Support My Blog

Tuesday, June 7, 2016

DEDALU - PENYEBARAN

POKOK DEDALU (Salix tetrasperma) merupakan sejenis tumbuhan parasit yang menyerang banyak tumbuhan seperti pokok Jering, Pokok Dokong, Pokok Mangga, Pokok Rambutan dan sebagainya. Jenis lain pokok dedalu iaitu Dendrophthoe petandra atau jenis daun hijau lebar juga menyerang banyak jenis pokok di negara kita. Penyebaran pokok dedalu ini selalu tidak disedari akan kehadirannya oleh petani sehingga ia telah tumbuh membesar dan ranting atau pucuk pokok telah mati akibat serangan parasit ini. Didapati tumbuhan dedalu yang menumpang pokok lain menjadi parasit sehinggakan boleh membunuh pokok asal dan akhirnya dedalu pun akan terbunuh. Ini merupakan satu kejadian alam semulajadi yang unik dimana pokok menumpang membunuh pokok ditumpang. Pokok Dedalu mempunyai sistem akar uang terus masuk kedalam pokok induk yang ditumpang dan menyerap air serta nutrien sehingga ia membentuk bonggol dan menguasai bahagian pucuk pokok ditumpangnya dibahagian atas. Dedalu selalu terdapat dibahagian atas pokok dikawasan terbuka dengan mendapat cahaya matahari yang banyak. Dedalu hanya bersifat 'menumpang' pada peringkat awal serangan tetapi akan 'menguasai' keseluruhan bahagian atas pokok dan kemudian membunuhnya. Bagaimana pun pokok dedalu menghasilkan banyak bunga dan buah semasa ia matang. Bunga dan buah yang berwarna coklat ini mengandungi banyak manisan atau nektar yang menyebabkan ia amat disukai oleh banyak jenis burung pemakan madu termasuk burung kelicap (Sila lihat foto paling atas). Artikel subuh Ahad sehari sebelum puasa 1437H ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa penelitian bagaimana peranan burung yang menyebarkan benih dedalu untuk difahami pembaca. 


Dedalu dewasa memang menghasilkan manisan nektar dalam bunganya. Ia juga menjadi sumber makanan kepada banyak jenis serangga dan haiwan lain termasuk burung. Pemerhatian mendapati terdapat beberapa spesis burung pemakan madu yang sering mengunjungi pokok dedalu untuk menghisap nektar ini. Burung Kelicap merupakan spesis burung pemakan nektar yang aktif mengunjungi pokok dedalu. Burung kelicap yang berbadan kecil juga sering mengunjungi jantung pisang untuk mendapatkan manisan. Dalam beberapa perbincangan dengan Dr Hendra daripada Tropical Fruit Institute, Bogor, Indonesia, beliau ada mennyatakan penyebaran penyakit Moko Disease atau Blood Disease pokok pisang memang dilakukan oleh burung kelicap. Pokok pisang nipah antara jenis pisang paling disukai oleh burung kelicap kerana ia menghasilkan nektar yang banyak dan aroma yang kuat. Burung Kelicap Bunga dan Burung Kelicap Bukit merupakan jenis kelicap yang sering menyedut manisan daripada pokok dedalu (Sila lihat foto disebelah). Ia akan mengunjungi bunga dedali sejak pagi sehingga petang beberapa kali dan membawa bersama benih dedalu pada badannya. Ini didakwa merupakan satu asas penyebaran benih dedalu kepada pokok lain. 


Burung kelicap sebagai burung penghisap manisan adalah signifikan sebagai penyebar benih dedalu. Burung ini aktif pada siang hari dengan terbang laju dicelah-celah ranting dedalu untuk hinggap. Burung ini dilindungi daripada dibunuh oleh pihak berkuasa kerana ia adalah salah satu jenis burung yang cantik dan sesuai dijadikan haiwan peliharaan. Ia terbang dengan laju daripada satu pokok kesatu pokok lain dengan menghasilkan bunyi jelas yang penulis memang biasa mendengarnya semasa zaman kanak-kanak dikampong dahulu. Paling biasa penulis lihat burung kelicap datang pada bunga jampu air dan jambo bol semasa musim bunga mekar. Rupanya burung pemakan manisan ini memang berkunjung pada banyak bunga yang menghasilkan manisan dan dianggap sebagai agen pendebunggan yang berkesan. Kalau sudah hampir pasti burung kelicap merupakan salah satu daripada agen menyebar benih dedalu apakah cara terbaik untuk mengawal penyebaran benih dedalu ini?. Ada orang kampong dahulu yang suka melastik burung krlicap ini sebagai hobi. Melastik burung kelicap merupakan hobi yang amat menyeronokkan kapada remaja. Mereka berlakan siapa yang akan dapat dahulu. Bagaimana pun kaedah menembak burung ini dengan senapang burung mungkin salah satu kaedah kawalan yang boleh difikirkan. Memasang getah pelekat pada tanting kayu juga boleh dilakukan agar burung kelicap ini melekat. Memasang jaring dikawasan dusun didapati berkesan memerangkap burung kelicap, kelawar serta haiwan perosak dusun buah-buahan.


Pokok dedalu perlu dimusnahkan jika telah berada dalam kebun. Walau pun kehadiran dedalu ini memerlukan pengawasan kebun yang kerap dilakukan. Penyebaran akan lebih cepat berlaku jika pokok dedalu induk telah berbunga dan berbuah dan sering dikunjungi burung kelicap. Pokok dedalu matang akan menghasilkan bunga dan buah dengan banyak pada satu ranting (Sila anda lihat foto disebelah). Selain itu penyebaran benih dedalu boleh dilakukan oleh serangga dalam pokok sama seperti semut, kerengga, rama-rama dan sebagainya yang sama-sama berebut menisan pada pokok dedalu. Sebaiknya jika telah terdapat pokok dedalu dikebun ianya perlu segera dipotong dan dimusnahkan.  Benih dedalu mampu menyerang banyak jenis tumbuhan lain disekelilingnya dan ia perlu dikurangkan kes=kes dan punca penyebarannya. Adalah menjaadi satu tanggungjawap petani untuk selalu membuat pemantauan didusunnya mengenai kehadiran dedalu. Kwalan perlu diteruskan dan penyuebaran perlu dihentikan. Semuga tulisan inni memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!..

POKOK DEDALU... CEPAT BIAKNYA...
BURUNG KELICAP...PENYEBARNYA...
PERKU DIKAWAL... IA MERBAHAYA...
DEDALU TIADA... PETANI GEMBIRA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Padang, Maran,
Pahang, Malaysia.
(30 Syaaban 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...