Support My Blog

Friday, October 19, 2012

IKLIM DI MALAYSIA

IKLIM DI MALAYSIA adalah mempunyai keadaan panas, basah dan hujan sepanjang tahun kerana negara kita terletak dikawasan Khatulistiwa dan dikelilingi hampir kesemuanya oleh laut. Negara kita mempunyai taburan hujan yang banyak sehingga kadang-kadang berlebihan menyebabkan berlakunya bencana banjir yang menyebabkan kerosakan hartabenda dan menjejaskan sektor pertanian. Nilai kerugian ini berjuta-juta ringgit apabila berlaku banjir besar sehingga lazim juga menyebabkan kehilangan nyawa. Iklim di Malaysia sangat sesuai untuk pembangunan pelbagai jenis tanaman daripada tanaman padi, buah-buahan , sayur-sayuran sehingga tanaman industri perladangan seperti Kelapa Sawit, Getah, Koko dan sebagainya. Tahukan anda semua apakah faktur-faktur yang mempengaruhi cuaca atau iklim di Malaysia?.  Bagaimana pemikiran dan pengetahuan rakyat Malaysia tentang keadaan iklim dan musim-musim cuaca atau bulan-bulan tertentu sama ada ianya Musim Hujan, Musim  Kering atau ada silih ganti antara keduanya?. Artikel 'Anim Agro Technology' kai ini berkongsi maklumat mengenai tajuk diatas umtuk bacaan anda semua.


Cuaca dan iklim di Malaysia berkait rapat dengan beberapa faktur penting seperti Kedudukan Geografi, Angin Monsun , Ketinggian Tanah dan juga kepulauan.  Paling istimewa adalah kerana Malaysia terletak dikawasan khatulistiwa dimana negara kita tidak akan mengalami kemarau yang melampau seperti di gurun Sahara, Arab Saudi dan Australia Tengah.  Hanya beberapa kawasan di Utara Semenanjung seperti Perlis dan Utara Sabah dan Sarawak yang mengalamai sedikit kemarau. Kawasan kemarau ini menyebabkan ianya sesuai untuk beberapa jenis tanaman yang perlukan keadaan panas serta kemarau panjang seperti tanaman Mangga, Anggur dan sebagainya.  Malaysia juga menerima pancaran matahari sebanyak purata 6 jam sehari dan kadar ini sesuai untuk pertumbuhan tanaman seperti kelapa sawit, getah serta sayur-sayuran sepanjang tahun. Keadaan sinaran matahari dengan keadaan lembab sepanjang tahun bagaimana pun sesuai untuk beberapa jenis kulat hidup yang akan merosakkan tanaman. Antara jenis kulat yang mudah merebak dengan keadaan ini seperti Kulapuk Berdebu (Collectotricum spp), Sooty Mould dan sebagainya. Cuaca panas dan silih berganti dengan cuaca kering akan menyebabkan pembiakan serangga perosak sangat aktif dan mampu merosakkan pelbagai jenis tanaman. 

Malaysia merupakan antara negara yang terlindung daripada ancaman taufan dan juga ribut silicon tropika disebabkan oleh kedudukan geografinya. Ini kerana kawasan yang selalu menerima ancaman angin silikon tropika adalah sekitar garisan lintang 6 darjah utara dan 20 darjah utara sahaja.  Silokon Tropika ini merupakan ribut kencang yang bertiup menuju kearah tekanan rendah dikawasan laut tropika. Semasa saya berkursus di Los Banos, Manila di Filpina, ada beberapa kali saya dapat melihat bagaimana taufan ini melanda republik itu yang menyebabkan berlaku kemusnahan yang sederhana dan kadang-kadang agak besar.  Negara kita juga agak jauh daripada kawasan laluan Lingkaran Gunung Berapi yang sering berlaku gempabumi. Bagaimana pun pada masa kebelakangan ini kejadian letusan gunung berapi di kawasan Sumatra dan ini menyebabkan tsunami yang merosakkan hartabenda di utara semenanjung pada 2010.


Lazimnya negara-negara yang terletak di kawasan garisan khatulistiwa  tidak mempunyai cuaca 4 musim seperti  Musim Panas, Musim Sejuk, Musim Bunga dan Musim Luruh.  Suhu di Malaysia sentiasa berada pada suhu yang panas dan lembab dengan purata antara 22 - 38 selsius atau senang kata purata 27 darjah selsius dan perbezaan sepanjang tahun tidak besar. Kita tidak perlu memakai baju sejuk (Long John) malahan lebih selesa dengan memakai 'singlet pagoda' pada siang hari. Kita juga bergantung kepada sistem penghawa dingin untuk bangunan pejabat dan rumah kediaman bagi mendapatkan suhu yang selesa untuk bekerja sekitar 20 - 24 darjah selsius.  Purata huja dicatitkan sebanyak 2,500 mm setahun dimana ini menjamin bekalan air mencukupi untuk keperluan domestik dan pertanian. Tetapi terfikirkah anda harga sebotol air mineral adalah hampr sama dnegan sebotol minyak petrol?....Fikirkanlah!

IKLIM DI MALAYSIA.... MEMANG SELESANYA...

SEPANJANG TAHUN... TIADA BEZANYA...
MUSIM HUJAN... BERPAYUNG JAWABNYA...
MUSIM PANAS..DALAM AIRCOND NYAMANNYA...

By,
M Anem
Jalan Istana, Air Keroh,
Melaka, Malaysia.
(20 Zulkaedah 1433H)   

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...