Support My Blog

Saturday, December 25, 2010

PANDAN

Pandan (Pandanus amaryllilfolius Roxb) adalah sejenis tanaman dari keluarga Pandanaceae yang terdapat di Malaysia iaitu tumbuhan jenis berperdu yang tumbuh tegak ke atas. Terdapat lebih dari 600 spesis pandan diseluroh dunia dimana hanya 60 spesis telah dibuat kajian agak lengkap oleh para saintis. Keluarga tumbuhan pandan ini dari yang jenis renek setinggi 0.3 meter hibgga jenis yang tinggi sehingga 20 meter (66 kaki). Tumbuhan pandan yang popular di malaysia adalah jenis Pandanus amaryllifolius sinonim dengan Pandanus odorasitimus atau mudahnya pandan. Di Asia Tengara 2 jenis pandan yang lazim dikenali adalah Pandan Biasa (untuk masakan) dan Pandan Wangi. Artikel kali ini saya bersembang berkaiatan tanaman pandan, teknologi berkaitan pandan dan kegunaanya untuk tatapan pembaca berdasarkan pengetahuan, pengalaman, pembacaan dann pemerhatian.

Pandan adalah tumbuhan jenis monokot yang mempunyai daunnya tebal, sedikit lebar, panjang meruncing dan tajam dibahagian hujung. Daun tumbuh dari bahagian perdu rumpun dan menegak keatas. Apabila daun tua ianya akan kering. Warna daun adalah hijau tua di pangkal dan hijau muda di bahagian hujung. Akar Pandan ada dua jenis iaitu akar serabut dalam tanah dan juga akar udara (aerial roots). Batang terbentuk daripada bekas node daun yangtelah tua dimana pada satu peringkat apabila pokok telah tua akan mati jika tidak diuruskan dengan baik sebab ajar serabut tidak mendapat bekalan air dan nutrien dari tanag kerana akar udara tidak berfungsi baik.

Di kawasan Asia Tenggara tanaman pandan adalah satu jenis tanaman yang Penting dan mesti ada ditanam dikeliling rumah. Pandan dikatakan sebagai ketegori sebagai sejenis tumbuhan berguna dimana daunnya berbau wangi sesuai dijadikan perasa makanan, pewarna dan pewangi. Khasiat daun yang ditumbuk dan diambil airnya boleh dipupur ke rambut dan rambut akan menjadi bersih, lebat dan menyejukkan kepala. Kajian oleh para saintis menunjukkan ekstrak pandan sabgat berguna untuk mengawal lipas dalam rumah dan kenderaan. Daun pandan juga berkesan membuang bau buah durian yang tidak menyenangkan dalam kereta berhawaa dingin. Bubuh 5-10 helai daun pandan dalam kereta selepas bawa durian masak. Banyak produk kosmetik berasaskan pandan, air taufufa pandan, sirap pandan, ayam titik pandan (Foto sebelah) dan pelbagai produk lagi.
Pandan boleh tumbuh dalam pelbagai jenis tanah asalkan tidak ditenggelami air dan ada sumber air (tanah yang lembab). Pemerhatian saya mendapati pokok pandan ini boleh membiak melalui akar dan anak pokok dan anak benih sulur. Jika menanam secara komersial di kebun perlu disediakan lubang penanaman berukuran 25 cm x 25 cm x 25 cm. Campurkan tanah bersama 100 gm baja CIRP. Tanam anak sulur pandan ke dalam lubang dan padatkan tanah di permukaan keliling anak pokok. Sekiranya menanam dalam pasu, gunakan campuran yang mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm dari permukaan pasu. Gali lubang sebesar saiz polibeg dan tanam anak sulur ke dalam lubang dan padatkan permukaan keliling pokok.

Siram anak pokok apabila perlu terutama dimasa cuaca kering dan pokok dalam pasu. Cabut dan buang rumpai yang tumbuh keliling pokok. Tabur baja NPK (21:21:21) sebanyak 5 gm/pokok bagi tanaman dalam pasu dan sebanyak 10 gm/pokok bagi tanaman dikebun atau diatas tanah di sekitar rumah. Sebaiknya berikan baja organik dengan kadar 100 g sepokok setiap 3-4 bulan. Pemerhatian saya mendapati tiada perosak dan penyakit serius menyerang pokok pandan. Terdapat masaalah pokok lebih umur yang akan mengecil kerana akar tidak cekap mengambil zat makanan dan air. Daun pandan lazimnya boleh dipetik selepas 12 bulan ditanam. Kelewatan menyebabkan kualiti daun pandan menurun. Porong setiap rumpun dengan parang dan bawa ke pondok untuk dipotong, dibersihkan dan diikat sebelum dihantar kepasar. Daun pandan tahan disimpan 3-5 hari dan 7-0 hari dalam ruang peti sayuran peti sejuk.

Tanaman Pandan Wangi (Daun lebih lebar, lebih panjang dan hijau gelap) diusahakan untuk tujuan komersial bagi diproses untuk jadikan produk kosmetik dan perubatan. Nasi lemak mesti dimasak dengan daun pandan, Kek Pisang juga dibubuh dun pandan, Taufufa Pandan juga dan pelbagai kuih2 tradisional juga. Kini 'essen pandan' atau 'extract pandan' dijual secara komersial kebanyakkannya untuk kegunaan pemakanan. Saya harap pandan akan menjadi satu industri yang boleh dimajukan dimasa akan datang kerana mudah ditanam, hasil yang tinggi, cepat dituai, teknologi yang mudah dalam agronomi dan sebati dengan negara kita.

PULAU PANDAN JAUH KETENGAH,
GUNUNG DAIK BERCABANG TIGA
ARTIKEL PANDAN DIBACA SUDAH
HARAP DIBACA AGAR GEMBIRA

By
M Anem
Grand Continental Hotel
Kuantan
Merry Christnas to ....


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...