Support My Blog

Tuesday, May 15, 2012

PEMBALUT BUAH CHUN FONG


Pembalut Buah Chung Fong yang dihasilkan oleh Saengchit Agricultural Machinery Sdn Bhd beralamat di 7, Soi Pradit Manutham, Latphrao, Bangkok, Thailand atau (email : chunfong1995@hotmail.com) merupakan pembalut buah yang popular dikalangan petani dari satu syarikat yang menyertai Asia Horticulture 2012 di BITEC, Bangkok. Syarikat ini menghasilkan 5 jenis pembalut buah untuk pelbagai kegunaan dan kawalan kualiti buah.  Teknologi membalut buah tropika di Thailand telah menjadikan kebanyakan buah yang menggunakan plastik pembalut ini mampu dijual dalam Gred ‘A’ untuk pasaran ekspot.  Pada masa ini ramai petani yang menanam mangga (seperti Nam Dok Mai, Sala dan banyak varieti ekspot lain sanggup membeli sampul buah yang telah di ‘pasteurised' bagi setiap biji buah walau pun harga membelinya agak ‘mahal’ daipada kaedah membalut buah dengan cara biasa. Artikel malam ini sambil memandang larut malam dari aras 10 Bangkok Palace Hotel, Bangkok kita cerita teknologi membalut buah.

Teknologi atau Kaedah membalut buah tropika seperti mangga (Mangifera indica), jambu batu (Psidium guava), jambu air, pomelo (Citrus grandis) perlu dijalankan untuk meningkatkan kualiti buah. Syarikat ini mempromosikan produk pembalut khusus yang telah dibuat kajian dan kini ramai petani di Thailand telah pun  menggunakan plastik pembalut buah jenama Chun Fong yang  memberikan faedah seperti berikut :


a)    Mengurangkan geseran buah dengan daun dan ranting
b)    Melindungi dari serangan semut dan lalat buah
c)    Melundungi dari hujan dan agen perosak (dew)
d)    Melindungi dari kesan racun diladang
e)    Memberikan warna kulit buah bersinar dan cantik 
f)     Memberikan kualiti buah kepada gred A
g)    Kurangan belanja racun serangga/kimia
h)    Meningkatkan keuntukngan dengan harga lebih baik dan;
i)     Kurangkan kos kerana pembalut boleh dipakai 2-3 kali

Daripada 5 jenis pembalut atau sampul buah yang dihasilkan, sampul yang mengandungi 2 lapisan (luar kertas coklat dan dalam lapisan hitam) mempunyai permintaan paling tinggi dari penanam buah mangga (Lihat foto). Kos setiap satu adalah 5 sen sahaja dan boleh digunakan sebanyak 2-3 kali bergantung kepada penjagaan. Lapisan dalam berwarna hitam ini mengandungi bahan yang menyebabkan kulit buah Nam Dok Mai akan kelihatan menjadi kuning kuat dan permukaan kulit yang sangat baik berbanding jika tidak dibalut kulit buah berwarna hijau muda atau hijau tua jika gunakan pembalut kertas biasa. Di atas bahagian kertas sampul terdapat kawat atau dawai yang akan digunakan untuk di ikatkan sampul kepada tangkai buah. Ukuran sampul buah 20 cm x 45 cm sesuai khusus untuk buah mangga yang berwarna hijau apabila masak.  Kertas sampul untuk Jambu Batu berwarna putih dalam satu lapis berukuran 20 cm x 45 cm. Buah jambu akan mendapat warna kulit yang hijau berkilat, bersih dan lebih menarik jika menggunakan pembalut jenis ini.  Pembalut Pomelo pula menggunakan jenis plastik nipis berwarna kekuningan cair.
Lihat foto dibawah untuk melihat bagaimana produk buah Mangga Nam Dok Mai yang dihasilkan dengan pembalut plastik Chun Fong digunakan untuk membalut buah tropika yang meningkatkan kualiti buah untuk pasaran ekspot di Thailand. Buah ini yang berbau harum, manis, kulit licin menarik dan bentuk yang cantik membuatkan ianya sesuai dipasarkan sehingga kepasaran antarabangsa.


BUAH DI BALUT...TEKNOLOGI TERKINI....
BUAH MANGGA HIJAU...KUNING JADI...
TAHAN 3 KALI...TINGKATKAN KUALITI....
WARNA MENARIK...MURAH SEKALI..

By,
M Anem
Horti Asia 2012 Pavillion,
Bangkok International Trade and Exibition Center (BITEC),
Bangkok, Thailand
(22 JamadilAkhir 1433H) 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...