Support My Blog

Wednesday, January 13, 2016

KESUM - CARA2 MENANAM

KESUM (Polygonum minus Huds) merupakan sejenis tanaman herba dalam kategori ulaman yang popular di negara kita sebagai perencah masakan. Nama Lain Kesum adalah seperti Phak phai (Thailand) atau Knotweed (lnggeris) iaitu daripada famili Polygonaceae. Penulis memang amat mengenali daun kesum kerana sering menggunakannya malahan menanamnya di halaman rumah. Tanaman kesum berasal atau natif dari kawasan Asia Tenggara iaitu daripada Malaysia, Thailand, Vietnam dan Indonesia. la didapati tumbuh liar terutama di kawasan lembap seperti di tepi parit atau dekat dengan sungai dan tasik. la juga didapati hidup dengan subur di kawasan sejuk di tanah tinggi seperti di Cameron Highlands dan Genting Highlands. Daun kesum merupakan komponen yang paling sering digunakan bersama batangnya dalam masakkan. Selain daripada ia mudah didapati disekeliling rumah yang menanam, daun kesum selalu dijual di pasar basah, pasar malam, pasaraya, pasar tani dan kedai runcit dengan harga amat murah. Satu ikat daun kesum di pasar malam Bulit Baru, Melaka hanya dijual RM1.00 yang boleh digunakan untuk beberapa kali masakan terutamanya masakkan asam pedas special Melaka. Bagaimana pun tidak semua orang suka akan daun kesum terutama masyarakat Jawa di sekitar Muar dan Ledang berdasarkan kepada kajian rambang yang penulis jalankan sekitar tahun 2010 bersama Jabatan Pertanian. Ciri marfologi daun kesum dikatakan sejenis tanaman herba yang renek, lampai, menjalar dan boleh tumbuh mencapai ketinggian 1.0 meter di dataran rendah dan sehingga 1.5 meter di kawasan tanah tinggi. Daunnya panjang dan runcing berbentuk anak panah, 5-7 cm panjang dan 0.5-2.0 cm lebar (Sila anda lihat foto disebelah). la tersusun secara berselang pada bahagian batang dengan berwarna hijau tua dan sangat beraroma. Aroma inilah yang mendatangkan keenakan kepada masakan selain daripada rasanya. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" beberapa cara-cara menanam kesum yang boleh dilakukan secara komersil atau hobi.
Batangnya berbentuk silinder yang berwarna hijau dengan sedikit kemerah-merahan bergantung kepada umur batang tersebut. Ia juga mempunyai buku dan ruas yang pendek yang mudah berakar. Bunganya pula terdapat di hujung pucuk dengan berbentuk kecil dan berwarna putih keungu-unguan. Pada masa ini belum ada varieti kesum yang dikenalpasti atau didaftarken dengan Jabatan Pertanian Malaysia dibawah Plant Variety Registration. Bagaimana pun umumnya penulis dapati pada amnya terdapat dua jenis kesum iaitu JENIS MENJALAR (merayap) dan JENIS MENEGAK (yang tumbuh agak menegak). Bagaimana pun untuk dijadikan varieti perlukan kajian lebih lanjut. Pada saya ia masih dikelaskan sebagai Kesum Varieti Tempatan. Untuk penanaman secara komersial selalunya jenis yang menegak lebih sesuai kerana memudahkan kerja penyelenggaraan dan penuaian hasil. Apa pun penanaman daun kesum secara komersil hany aterdapat dibeberapa lokasi seperti yang penulis jumpa di Selangor, Johor Bahru, Ipoh dan juga Pulau Pinang. Ini kerana pasaran daun kesum agak terhad seperti di pasar malam, pasar tani, pasar besar dan juga kedai runcit. Kadang kala ada dijual dipasaraya besar dengan ikatan kecil.


Kaedah menanam kesum lazimnya dilakukan diatas tanah yang disediakan batas terutama dikawasan tanah rendah dan agak lembap (Sila anda lihat foto disebelah). Menanam kesum adalah mudah dengan menyediakan tanah dahulu dan diberikan baja organik. Benih kesum mudah diperolehi dengan memotong dari pokok matang sedia ada pada bahagian batangnya dan menanam dengan jaram 25-30 cm antara barisan. Menanam diatas batas boleh dilakukan dalam satu barisan atau dua barisan bergantung kepada lebar batas dan jenis tanah. Pokok kesum mudah tumbuh dengan disiram diperingkat awal penanaman dan daikawal rumpai serta baja. Teknik penanaman kesum ini boleh dilakukan dikawasan luas sama ada terbuka atai kini telah ada yang menanam dibabah struktur pelindung dengan jaring hitam sedikit direntang diatasnya. Kesum yang ditanam dengan sedikit naungan umumnya mempunyai ruas batang yang lebih panjang, daun lebih lebar dan hasil lebih tinggi berbanding dengan yang terbuka dibawah matahari.


Menanam kesum dalam pot adalah satu amalan yang paling praktikan dan mudah dilakukan oleh semua surirumahtangga. Ia memberikan kemudahan kepada kita untuk memetik daun kesum yang segar dan selamat dimakan kerana kita menanamnya sendiri. Paling mudah dengan menyediakan bekas botol air mineral atau botol plastik minyak masak (dibasuh bersih dahulu) sebagai bekas tanaman. Isikan pot tersebut dengan tanah campuran (mudah beli sahaja dikedai nurseri dengan harga RM3.00 - RM5.00 satu beg bergantung kepada kualiti dan kuantiti. Anda juga boleh gunakan media lain seperti cocopeat, peatmoss dan sebagainya. Benih keratan kesum dipotong antara 4-6 keratan dan dicacak dalam pot dan disiram selalu. Pastikan pot diletakkan dikawasan yang mendapat cahaya metahari dan mudah diselenggara (Sila anda lihat foto disebelah). Pembajan diberikan mengikut kadar disyorkan terutama dengan menggunakan baja organik. Jika ada serangan serangga perosak pun mudah dikawal kerana dapat dilihat setiap masa. Penanaman cara ini amat praktikal untuk mereka yang tinggal dikawasan bandar. 


Kini ada kaedah menanam pokok kesum secara akuatik dengan menanam didalam bekas mengandungi boleh diamalkan disekeliling rumah (Sila lihat foto diatas). Penulis telah melihat beberapa pengusaha dan pameran oleh MARDI dimana mereka menanam kesum secara akuatik. Air ditakung didalam kolam simen, bekas kontena plastik atau polystyerene, half-culvert, tong drum dan sebagainya yang diisikan dengan sedikit tanah dan banyak air. Benih kesum ditanam dalam bekas tersebut dengan sebaiknya pada peringkat awal benih dicacak pada paras tanah. Apabila kesum sudah berakar maka air ditambah mengikut paras kesesuaian dan diberikan baja. Cara menanam akuatik ini menggunakan anakbenih kesum yang sukakan air dan menjalar dimana ia boleh dipetik setiap masa. Mananam cara ini lebih mudah kerana kalau ditinggal lama pun tidak takut air kering kalau dipasang 'control valve' dengan paip air secara automatik. Apabila air berkurang maka valve terbuka dan air masuk dalam bekas dan sebaliknya. Wasallam!...
MENANAM KESUM ... ADA CARA...
ATAS BATAS... ITU YANG BIASA...
DALAM POT... MUDAH DIBUATNYA...
CARA AKUATIK... BAGAIMANA PULA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(Last day write blog at quarters)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...