Support My Blog

Saturday, June 27, 2015

POKOK BELON

POKOK BELON (Gomphocarpus physocarpus) merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sesuai tumbuh terutama dikawasan tanah tinggi. Tumbuhan daripada keluarga Apocynaceae ini juga dikenali dengan nama balloonplant, balloon cotton-bush, bishop's balls dan juga dipanggil sebagai 'swan plant' iaitu sejenis kumpulan 'milkweed'. Tumbuhan unik ini dipercayai berasal  atau natif daripada kawasan Africa Tenggara dimana kini ditanam dibanyak tempat diseluruh dunia. Tumbuhan ini ditanam sebagai tanaman hiasan (ornamental plant) dikawasan keliling rumah, taman bunga dan juga kawasan lapang yang sesuai. Nama pokok belon atau "balloonplant" diberikan kerana bentukk bunganya seakan belon yang mengelembong (swelling bladder-like follicles) dimana didalamnya penoh dengan kapas ringan berwarna putih dan bijinya berwarna hitam. Bunga yang mengelembong hijau ini bersaiz kecil dengan 10-15 cm garispusat dan sedikit kelihatan berduri lembut.  Tumbuhan dengan nama botaninya Gomphocarpus physocarpus adalah jenis pokok renek yang tumbuh menegak dan ketinggian sehingga 6 kaki tinggi. Ia mudah tumbuh apabila musim bunga dan musim panas di negara 4 musim tetapi di Malaysia ia mampu tumbuh dan berbunga sepanjang tahun. Dalam keadaan semulajadi lazimnya pokok belon ini sesuai tumbuh subur dikawasan tanah tinggi iaitu diantara 2,800 - 5,000 kaki dari paras laut.  Tumbuhan renek ini perlukan kelembapan sederhana dengan tanah berpasir yang baik sistem saliran serta mendapat banyak cahaya matahari sepanjang masa. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tumbuhan atau tanaman bunga belon yang boleh kita dapati banyak di kawasan tanah tinggi seperti di Cameron Highland dan Kundasang. Penulis ambil foto dan kali pertama melihat projek ini semasa melawat di Barangay Alfonso, Cavite State, Philipines untuk dikongsi bersama.


Paling unik pada pandangan pertama sekali terhadap pokok Belon ini amat menarik. Saya nampak seekor rama-rama (butterfly) datang berkunjung pada bunga tersebut dan mencari makanan daripada bunga tersebut (Sila lihat foto disebelah). Walau pun saiz bunga agak kecil dan warna hijau yang menyerupai warna pucuk daun tetapi ia mempunyai kelopak yang seakan berambut walau pun ianya lembut. Wanna hijau pucat pada bunga berbentuk bulat spheroid. Ia boleh membesar sehingga 3 inci garispusat. Daun pokok belon juga berwarna hijau muda berbentuk linear sehingga bentuk lanceolate yang panjangnya sekitar 3 - 4 inchi. dan juga lebar 1.2 cm. Penulis dapati bunga yang matang akan bertukar warna hijau kekuningan dan kemudian 'pecah' dimana akan kelihatan bijinya berwarna hitam dan kapas untuk menerbangkan bijibenih (silky tufts). Apabila bunga ini pecah maka bijinya akan tercampak atau diterbangkan kelokasi baru untuk tumbuh. Pokok belon mudah tumbuh dikawasan baru yang mempunyai persekitaran yang bercampur dengan tanaman lain. Beberapa saintis telah mencuba membuat penyelidikkan mengkacukan pokok belon yang memberikan pelbagai kombinasi warna.


Tumbuhan ini merupakan sumber makanan yang amat digemari oleh serangga seperti Larva Rama-rama (caterpillars) seperti jenis Rama-rama Danaus dan juga Rama-rama Monarch. Beberapa penduduk kampong mendapati pokok belon mempunyai khasiat dan manafaat sebagai pelbagai ubat tradisional untuk merawat beberapa penyakit. Penanaman pokok belon selelunya menggunakan BIJI BENIH. Masa menanam dikawasan negara 4 musim sesuai dilakukan sebagai tanaman dalam rumah (indoor plants) dan dikeluarkan semasa musim bunga atau musim panas. Di Malaysia ia sesuai ditanam sepanjang tahun.  Biji benih yang bernas ditabut atau ditanam diatas tanah dan kemudian di berikan pengairan secukupnya. Pastikan biji ditanam ikawasan yang ada cahaya matahari banyak untuk memperepatkan kadar pertumbuhan. Biasanya bijibenih akan bercambah dalam 15-30 hari selepas disemai. Pemberian baja organik dan NPK mampu membantu kadar pertumbuhan yang baik dan praktikal. Belum ada kajian tentang tanaman pokok belon untuk ditanam dikawasan tanah rendah. Pokok ini tahan selama 10 bulan - 1 tahun sebelum perlu dicabut dan ditanam semula.


Bunga ini sesuai ditanam dikawasan tanah tinggi seperti di Cameron Highland dikawasan hotel dan kawasan tertentu. Walau pun belum ada kajian khusus mengenai tanaman bunga belon ini tetapi berkemkemungkinan ia akan memberikan khasiat kesihatan kepada manusia. Bijinya yang halus boleh dikutip dan dijadikan produk ekstrak minyak atau lain-lain produk lain. Memang mudah untuk mengambil biji benih belon jika ditanam dengan banyak disatu kawasan. Selalunya pokok belon akan dicampur dengan pokok bunga lain yang pelbagai dan berwarna warni. Belum banyak penulisan mengenai pokok belon ini yang saya cari dalam Bahasa Malaysia. Semuga artikel ini membantu anda mengenali pokok bunga hiasan yang saya jumpa di Filipina ini. Foto dibawah saya ambil dengan Dr Alexdra Mahijo iaitu Dekan PNFRC (Philipines National Research Center, State Cavite University) semasa melawat kebun kopi di kawasan pengeluaran kopi dinegra tersebut. Wasallam!.
Bincang dengan Dr Alexdra Mahijo dari USCm Philipines
POKOK BELON... BULAT BENTUKNYA...
WARNA HIJAU... CANTIK BUNGANYA...
BILA TUA PECAH... BERBULU BIJINYA...
TANAH TINGGI... SESUAI CUACANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Barangay Alfonso, Cavite,
Philipines.
(12 Syaaban 1436H)
Lawatan Teknikal NFPWG Coffee and Cocoa 2015
(Ibu meninggal dunia pada 26 Jun 2015)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...