Support My Blog

Tuesday, June 30, 2015

10 BUAH PELIK DUNIA? (Part 2)

10 BUAH PELIK DUNIA? Begitulah beberapa artikel yang membincangkan perkara ini diinternet yang saya tinjau baru-baru ini. Melihat kepada foto diatas macam tidak percaya bahawa terdapat jenis buah di luar negara ini memang ada mempunyai bentuk seperti muka manusia. Ia mempunyai sepasang mata, hidung yang esar dan mulut yang besar. Ia sebenarnya adalah buah tomato yang terbentuk sendiri akibat ganguan pembentukkan (deformed) sehingga apabila buah tersebut membesar akan menjadi seperti muka orang. Mula-mula saya mencari apakah jenis buah tersebut dan akhirnya mendapat jawapan. Pada penulis yang arif tentang buah-buahan memang merasakan sebahagian sahaja buah-buahan tersebut memang agak pelik tetapi buah yang lain adalah hanya biasa dan sering dijumpai dimana ianya tidak pelik. Bagaimana pun daripada penerangan banyak rujukkan menyatakan kelainan buah disenaraian ini adalah bukan kerana nama dan jenis yang dikatakan 'buah pelik' atau pun 'wierd fruits' tetapi mungkin dari segi bentuk luaran dan warna serta isinya yang agak unik dan berlainan daripada kebanyakan marfologi buah-buahan. Mungkin juga mereka mengatakan pelik disebabkan oleh kegunaanya atau amat sukar di jumpai dinegara-negara barat. Ini kerana didapati sebahagian besar buah tersebut adalah sesuai atau natif di tropika atau juga dipanggil sebagai 'tropical fruits'. Pada saya ia tidak pelik kerana sering jumpa buah tersebut selain pernah menanamnya, memakannya, menulis artikel yang berkait mengenainya dan juga tahu amalan agronominya. Saya cuma mengambil senarai tersebut yang dikategorikan sebagai 'buah pelik' tetapi mmbuat olehan sendiri mengenai justifikasi dan penerangannya. Artikel tengahari Ahad 12 Ramadan ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai 5 buah pelik pada Part 1 dan 5 lagi buah pelik pada Part 2 untuk menambahkan pengetahuan pembaca semua.



5) SCREW~ PINE


BUAH SCREW PINE
(Pandanus tectorius) merupakan sejenis buah dari keluarga Pandaneceae yang sering dijumpai dikawasan tepi laut. Buah ini merupakan sejenis buah yang pelik dalam kamus orang barat kerana bentuk buah dan warnanya yang unik. Ini kerana namanya yang diberikan iaitu “screw” yang berbunyi seperti “ass.” .Screw pines juga dari keluarga pandan yang mana perkataan tersebut dikaitkan dengan Jubur Haiwan Panda (Panda anus) yang bunyinya pelik. Bagaimana pun buah ini sering dijumpai pada pokok yang tumbuh dikawasan berpasir dan benihnya disebarkan oleh air laut. Buah ini yang telah masak boleh digunakan sebagai bahan perwarna dan ia menjadi makanan tradisional yang penting di Negara Maldives. Pokoknya sesuai dijadikan pokok hiasan dikawasan khusus dan ia mudah ditanam dan diselenggara.



4) RAMBUTAN


BUAH RAMBUTAN
(Nephelium lappaceum) merupakan sejenis buah tempatan berasal daripada Malaysia dimana ia diketegorikan sepabai buah pelik oleh Mat-mat Saleh. Apa sebenarnya yang pelik kepada mereka selain ia mempunyai 'rambut halus' disekeliling buahnya?. Saya banyak menulis mengenai amalan agronomi tanaman buah rambutan dalam artikel saya sebelum ini (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Rambut yang terdapat pada buah rambutan sebenarnya unik dan pelik kerana ia berwarna hijau semasa muda bertukar kepada merah (banyak varieti) atau kuning (Rambutan Gading). Mempunyai isi yang berwarna krim dan manis apabila masak dan terdapat biji ditegahnya. Buah rambutan sesuai dimakan segar atau ditinkan. Saya kurang faham dengan Mat Salleh yang menyatakan buah rambutan pelik kerana dengan membaca namanya 'Rambutan' atau rupabentuk marfologi buahnya. Ini kerana mereka tak reti bahawa perkataan 'rambut' itu bermakna 'hair' dimana kalau mereka yang jumpa dulu buah ini akan dinamakan 'Hairy fruit'.


3) AKEBIA QUINATA



Buah AKEBIA (Akebia aquinata) ini merupakan buah pelik kerana dikatakan mempunyai bentuk seperti Sausages dan juga seakan rama-rama atau kupu-kupu. Tumbuhan renek ini adalah natif di negara Jepun, China dan Korea dimana kini ada ditanam di USA (bahagian timur). Tumbuhan ini telah ditanam dan digunakan dalam perubatan tradisional sebagai 'diuretic plants' dimana bahagian daun dan bunganya adalah komponen yang paling sesuai digunakan. Apa yang peliknya dari segi kajian saintifik adalah batang tumbuhan ini yang mengandungi bahan GARAM (Potassium salts) sebanyak 30% dari berat basah dan ia didapati menjadi perumah kepada beberapa jenis perosak tanaman. Beberapa negara seperti Asutralia dan New Zealand melarang kemasukkan tumbuhan ini dinegara mereka kerana dikategorikan sebagai 'Pest Crop'. Sekali pandang pun saya nampak macam mata jin bentuknya. Pelikkah buah ini?.


2) ATEMOYA

ATEMOYA (Annona squamosa Mill.) merupakan sejenis buah dikategorikan 'pelik' kerana mempunyai duri lembut pada kulitnya. Buah ini yang seakan buah Nona Kapri atau macam Durian Belanda daripada keluarga Anonaceae. Melihat kepada foto diatas, pastinya ramai orang Malaysia akan kata buah tersebut adalah buah Nona Kapri (Annona muricata) yang ada ditanam di negara kita. Atemoya juga dipanggil sebagai 'Custard Apple' . 'Sugar Apple' dan di Taiwan ia popular dengan gelaran 'Pineapple Sugar Apple'. Buah atemoya ini dipercayai hasil daripada kajian oleh saintis di USA dan kini ditanam dibanyak kawasan diseluruh dunia seperti di USA, Taiwan, Filipina, Australia dan negara-negara di Amerika Selatan. Kebanyakan buah ini dimakan segar atau dibuat jus minuman atau dimakan bersama ais kerim. Cara makan adalah dengan membelah buah kepada dua, ambil sudu dan senduk isi didalamnya untuk dimakan segar. Kita di Malaysia jarang untuk membeli atau dapat makan buah atemoya. Tanaman ini boleh ditanam dan dikawasan tropika dan subtropika sama ada di kawasan tanah tinggi agak sejuk atau tanah pamah tetapi ia tidak tahan kepada salji. Saya menulis artikel mengenai buah ini lama dulu (Sila klik disini). Rasa buah ini sama seperti buah nona.

1) BUAH SALAK (SNAKESKIN FRUITS)



BUAH SALAK (Salaca glaberensis atau Salacca endulis) merupakan sejenis buah 'paling pelik' telah dikategorikan oleh penulis dari Barat. Mereka kata buah salak atau ada yang mempunyai nama yang tidak baik iaitu 'Snake Skin Fruit' atau kalau di melayukan sebagai Buah Kulit Ular berdasarkan kepada rupabentuk kulitnya. Mereka juga kata buah ini memounyai rasa yang 'awful' dilidahnya kerana isi buah salak adalah Kelat-kelat Manis. Bertapa ruginya Mat Saleh ini kerana sebenarnya penulis blog ini amat suka makan buah salak segar yang masak atau pun yang telah dijerukkan. Walau pun kulitnya macam kulit ular dan dikatakan 'pelik' tetapi buah salak kinii telah dikomersilkan dimana di negara Indonesia bangga dengan Salak Bali, Salak Pondoh dan beberapa jenis lagi. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai buah salak ini untuk dibaca (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Biarlah mereka kata buah salah paling pelik (wierd) tetapi pada kita ia adalah buah yang ada nilai ekonomi. Wasallam!.


Pokok kelapa berbuah nangka, pisang... ini baru pelik betul!....
BUAH PELIK.... SIAPA MENDAKWA...
ORANG BARAT...SENARAIKANNYA...
TIDAK PELIK... KEPADA ORANG KITA...
MEMANG BERTUAH...ORANG TROPIKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 119, AB-Inn Hotel,
Airport Senai, Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
(12 Ramadan 1436H)
Ziarah dan uruskan ibu meninggal dunia pada 26.6.15

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...