Support My Blog

Wednesday, October 19, 2011

NATIONAL HORTICULTURE CONFERENCE 2011

NATIONAL HORTICULTURE CONFERENCE 2011 telah diadakan pada 18-20 Oktober 2011 di Aras 7, Renaissance Melaka Hotel dihadiri oleh 220 peserta dari seluruh negara. Seminar ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertanian Malaysia iaitu YB Datuk Chua Tee Yong pada Majlis Pembukaan. Antara VIP yang hadir ialah Exco Pertanian Negeri melaka dan Ketua Pengarah Jabatan dan Agensi dibawah Kementerian Pertanian. Timbalan  Menteri dalam ucapannya minta supaya sektor pertanian terutama pengeluaran makanan dalam hortikultur ditingkatkan untuk mengurangkan imbangan impot bahan makanan. Produk yang dihasilkan mestilah berkualiti, selamat dan boleh meningkatkan pendapatan petani. Artikel tengahari ini berkisar sinopsis  ringkas mengenai conference yang saya hadiri selama 3 hari.


Sebanyak 26 paper dibentang dan dibincangkan dari beberapa seksyen iaitu Cabaran dalam hortikultur dalam Rancangan Malaysia ke 10 (4 Kertaskerja),  Program Penambahbaikan Tanaman dan Pemasaran (12 Kertaskerja), Pengurusan Penyakit dan Perosak Tanaman (5 Kertaskerja), Postharvest dan proses lepastuai (5 kertaskerja) dan Sessi ke 6 Cabaran dalam sistem pemasaran (5 kertaskerja). Pakar Hortikultur dari Taiwan, Indonesia, China, Filipina, Thailand dan pihak swasta telah membentangkan kertas berkaitan dengan tajuk yang diberikan. Antara perkara menarik adalah mengenai kawalan Penyakit Papaya Dieback oleh Dr Kim, Kawalan Penyakit Moko Pisang oleh Dr. Catur Hermanto, Status Industri Buah-buahan Malaysia oleh En Yacob (TFNet) dan juga pengeluaran benih Hybrid oleh Prof. Dr MLA Choomsai (GWG Thailand).


By,
M Anem
Aras 7, Rennaisance Melaka Hotel,
Melaka

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...