Support My Blog

Saturday, August 22, 2015

HERBA - KESUM (Part 2)

KESUM (Polygonum minus Huds) merupakan sejenis tanaman herba dalam kategori ulaman yang popular di negara kita sebagai perencah masakan. Nama Lain Kesum adalah seperti Phak phai (Thailand) atau Knotweed (lnggeris) iaitu daripada famili Polygonaceae. Penulis memang amat mengenali daun kesum kerana amar sering menggunakan malahan menanamnya di halaman rumah. Tanaman kesum berasal atau natif dari kawasan Asia Tenggara iaitu daripada Malaysia, Thailand, Vietnam dan Indonesia. la didapati tumbuh liar terutama di kawasan lembap seperti di tepi parit atau dekat dengan sungai dan tasik. la juga didapati hidup dengan subur di kawasan sejuk di tanah tinggi seperti di Cameron Highlands dan Genting Highlands. Daun kesum merupakan komponen yang paling sering digunakan bersama batangnya dalam masakkan. Selain daripada ia mudah didapati disekeliling rumah yang menanam, daun kesum selalu dijual di pasar basah, pasar malam, pasaraya, pasar tani dan kedai runcit dengan harga amat murah. Satu ikat daun kesum di pasar malam Bulit Baru, Melaka hanya dijual RM1.00 yang boleh digunakan untuk beberapa kali masakan terutamanya masakkan asam pedas special Melaka. Bagaimana pun tidak semua orang suka akan daun kesum terutama masyarakat Jawa di sekitar Muar dan Ledang berdasarkan kepada kajian rambang yang penulis jalankan sekitar tahun 2010 bersama Jabatan Pertanian. Artikel subuh 27 Ramadan 2015 ini saya mampu untuk  terus menulis dalam "Anim Agro Technology" artikel ke 4,412 mengenai herba tanaman kesum untuk dijadikan bahan rujukkan berkualiti dan dipercayai. Artikel ini mempunyai beberapa Part iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3.


Kesum mudah dibiakkan melalui keratan batang (Sila lihat foto disebelah). Penulis yang suka menanam mengambil batang sepanjang 15-20 cm yang mengandungi 5 - 7 buku sesuai digunakan sebagai bahan tanaman (benih). Keratan batang terlebih dahulu direndam di dalam air untuk merangsang proses pengakaran. Selepas 3 - 4 hari akar-akar akan tumbuh dan sebaiknya keratan bolehlah ditanam terus ke ladang selepas 7-14 hari direndam. Kajian menunjukkan bahawa kadar yang hidup di ladang boleh mencapai lebih daripada 95%. Keratan yang direndam terlalu lama iaitu jika melebihi 2 minggu tidak sesuai digunakan kerana ia sudah rosak. Penelitian penulis mendapati keratan yang direndam melebihi 2 minggu juga memberi peratusan kematian yang tinggi apabila ditanam di ladang. Kemungkinan besar ini disebabkan oleh kehabisan makanan di dalam batangnya.


Menanam kesum diladang dicadangkan ditanam pada kepadatan lebih kurang 70,000 pokok sehektar. Ini bukan sahaja untuk mendapatkan hasil yang tinggi tetapi juga bagi memudahkan penggunaan jentera. Untuk itu kesum boleh ditanam pada jarak 55 cm di antara baris dan 25 cm di antara pokok dalam baris (Gambar 3) atau boleh menggunakan sistem dua baris (double avenue) dengan jarak tanaman 1.0 m (0.5 m x 0.25 m) (Gambar 4). Penanaman seeloknya dilakukan pada musim hujan. Keperluan air yang mencukupi adalah sangat penting untuk pertumbuhan kesum yang cergas dan hasil yang tinggi. Pengairan adalah kritikal pada bulan pertama selepas dialih ke ladang. la perlu disiram setiap hari sekiranya tiada hujan. Selepas 2 bulan pengairan bolehlah dikurangkan kepada 2-3 hari sekali. Sistem pengairan renjis (sprinkler) adalah sesuai untuk tanaman kesum (Sila lihat foto disebelah)Kawalan rumpai dijalankan dimana sebaiknya selepas penyediaan kawasan tanaman maka racun rumpai jenis pracambah seperti Alachor (Lasso) perlu disembur. Ia bertujuan bagi mencegah benih rumpai yang terdapat di dalam tanah daripada tumbuh. Semburan ini boleh dilakukan sebelum atau selepas kesum ditanam di ladang. la didapati berkesan dalam mengawal percambahan rumpai sehingga 1-11/2bulan. Racun ini didapati tidak memberi apa-apa kesan terhadap tanaman kesum. Penyemburan racun ini bagi kali kedua boleh dilakukan sebelum pertumbuhan pokok kesum menutupi tanah sepenuhnya pada peringkat umur 2-21/2 bulan. Rumpai yang tumbuh selepas ini bolehlah dicabut secara manual, menggunakan racun dengan berhati-hati ataupun menggunakan racun khusus (selective) seperti fluazifop-butyl (Fusilade) bagi rumpai jenis rumput.


Menanam pokok kesum perlukan cara pembajaan yang betul dan tepat. Bagaimana pun berdasarkan kajian yang dijalankan, lazimnya pembajaan diberikan pada kadar 80-100 kg N/ha, 50 kg P/ha dan 70 kg K20/ha atau persamaan baja sebatian NPK (15:15:15) dan urea masing-masing pada kadar 300 kg/ha dan 100 kg/ha adalah disyorkan bagi memperoleh pertumbuhan dan hasil daun yang tinggi. Baja ditabur di antara baris kesum dalam tiga pecahan yang sama, iaitu pada minggu ke-4, ke-8 dan ke-12 selepas ditanam di ladang bagi tanaman utama. Bagi tanaman ratun pula baja ditabur pada minggu pertama, kelima dan kesembilan selepas setiap penuaian pada kadar yang sama. Bagi tanaman dalam pasu atau menggunakan kaedah hidroponik hanya lakukan mengikut SOP yang sesuai. Pengurusan musuh perosak dan penyakit perlu dijalankan walau pun ramai dikalangan penanam kurang memberikan perhatian. Tanaman kesum didapati sekali-sekala diserang oleh Serangga seperti Kutu Thrips dan Aphid yang boleh menyebabkan daun kesum menjadi kecil dan berkerutu. Perosak ini boleh dikawal dengan semburan racun serangga yang bersesuaian seperti dimethoate. Tanaman kesum juga boleh dijangkiti kulat, terutama di batang dan di pangkal pokok. Kawalan boleh dilakukan dengan semburan atau disiram racun kulat jenis kuprum. Bagaimana pun pastikan memetik daun kesun yang tidak ada kesan sisabaki racun dan sebaiknya gunakan kawalan dengan bahan organik Bersambung Part 3 dan sila baca Part 1 sebelumnya. Wasallam!.



DAUN KESUM... SEJENIS HERBA...
MUDAH DITANAM..SELALU DIGUNA...
AMBIL KERATAN... BENIH DISEDIA...
DIBERI BAJA... DITUAI SELAMANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayan Perskutuan,
Malaysia.
(27 Ramadan 1436H)
Posted from Room No. 4, Baan Norn Plearn (Uncle House),
Ngam Mueng Road, Mueng, Chiang Rai, 
Thailand on 21 August 2015  at 12.10 am.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...