venom sengatan ini melakat dan lebah tersebut akan terus terbang. Lazimnya ia mati seminit kemudian.

2. Kesan Sengatan Lebah
Kesan sengatan lebah seperti ada kesan luka dan jelas akan kelihatan pada kulit (Sila lihat foto disebelah). Kemudian jika diteliti akan dilihat warna kulit agak putih dan sedikit kemudian ia membengkak selepas 6 minit. Rasa sakit atau gatal mula dirasa dibahagian tersebut. Pada saya memang ia satu rasa yang 'agak sakit sedikit' tetapi kemudian menjadi selesa. Kawasan yang disengat membengkak sedikit.

3. Kesan Membengkak
Selepas 30 minit sengatan maka dikawasan yang terkena akan terus membengkak. Kesan bengka ini melebar sehingga kekawasan lebih luas lagi bergantung kepada lokasi sengatan dan jenis lebah. Bisa berdenyut sehingga kebahagian sendi dan bengkak agak keras kalau ditekan dengan tangan. Jika kawasan sensitif seperti mata dan bibir yang disengat maka kesan bengkak ini amat nyata dan sakit. Elakkan disengat dibahagian yang sensitif ini. Pemilik ternakan lebah madu perlu mamakal sarung muka (veil) bagi mengelakan serangan dibahagian muka.


4. Kesan Lebam
Biasanya selepas 1 hari kita akan lihat kawasan yang disengat akan nampak macam lebam dengan warna kemerahan sedikit dan membengkak pada kulit kita. Bagaimana pun pada masa ini rasa kesakitan sudah mula kurang dan kita perlu jumpa doktor kalau ia menjadi serius. Antara kesan nyata adalah gatal-gatal pada kawasan sengatan dan lebak ini akan hilang beberapa hari kemudian dengan sendirinya.



Sengatan lebah kini menjadi satu jenis rawatan perubatan yang semakin popular untuk masaalah sakit sendi dan rheutism. Venom lebah didapati mampu untuk mengatasi masalah tersebut dan kini dijadikan satu kaedah rawatan yang sangat popular. Saya berjumpa beberapa tabib dan rakan yang telah memperkenalkan rawatan melalui sengatan bisa lebah untuk rawatan tersebut di Melaka. Dia menggunakan Lebah Keran atau Lebah Impot yang diambil dari haif dan disepit dengan forcep kebahagian lutut, siku atau kawasan lain. Lebah tersebut kemudian  akan melepaskan sengatnya kebahagian kulit. Bilangan sengatan lebah bergantung kepada tahap rawatan dan ketahanan pesakit. Paling minima 1-2 ekor dan maksima sampai 10 ekor pada satu lokasi. Bagaimana pun tabib ini telah membuka kedai rawatan baru yang saya tidak tahu dimana ketika lawatan ke Melaka baru-baru ini. Semuga artikel ini memberikan ilmu tambahan yang berguna kepada pembaca semua. Wasallam!


Sengat lebah madu (enlarged)
SENGATAN LEBAH... AMAT BERBISA...
LEPAS DISENGAT... DIRAWAT SEGERA...
JENIS LEBAH... MANA YANG BERBAHAYA...
RAWATAN ALTERNATIF ...KINI BERGUNA....

By,
M Anem
Senior Agronomist,
Bukit Katil Apiari,
(Nature Bee Farm)
Bandar Melaka
Melaka, Malaysia.
(17 RabiulAkhir 1434H)
Dituis semula pada 7 November 2016.
    

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...