Support My Blog

Tuesday, October 9, 2012

HERBA TERPILIH DI MALAYSIA (2)


TANAMAN HERBA di Malaysia merupakan satu industri baru yang mendapat galakkan daripada kerajaan melalui projek NKEA di bawah EPP1 iaitu Pembangunan Industri Herba. Terdapat banyak jenis herba yang boleh di komersilkan dibawah pprogram ini seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Misai Kucing, Dokong Anak, Belalai Gajah dan sebagainya. Laporan daripada Buku Agromakanan 2010 yang di terbitkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ada menunjukkan maklumat dimana terdapat seluas 3,368 hektar tanaman herba.  Negeri Pahang merupakan kawasan dimana aktiviti penanaman herba paling luas dijalankan iaitu seluas 2,593 hektar (Kebanyakannya ladang teh di Cameroon Highland) diikuti dengan Johor (324 hektar) dan Kelantan (291 hektar). Negeri lain yang ada melaporkan mengenai tanaman herba adalah seperti Perlis (64 hektar), Melaka (50 hektar), Selangor (25 hektar), Kedah (14 hektar), Melaka (3 hektar) dan Pulau Pinang (3 hektar). Tidak ada maklumat daripada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Perak. Laporan tersebut juga ada menyatakan hanya beberapa jenis herba yang dimasukkan didalam laporan seperti tanaman cekur, misai kucing, pegaga, lidah buaya, Mengkudu, Teh, Tongkat Ali, Sireh dan Serai wangi. Artikel subuh sabtu ini lepas solat subuh saya menulis mengenai pengeluaran herba terpilih berdasarkan laporan tersebut didalam 'Anim Agro Technology' untuk bacaan anda semua.


Pokok Teh (Camellia sinensis) merupakan tanaman didalam kategori tanaman minuman seperti juga tanaman kopi (Coffea liberica). Terdapat seluas 2,564 hektar tanaman teh di seluruh negara dimana inay ditanam di Cameroon Highland dan di Sabah untuk jenis teh tanah tinggi dan di Sarawak dan Johor untuk jenis teh tanah rendah. Tanaman teh adalah dari keluarga Theaceae mempunyai sebanyak 45 sepsis tetapi hanya dua s[pesis yang dikomersilkan iaitu Camellia sinensis var sinensis dan Camellia sinensis var. assamica. Pokok teh dalam konteks herba kerana daun kering teh memang banyak mengandungi antioksidant yang digunakan untuk minuman kesihatan. Terdapat seluas 21.6 hektar daun jenis teh khusus untuk perubatan daripada pelbagai sepsis lain selain daripada dua spesis diatas ditanam sebagai tanaman perubatan.


Pegaga (Centella asiatica) merupakan sejenis herba yang paling popular dari keluarga Mackinlyaceae yang ditanam sebagai tanaman ulam-ulaman dan juga dalam kategori herba.  Keluasan tanaman pegaga pada tahun 2005 cuma 14.5 hektar sahaja tetapi telah meningkat kepada 38.3 hektar pada tahun 2010. Sebanyak 280.9 metrik tan pegaga segar dianggarkan telah dituai pada 2010 dengan nilai sebanyak RM 340 juta. Terdapat banyak spesis pegaga yang ditanam di Malaysia seperti Pegaga Cina, Pegaga Kelantan, Pegaga Daun Lebar, Pegaga Gajah, Pegaga Salad dan Pegaga Brunei (Sila baca artikel Pegaga - Klik disini dan Klik disini). Kajian mengenai kandungan pegaga yang di jalankan oleh beberapa penyelidik mendapati setiap 100 gram pegaga mengandungi 87.7% air, 2.0% protin, 6.7% Kaarbohiderat, 0.2% lemak dan 1.6% Serat. Zat lain yang terdapat dalam pegaga seperti Vitamin A (0.4 mg), Vitamin B1 (0.09 mg), Vitamin B2 (0.19 mg), Vitamin B3 (0.2 mg) dan Vitamin C (1.6 mg) setiap 100 gm pegaga. Pegaga juga kaya dengan bahan galian seperti Kalsium (171.0 mg), Ferus atau Zat Besi (5.6 mg), Sodium (21.0 mg), Pottasium (391.0 mg) dan Posforus (32.0 mg). Pegaga juga mengandungi komponen PECTIN yang sangat penting dalam sistem imunisasi badan manusia. Terdapat 4 jenis asid penting dalam jus pegaga iaitu Asid Asitik, Asid Medekasic, Asid Mendekasida dan Asid Terunasid yang perlu untuk kesihatan badan manusia.


Mengkudu (Morinda citrifolia) atau Pokok Noni merupakan tanaman jenis herba yang sangat 'havoc' pada penghujung tahun 1990'an kerana pendedahan oleh seorang pakar permakanan dari Amerika Syarikat. Tidak ada maklumat rasmi mengenai keluasan tanaman mengkudu sebelum tahun 2000 tetapi pada tahun 2005 dilaporkan seluas 77.8 hektar ada ditanam dan keluasannya pada 2010 adalah seluas 230 hektar.  Sebanyak 1,640 hektar buah mengkudu dihasilkan pada tahun 2012 dimana anggaran pengeluaran buah mengkudu segar dianggarkan sebanyak 13 metrik tan sehektar. Kajian oleh saintis makanan yang saya baca mengenai kandungan pegaga yang di jalankan oleh beberapa penyelidik mendapati setiap 100 gram pegaga mengandungi 87.7% air, 2.0% protin, 6.7% Kaarbohiderat, 0.2% lemak dan 1.6% Serat. Zat lain yang terdapat dalam pegaga seperti Vitamin A (0.4 mg), Vitamin B1 (0.09 mg), Vitamin B2 (0.19 mg), Vitamin B3 (0.2 mg) dan Vitamin C (1.6 mg) setiap 100 gm pegaga. Pegaga juga kaya dengan bahan galian seperti Kalsium (171.0 mg), Ferus atau Zat Besi (5.6 mg), Sodium (21.0 mg), Pottasium (391.0 mg) dan Posforus (32.0 mg). Pegaga juga mengandungi komponen PECTIN yang sangat penting dalam sistem imunisasi badan manusia. Terdapat 4 jenis asid penting dalam jus pegaga iaitu Asid Asitik, Asid Medekasic, Asid Mendekasida dan Asid Terunasid yang perlu untuk kesihatan badan manusia. Banyak khasiat jus mengkudu di nyatakan dalam testimoni dan daunnya juga sesuai untu dijadikan ulam.

INDUSTRI HERBA... BANYAK CABARANNYA....

SUKAR DI TANAM... NAK JUAL PUN SUSAHNYA...
BANYAK TESTIMONI... TANPA KLINIKAL KAJIANNYA...
UBAT WARISAN... INDUSTRI PERLU TERUSKANNYA...

By,
M Anem
Taman Cendana, Jalan Istana,
Bukit Beruang, Air Keroh,
Melaka, Malaysia.
(24 Zulkaedah 1433H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...