Support My Blog

Tuesday, September 6, 2016

DURIAN BELANDA - VARIETI BARU?.

Tanaman DURIAN BELANDA (Anonna muricata) atau juga dipanggil Soursop (English) dan Sirsak (Indonnedia) merupakan sejenis tanaman yang kini semakin popular dikalangan petani di Malaysia kerana permintaan yang tinggi dan harga runcit yang baik. Ini kerana khasiat daripada tanaman buah durian belanda yang mengandungi banyak bahan Antocyanin ini didakwa mampu mengurangkan risiko beberapa penyakit seperti Kanser, Gout, Diabetis dan sebagainya. Bukan sahaja buahnya yang ada khasiat perubatan yang baik tetapi kini bahagian daunnya pula telah dijadikan teh untuk diminum kerana kehebatan khasiatnya. Daripada sumber laporan statistik Jabatan Pertanian Malaysia dilaporkan seluas 650 hektar tanaman durian belanda secara Crop Hectarage Equivalent (CHE) telah direkodkan pada tahun 2015. Ini disebabkan penanaman durian belanda secara tradisional adalah didalam dusun campuran dimana hanya sekitar kurang 5 tahun ini sahaja durian belanda ditanam secara monokrop oleh usahawan komersil. Diantara beberapa ladang durian belanda yang besar pernah penulis lawat untuk buat tinjauan teknologi terletal di Batu Pahat, Negeri Sembilam, Sg Jerik, Maran , Pahang dan beberapa lagi yang telah mengeluarkan hasil. Satu lawatan di tepi Jalan utama Maran-Temerloh baru-baru ini penulis sempat lawat tapak hampir 40 hektar sedang menanam pokok durian belanda. Harga ladang dari tinjauan penulis di Pahang adalah sekitar RM8.00 sekilogram untuk Gred A dan RM5.00 -RM7.00 sekilogram baagi Gred B. Harga runcit durian belanda Hred A dipasaran diantara RM15.00 - RM20.00 sekilogram. Kini minuman jus durian belanda amat digemari pelanggan di Premis Komplekd Membeli Belah, Pasar Malam, Gerai Tepi Jalan dan sebagainya. Artikel petang Ahad ini bagaimana pun penulis "Anim Agro Technology" menulis mengenai varieti durian belanda yang ditanam di Malaysia sekadar dijadikan bahan bacaan sahaja.


Dalam saya merujuk kepada Jabatan Pertanian Malaysia mengenai varieti durian belanda, rupanya hanya ada 3 varieti durian belanda yang telah didaftarkan iaitu DB1 sahaja. Varieti DB1 ini telah didaftarkan pada 25.7.1989 oleh Encik Karim bin Fakeh daripada Bt 7, Jalan Endau-Rompen, Pahang. Nama varieti ini adalah 'Durian Belanda Manis Rompin'. Antara ciri yang ada dalam lamanweb adalah simana buah ini berbentuk seperti jantung, besar dibahagian pangkal dan runcing dibahagian hujung buah. Warna kulit hijau tua. Isinya berwarna putih, ira halus, rasanya manis. Sila anda rujuk di http://pvpbkkt.doa.gov.my/Penulis tidak tahu ketika itu bagaimana proses pendaftaran dan pemeriksaan semasa proses pendaftaran dilakukan. Sebenarnya pernah dahulu penulis berbincang dengan pakar-pakar buah durian belanda di Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman, Jabatan Pertanian Putrajaya untuk memberikan pandangan untuk asas-asas mengenai pencirian untuk buah durian belanda. Bagaimana pun 'bentuk buah' atau fruit shape durian belanda tidak boleh dijadikan satu ciri bagi menentukan sesuatu varieti durian belanda. Bahagian lain bagaimana pun boleh dijadikan ciri dalam sistem pencirian DUS (Distincness, Uniformity and Stability) yang dijadikan asas oleh UPOV dalam pencirian tanaman. Ini kerana bentuk buah durian belanda berubah-ubah menfikut proses pembentukkan selepas proses pendebungaan (sama ada pendebungaan lengkap, separa lengkap atau tidak lengkap) dan juga faktur serangan oleh perosak (seperti oleh lalat buah) dan juga faktur persekitaran (air, suhu dan sebagainya). Ada buah durian belanda pada pokok sama yang penoh bentuknya seperti bentuk HATI (Heart Shape), ada yang BENGKOK dan ada yang memanjang sahaja. Bantuk buah ini akan juga menentukan nilai pasaran sebenar walau pun besar juga kemungkinan dari segi kandungan nutrisi dan khasiatnya adalah serupa. Bagaimana pun penulis terjumpa ladang dimana peratus buah yang berbentuk penoh (heart shape) dengan melebihi 75% diladangnya dan amat kurang yang jadi buah bengkok atau buah kecil. Ladang ini telah mengamalkan pengurusan kebun dengan sistematik dikawasan seluas 15 ekar dengan ketinggian pokok sekitar 15 kaki. Setiap pokok menghasilkan antara 50 - 70 biji buah setiap kali musim penuaian.


Pokok Durian Belanda didakwa amat sukar untuk proses pendebungaan akibat ciri bunga yang tidak sam waktu aktifnya. Ada bunga betina yang awal bersedia untuk menerima polen bunga jantan tetapi bunga jantan terlewat kesediannya mengakibatkan peratus kejaaan yang rendah dan sebaliknya. Oleh itu beberapa kebun durian belanda komersil telah menjalankan aktiviti Pendebunggan Berbantu Durian Belanda. Debunga Jantan yang dikumpulkan dari pokok disapukan kepada bunga betina yang bersedia menggunakan bersu warna (Sila lihat foto diatas). Ini merupakan satu proses kerja yang rumit untuk dilakukan kecuali mempunyai kepakaran dan kemahiran tinggi. Pekerja yang cukup dilatih mampu melakukan kerja ini terhadap beberapa pokok sahaja sehari kalau cuaca mengizinkan. Penulis dapati didalam kawasan kebun yang padat ditanam dengan pokok durian belanda dan dijaga dengan baik aktiviti pendebungaan berbantu tidak perlu dilakukan di Maran, Pahang. Bagaimana pun didalam kebun tersebut ada 2 sarang tabuan (Vespa spp) dan banyak Sarang Kelulut (Trigona itama) yang dipercayai membantu proses untuk pendebungaan. Dalam artikel saya sebelum ini ada penulis nyatakan peranan yang dimainkan oleh Kumbang Tukang (Xylocopa spp). Sila baca artikel berkaitan yang ditulis sebelum ini (Sila Klik Disini) dan (Sila Klik Disini). Artikel ini berbincang banyak perkara mengenai pendebungaan durian belanda.


Pada penulis dakwaan ada varieti durian belanda baru ini yang dibawa masuk daripada Australia dan Negara Jiran perlu dipantau dan didaftarkan dengan Jabatan Pertanian. Jika tidak maka potensi durian belanda untuk pasaran domestik dan antarabangsa agak sukar untuk menentukan varieti mana yang boleh disyorkan. Pihak Jabatan Pertanian dengan kerjasama MARDI dan pihak lain serta usahawan durian belanda sudah boleh mengatur perbincangan mengenai potensi tanaman durian belanda. Satu forum perlu diadakan untuk tujuan membincangkan varieti durian belanda, teknologi amalan agronomi, pasaran, aktiviti lepas tuai, persijilan MyGAP dan MyOrganic, Industri pemprosesan dan sebagainya. Semakin ramai petani dan usahawan yang berminat menanam pokok durian belanda di negara kita dan mereka mencari dan bertanya apakah varieti paling baik yang disyorkan dan sesuai dikomersilkan?. Semuga artikel ini memberi cetusan idea kepada pembaca blog Anim Agro Technology yang purata capaian harian pembaca antar 10,000 -12,000 orang dari seluruh dunia. Wasallam!!!.
DURIAN BELANDA...VARIETI APA...
VARIETI TEMPATAN... IMPORT ADA...
CIRI BUAH... TIDAK BOLEH GUNA...
PERLU DIDAFTAR... UNTUK SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 105, Hotel Skyview,
Chukai, Kemaman,
Terengganu.
(7 Ramadan 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...