Support My Blog

Wednesday, October 10, 2012

VESEL MANANGKAP IKAN DI MALAYSIA

SEKTOR PERIKANAN MARIN di Malaysia merupakan satu cabang aktiviti pertanian yang menjadi sebahagian daripada pembekal ikan laut di negara kita.  Sebanyak 1.4 juta metrik tan ikan marin telah didaratkan oleh nelayan-nelayan kita pada tahun 2010. Pembacaan saya dari beberapa laporan daripada Jabatan Perikanan Malaysia mendapati pendaratan ikan laut dibahagikan kepada dua kategori iaitu dari Nelayan Laut Dalam dan Nelayan Laut Pantai. Sebanyak 311,730 kilogram ikan didaratkan dengan nilai RM 1.296 billion pada tahun 2010. Jumlah pendaratan ikan kategori laut pantai pada tahun 2010 pula sebanyak 911,780 kilogram yang bernilai sebanyak RM 4.372 billion.  Direkodkan jumlah nelayan yang berdaftar di Malaysia adalah seramai 125,700 orang pada tahun 2010. Kebanyakan mereka adalah terdiri daripada nelayan yang dilesenkan sebagai Nelayan Laut Pantai. Artikel petang ini saya menulis dalam 'Anim Agro Technology' berkaitan jenis vesel menangkap ikan di Malaysia untuk bacaan anda semua.


Terdapat 4 kategori vesel menangkap ikan yang digunakan di Malaysiaa mengikut klasfikasinya sendiri dan perlu mendaftar dengan Jabatan Perikanan. Semua vesel mesti mempunyai sistem pendaftaran seperti kita mendaftar kenderaan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) agaknya. Ini kerana semua vesel menangkap ikan perlu mempunyai nokbor dafter mengikut negeri-negeri dimana ianya akan beroperasi. Contohnya jika vesel tersebut beroperasi di terenggani menggunakan nombor plet TRG 123, TRG 4567, Kalau di Johor dengan nombor plet JHR1010, JHR8573, JHR9657 dan kalau di Kedah dengan nombor KDH. Setiap vesel perlu dilengkapkan dengan alatan keselamatan, jadual pemeriksaan bot dan sebagainya.


Bot Injin Sangkut
Sebanyak lebih sedikit 47,800 vesel menangkap ikan telah didaftarkan di Malaysia pada tahun 2010 .Terdapat 3 kategori jenis vesel menangkap ikan iaitu VESEL TIDAK BERJENTERA, VESEL BERJENTERA SANGKUT dan ketiga adalah VESEL BERJENTERA DALAM. Rekod mendapa dimana hampir separuh daripada jumlah tersebut adalah vesel injin bot sangkut iaitu sebanyak 27,900 buah. Bot Berjentera Sangkut (BBS) atau lebih dikenali sebagai 'Bot Injin Sangkut' hanya menangkap ikan di sekitar beberapa kilometer jauhnya daripada kawasan pantai dan kebanyakan beroperasi dalam skala kecil-kecilan (agaknya macam pekebun kecil dalam sektor tanaman). Mereka menggunakan injin petrol dengan kuasa kuda dari paling kecik 5 kuasakuda (5 hp) sehingga 100 kuasakuda tetapi paling banyak menggunakan 15 - 20 kuasa kuda bergantung kepada kemampuan dan jarak penangkapan ikan. 


Hanya seramai hampir 3,000 nelayan pula didaftar dibawah kategori Vesel Tidak Berjentera (VTB) di Malaysia pada tahun 2010. Bilangan ini tidak banyak meningkat semenjak tahun 2005 iaitu seramai 2,800 orang sahaja. Kebanyakan mereka adalah nelayan-nelayan dikawasan pulau-pulau dan sebahagian besar daripada mereka di sekitar Sabah dan Terengganu. Mereka menggunakan dayung dan yang istimewa di Sabah, bot mereka dipasang pelampong pengimbang (Lihat foto) agar lebih staabil dan mudah menaikan ikan yang ditangkap. Mereka menangkap ikan kebanyakannya untuk di makan sendiri atau di buat ikan kering atau dijual kepada peraih yang menunggu kepulangan mereka di jeti-jeti nelayan.


Kategori Vesel Menangkap Ikan Berjentera Dalam (VBD) adalah seramai 17,900 orang dan dibahagikan kepada 8 kategori  mengikut kapasiti jentera. Bot ini lebih besar dan mampu menggunakan alatan tangkapan ikan lebih moden dan berkuasa tinggi bergantung kepada kategori pendaftaran. Kebanyakan bot ini yang berkuasa tinggi (70 GRT keatas) dilengkapi dengan alatan canggih seperti Alatan Komunikasi Canggih, Peti Ais, Alat Pengesan Ikan (Echo Fish Finder), Alat Pengulong Jaring, Bilik Tidur, Bilik Memasak dan Setor Menyimpan Bekalan Makanan dan Bekalan Minyak Injin. Bot ini mampu belayar kekawasan yang jauh dilautan terbuka dan memakan masa bermingu-minggu keluar untuk mereka menangkap ikan.


Vesel berinjin 10 - 14.9 GRT
Laporan Agromakanan 2010 juga telah melaporkan hanya sebanyak 1,900 bot dilesenkan dengan kapasiti lebih 70 GRT iaitu jumlah yang paling sedikit. Bagi bot dengan kapasiti injin 40 - 69.9 GRT pula berkapasiti sebanyak 1,780 buah dan yang berinjin berkapasiti 25 - 39.9 GRT sebanyak 1,960 buah dan injin boat dengan kapasiti injin 20 - 24.9 GRT sebanyak 1,248 buah. Bot yang mempunyai 15 - 19.9 GRT hanya sebanyak 1,335 buah dan yang paling banyak adalah vesel berinjin 10 - 14.9 GRT dengan sebanyak 5,040 buah. Laporan juga menyebutkan sebanyak 3,300 vesel dengan injin berkapasiti 0 - 4.9 GRT didaftarkan di Malaysia untuk menangkap ikan bagi keperluan domestik dan sedikit untuk ekspot. Ini amat berbeza dengan jumlah vesel menangkap ikan dari negara jiran kita di Thailand, Vietnam dan Indonesia yang saya sempat buat lawatan dimana sangat banyak vesel dari kumpulan bot lebih 70 GRT untuk beroperasi.

VESEL MENANGKAP IKAN...BANYAK JENISNYA....
PALING KOMAN...BOT PAKAI DAYUNG SAJA...
PALING CANGGIH...BOT LEBIH 70 GRT KUATNYA...
NELAYAN KULI SAJA... TOWKEY YANG JUGA KAYA...

By,
M Anem
Mekong River, Saigon,
Vietnam
(Lawatan belajar persendirian di Vietnam 2010)     
  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...