Support My Blog

Sunday, December 5, 2010

MAHA TAMAT

Hari ini tamat sudah MAHA 2010 yang dilaksanakan di MAEPS Serdang mulai 26 November hingga 5 Disember 2010. MAHA 2010 meriupakann pesta dwitahunan yang di jalankan dengan tema "Inovasi Pertanian Menjana Kemajuan" dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri dan ditutup oleh YB Menteri Pertanian. Berjuta pengunjung melawat MAHA 2010 dari pelusuk negara. Jam 3.00 petang tadi majlis penutup dijalankan dan pengunjung mulai membeli hasil jualan tani dan produk IAT secara tawaran murah!


Pertandingan mengira biji sayur-sayuran yang di adakan di Gerai Jabatan Pertanian menerima lebih dari 4,500 peserta dan apabila biji dikira jam 2.50 petang sebanyak 14,937 biji kesemuanya dan peneka paling hampir dari Pulau Pinang dengan tekaan 14,930. Ramai yang meneka lingkungan 50,000 - 70,000 biji dan ada yang meneka sehingga 2 juta!.

Jam 8.00 malam saya ke gerai Hasil-hasil Pertandingan Pertanian sudah di kemas..... Kontraktor yang dilantik mengemas struktur asas dan bahan-bahan pameran selesai. Harap jumpa lagi MAHA 2012 !


By
M Anem
MAEPS

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...