Support My Blog

Saturday, November 12, 2011

BISA SENGATAN SERANGGA

SENGATAN SERANGGA atau GIGITAN SERANGGA sering berlaku kepada kita setiap masa terutama mereka yang aktif dalam aktiviti luaran seperti beriadah, berkebun, 'jungle tracking', menebas semak samun, menyiram bunga dan sebagainya. Banyak jenis serangga yang mempunyai sengat yang ada racun atau venom yang menyakitkan dan selalunya menjadikan kawasan sengatan akan membengkak dan lebam. Diantara serangga yang sering menyengat manusia adalah lebah, semut api, kerengga, tebuan, kelulut, lipan, jengking dan banyak jenis lagi. Satu kajian telah dijalankan oleh Justin O. Schmidt dan menghasilkan satu piawaian tahap kebisaan sengatan serangga sebagai satu cara untuk mengetahui kesannya. Artikel pagi Sabtu ini saya akan bincangkan satu tajuk yang belum pernah saya baca untuk maklumat  dan bacaan umum rakyat Malaysia, Brunei dan Indonesia.


Piawaian ini hanya ditumpukan kepada serangga dari Kumpulan Hymenoptera dan tidak meliputi serangga-serangga kumpulan lain yang sangat banyak jenisnya. Sengat serangga seperti Lebah dan Tebuan merupakan satu organ yang mempunyai jarum yang keras tajam dihujungnya dan ada saluran untuk menyalurkan venom kedalam tisu mangsanya. Venom ini akan menyebabkan saraf mangsa bertindakbalas dan bahagian disengat akan membengkak. Venom ini juga mengalir kebahagian lain tubuh melalui darah (jika kuantiti sengatan banyak) dan membahayakan. Gigitan serangga seperti Semut Api atau Kerengga pula melalui dua rahang gigi atau struktur tajam bagi melukakan lapisan kulit dan mengeluarkan venom dari mulutnya kekawasan luka tadi.


Berikut adalah Indek Tahap Kebisaan Sengatan / Gigitan Serangga:
Indek ini mempunyai 9 skel iaitu daripada skel 1.0 paling kurang berbisa kepada skel 4.0+ iaitu paling berbisa. Lebah Kecil (Sweat bee) mempunyai tahap kebisaan 1.0 iaitu hanya rasa sedikit sakit dan sengal. Gigitan semut Api pula mengejutkan mangsa dimana kita akan rasa panas, gatal-gatal dan sedikit membengkak. Tebuan Tanah (Vespa tropica tropica) merupakan seranagga yang mempunyai venom menyakitkan iaitu pada tahap 3.0. Sengatan tebuan mampu menyebabkan mangsa menghadapi kemungkinan maut jika terlalu banyak ekor tebuan yang menyerang dan berdekatan dengan kepala dan jantung. Semut Peluru (Bullet Ant) merupakan serangga paling berbisa venomnya iaitu pada skala 4.0+ sehingga meninggalkan kesan seperti hangus pada kawasan sengatan. 

Indek      Serangga                   Schmidt Sting Pain Index
1.0LEBAH KECIL
(Sweat bee)
Light, ephemeral, almost fruity. A tiny spark has singed a single hair on your arm.
1.2SEMUT API
(Fire ants)
Sharp, sudden, mildly alarming. Like walking across a shag carpet and reaching for the light switch.
1.8SEMUT AKASIA (BULLHOM ACACIA ANTS)A rare, piercing, elevated sort of pain. Someone has fired a staple into your cheek.
2.0TEBUAN 
(Bald-faced hornet)
Rich, hearty, slightly crunchy. Similar to getting your hand mashed in a revolving door.
2.0TEBUAN KUNING
(YellowJacket)
Hot and smoky, almost irreverent. Imagine  W.C. Fields  extinguishing a cigar on your toungue.
2.xLEBAH MADU
(Lebah Madu)
Like a matchhead that flips off and burns on your skin.
3.0SEMUT MERAH
(Red harvester ant)
Bold and unrelenting. Somebody is using a drill to excavate your ingrown toenail.
3.0TEBUAN TANAH (Paper wasp)Caustic and burning. Distinctly bitter aftertaste. Like spilling a beaker of hydrochloric acid on a paper cut.
4.0SEMUT TARANTULA (Tarantula hawk)Blinding, fierce, shockingly electric. A running hair drier has been dropped into your bubble bath.
4.0+SEMUT PELURU
(Bullet ants)
Pure, intense, brilliant pain. Like fire-walking over flaming charchoal with a 3-inch rusty nail in your heel.
Sumber maklumat:  http://en.wikipedia.org/wiki/Schmidt_Sting_Pain_Index

Mungkin indek sengatan atau gigitan serangga dan haiwan lain boleh dilakukan oleh pakar sains. Dengan mengetahui maklumat ini kita boleh menghindari venom yang sangat merbahaya kesannya terhadap manusia. Bisa sengatan jengking, ular tedung, lipan dan lain-lain haiwan yang ada di Malaysia boleh dikaji pada masa akan datang dan bagaimana kita mampu menguruskan masaalah ini. 


BISA VENOM SERANGGA...BOLEH DI KIRA....
KENA SENGATAN ...TAK TAHAN BISANYA..
JIKA DAH TAHU...JANGAN MUDAH LUPA...
ILMU DITAMBAH....MAKLUMAT DIBACA....


Related Articles:
1. Lebah Madu (Klik disini)
2. Tebuan (Klik disini)
3. Kerengga (Klik disini)
4. Semut Hitam (Klik didini)
5. Fruit Fly (Klik disini)


By,
M Anem
Muar
Johor
Malaysia
(15 Zulhijjah 1432H) 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...