Support My Blog

Thursday, July 5, 2012

HORTICULTURAL COLOUR CHART

HOTICULTURE COLOUR CHART merupakan satu alat yang digunakan oleh saintis pertanian dalam menentukan warna-warna yang ada pada tumbuh-tumbuhan. Alat ini telah di cipta semenjak tahun 1930'an sebagai satu kaedah untuk menentukan warna yang terdapat pada tumbuh-tumbuhan. Bagaimana kita hendak kata warna merah pada Bunga Raya (Hisbiscus rosa-sinensis) yang semua berwarna merah tetapi merahnya amat berbeza-beza antara stu varieti dengan varieti yang lain. Bagaimana kita hendak nyatakan warna hijau daun pokok Betik (Carica papaya) yang mempunyai berpuloh-puloh varieti mengikut umur, lokasi dan pengurusan kebun yang berbeza?.  Idea untuk mencipta kod warna ini timbul apabila para saintis dan pembiakbaka (Plant breeders) ingin mendapatkan satu standard warna yang sama dan boleh digunapakai di semua peringkat seluroh dunia. Royal Horticulture Society (RHS) telah menyediakan satu standard skim warna tumbuh-tumbuhan yang mengandungi lebih dari 800 kombinasi warna untuk digunakan oleh para saintis dan hortucilturist dalam membuat pengelasan kod warna. Artikel malam ini saya menulis mengenai maklumat Royal Horticultural Society Colour Chart (RHSCC) dalam 'Anim Agro Technology' untuk pengetahuan bersama.


Mungkin ada diantara anda yang pernah dengar atau pun menggunakan Munsell Colour Chart (MCC) atau Munsell Book of Colour (MBC) dalam membuat pengkelasan warna untuk beberapa jenis siri tanah. Saya mula menggunakan Munsel Colour Chart semasa belajar mengenai sains tanah di universiti pada tahun dua dulu. Alat MCC ini memang sesuai digunakan untuk membuat kod warna tanah ketika membuat aktiviti 'soil classfication'. Mulanya saya ingat MCC boleh digunakan untuk pengkelasan warna tumbuh-tumbuhan tetapi kini saya sudah fahan akan perbezaannya antara MCC dengan RHSCC. Dalam kita membuat pengkelasan warna warna merah Bunga Raya contohnya, alat RHSCC hanya mampu menerangkan warna sahaja mengikut kelas tetapi tidak dapat membezakan warna perbezaan diantara varieti bunga raya yang mampu dibezakan dengan penglihatan matakasar. Penggunaan MCC/MBC pula mampu membezakan dengan jelas kelas warna dalam kumpulan yang sama dan menjelaskan perbezaan diantara varieti tersebut dengan mudah.  Daripada banyak rujukkan yang saya baca, mereka menyatakan penerangan (description) warna dengan menggunakan kaedah MBC adalah lebih tepat dan jelas untuk kebanyakan warna bunga-bungaan dan bahagian lain tanaman.


Mengapa kita perlu membuat pengkelasan atau 'colour coding' bagi tumbuh-tumbuhan?. Bagi mereka yang terlibat dalam membuat pencirian tumbuhan, warna merupakan salah satu daripada sifat pencirian untuk menentukan perbezaan antara satu variety dengan varieti yang lain. Dalam membuat ujian DUS (Distinctness, Uniformity dan Stability) satu varieti tumbuhan perlu di pastikan perbezaan antara varieti sedia ada dengan varieti baru yang hendak di buat pencirian. Sebagai contoh sila lihat foto sebelah untuk varieti Bunga Raya iaitu bunga kebangsaan kita dari dua jenis varieti iaitu varieti ' King Kakalua' dengan varieti 'Brilliant'.  Sekali pandang memang kedua-duanya berwarna merah tetapi sebenarnya amat berbeza sekali kalau di analisa menggunakan RHSCC atau MBC. Kod warna varieti King Kakalua contonya di kodkan sebagai Red 40A tetapi kod warna untuk varieti Brilliant pula adalah Red 33A. Jika kedua-dua varieti tersebut di kacukkan pula pelbagai kombinasi warna akan dihasilkan dengan kemungkinan kod warna bagi varieti baru tersebut meungkin Red 29 A, 39 C dan sebagainya. 


Harga RHSCC dan MBC yang lengkap ini agak mahal juga sekitar RM 2,000 - RM 2,500 satu unit bergantung kepada kualiti dan saiz. Bagi jenis yang kecil dan mudah dibawa pula berharga sekitar RM 400 - RM 500 satu unit. Alat ini sangat penting bagi mereka yang terlibat dalam tugas membuat pencirian dan amat mudah digunakan ketika mendapatkan kod warna bagi sampel yang di ambil. Adalah penting kita mampu membuat pencirian sesuatu tumbuhan tersebut menggunakan satu kaedah yang seragam untuk digunakan. Pencirian varieti tumbuhan untuk setiap komponen tumbuhan amat perlu dijalankan sebelum sesuatu varieti tersebut di daftarkan dalam 'National Listing' dan untuk di buat aktiviti pengesyoran varieti tanaman. Bagi mereka yang belum pernah menggunakan RHSCC dan MBC boleh mendapatkan tunjukajar daripada mereka yang pakar. Selamat mencuba!


ALAT KOD WARNA...PENTING GUNANYA...
MEMBEZAKAN WARNA..JELAS CARANYA...
ANALISA TEPAT... SIAPA MEMPUNYAINYA...
ADA KEPAKARAN...CUBA SEBARKANNYA....


By,
M Anem
FELDA Sungai Koyan,
Kuala Lipis , Bentong,
Pahang, Malaysia.
(15 Syaaban 1433H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...