Support My Blog

Tuesday, November 15, 2011

NAMA LAIN - CIKU

CIKU (Manikara zapota) merupakan sejenis buah-buahan tropika dari keluarga Sapotaceae yang terdapat di Malaysia. Tanaman ciku di Malaysia dilaporkan seluas 1,140 hektar pada tahun 2011 dengan anggaran pengeluaran hasil sebanyak 6,550 metrik tan dan kebanyakannya adalah untuk jualan segar dipasaran domestik. Kawasan utama penanaman cuku adalah di Negeri Melaka seluas 119 hektar diikuti dengan Johor (112 hektar) dan Kelantan (108 hektar).  Jabatan Pertanian telah pn mendaftarkan sebanyak 16 varieti atau Klon Ciku semenjak tahun 1937 sehingga terkini iaitu Ciku Mega (C19). Antara beberapa jenis varieti ciku yang popular di tanam di Malaysia adalah Ciku Subang, Ciku Jantung dan Ciku Betawi. Ciku juga terdapat dinegara-negara lain seperti di Thailand, Indonesia, Filipina, India, Vietnam dan Australia. Kita jangan keliru antara Buah Ciku dengan Buah Kiwi yang di popularkan di New Zealand walau pun bentuk fizikalnya macam sama. Artikel pagi ini saya menceritakan nama-nama lain bagi tanaman ciku didunia. 


Nama Botani Ciku : Manilkara zapota (L.) P. Royen



NAMA BOTANI LAIN CIKU atau SYNONYM(S) :
Achradelpha mammosa O. F. Cook, nom. illeg. , Achras mammosa L., nom. illeg. ,
Achras zapota L.,
Achras zapota L. var. zapotilla Jacq.,
Achras zapotilla (Jacq.) Nutt.,
Calocarpum mammosum Pierre, nom. illeg.,
Lucuma mammosa C. F. Gaertn., nom. illeg. , Manilkara achras (Mill.) Fosberg ,
Manilkara zapota (L.) van Royen,
Manilkara zapotilla (Jacq.) Gilly ,
Sapota achras Mill.,
Sapota zapotilla (Jacq.) Coville


CHINA : Ren xin guo.


ENGLISH : Chicle, Chico sapote, Naseberry, Noseberry, Sapodilla.


PERANCIS : Nèfle d'Amérique, Sapote, Sapotier, Sapotillier.


JERMAN : Breiapfel, Breiapfelbaum, Kaugummibaum , Sapote, Sapotille, Sapotillbaum.


JEPUN : Sabojira, Sapojira.


KHMER, KEMBOJA : Lomut.


KOREA : Kkom na mu.


LAOS : Lamud.


MELAYU : Ciku

INDONESIA : Sawo londo (Indonesia), Sawo manila (Indonesia).


NEPAL : Gudalu, Saapotaa.


SEPANYOL : Níspero, Sapote (Latin America), Zapote, Zapotillo.


TAGALOG, FILIPINA : Chico.


THAILAND : ละมุดฝรั่ง Lámút farang (Lamut farang).


VIETNAM : Hông xiêm, Hong xuan dinh, Xabôchê.

Ciku lazimnya di petik pada peringkat matang iaitu indeks 3 atau 4 kemudian perlu diperam beberapa hari sebelum ianya masak. Ciku mempunyai rasa yang manis dan kelat dan paling sedap apabila buah ini masak ranum. Isinya yang berwarna coklat putih adalah berair (juicy) dan ada kala seperti mengandungi crystal atau dikatakan 'rasa berpasir'. Penyimpanan buah ciku segar perlu dibuat agar tahap kesegarannya agak lebih lama didalam peti sejuk. Harga pasaran ciku adalah agak stabil iaitu lingkungan RM 6.00 - RM 8.00 sekilogram bergantung kepada musim dan varieti. Adalah agak sukar juga untuk kita mendapatkan buah ciku segar dipasar basah kerana buah ciku tidak banyak dihasilkan di negara kita untuk pasaran segar. Kajian saya endapati di negara Vietnam dan Thailand buah ciku segar mudah didapati dipasar basah dengan harga lebih murah dan kualiti lebih baik. Kita perlu majukan tanaman ciku di Malaysia pada masa akan datang.

NAMA LAIN CIKU...'CHICO' DIFILIPINA...
BUAHNYA MANIS...NAK TANAM DIMANA...
LAMBAT BERBUAH...BENIH CANTUM DIGUNA...
BANYAK KHASIAT...BAIK UNTUK DICERNA...

Related Articles:
1. Ciku Mega C19 (Klik disini)
2. Klon Ciku di Malaysia (Klik disini)
3. Klon Buah Popular di Malaysia (Klik disini)
4. Cashflow Buah-buahan (Klik disini)
5. Fruit Planting Density (Click here)
6. Mengetut Pokok Ciku (Klik disini)
7. Cantuman Matatunas (Klik disini)

By,
M Anem
Masjid Tanah,
Alor Gajah, Melaka,
Malaysia.
(19 Zulhijjah 1432H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...