Support My Blog

Saturday, November 6, 2010

KERETA SORONG (Wheelbarrow)




KERETA SORONG atau dalam bahasa Inggeris dipanggil sebagai "Wheel Barrow' merupakan satu jenis alat yang sering digunakan dalam bidang pertanian sebagai perkakas yang penting. Alatan ini merupakan sahabat kepada petani dan juga pekerja dalam pembinaan (Construction) untuk memudahkan kerja-kerja pengangkutan. Barang yang berat dapat di ringankan dengan menggunakan kereta sorong dan di tolak atau di tarek menggunakan tangan manusia. Artikel kali ini penulis berkongsi maklumat mengenai alatan bernama 'Kereta Sorong' atau 'Wheel Barrow' berdasarkan pengalaman penulis dan kajian yang dijalankan kerana penglibatan penulis dalam bidang pertanian selama 30 tahun.

Kereta Sorong meringankan beban berat barang atau bahan yang diangkat kerana bebanan tersebut di alihkan kepada sistem roda dan pemegang. Kereta sorong mempunyai Komponen Satu Roda, Sepasang Pemegang, Sepasang Kaki dan Bekas Pengisian. Roda kereta sorong biasanya berukuran 2-2.5 kaki diameter terdiri daripada rim besi dan tayar getah berwarna hitam sama ada mempunyai tiub angin atau 'Tayar Mati'. Jika gunakan Tayar Angin maka kereta sorong tersebut 'agak ringan' digunakan dengan jika gunakan tayar mati yang 'agak berat'. Kebaikan tayar mati ialah ia tidak mudah bocor dan tahan lama.

Komponen struktur utama kereta sorong terdiri dari 'besi hollow' yang kuat dengan sepasang pemegang pada penghujung besi tersebut. Pemegang biasanya dibalut dengan getah lembut agar selesa dan mempunyai 'grip' yang kuat serta tidak licin. Peranan pemegang penting untuk menstabilkan kereta sorong ketika membawa bebanan yang berat melalui kawasan jalan yang tidak rata. Di bahagian bawah kereta sorong terdapat 'sepasang kaki' yang diperbuat daripadaa besi leper berfungsi untuk menstabilkan kereta sorong ketika diletakkan. Tinggi kaki biasanya kira-kira 1-1.2 kaki dimana tidak akan tersentuh tanah ketika kereta sorong ditolak.

Bahagian penting kereta sorong adalah Bekas Pengisian (Container) yang diletakkan diantara tayar dan sepasang pemegang yang akan diisikan dengan bebanan (Hasil Tanaman, Tanah, Baja Organik, Alatan Pertanian, Bahan Binaan, Simen, Bahan Galian Perlombongan dan sebagainya). Bekas ini terbuka di bahagian atas dan mempunyai rekabentuk yang sesuai untuk kerja-kerja mengisi dan menuang keluar isi didalamnya. Bekas ini biasanya diperbuat daripada Zink tebal yang dicat supaya tahan dan ringan. Ada juga wheelbarrow yang menggunakan bekas dari bahan plastik dan kayu. Dalam sektor pertanian wheelbarrow merupakan satu alatan pertanian yang sangat kritikal. Alat ini digunakan dari mula kerja-kerja penyediaan tanah sehingga menuai dan memasarkan hasil pertanian. Bagi penanam kelapa sawit alatan ini sangat penting untuk membawa tandan kelapa sawit daripada bawah pokok ketepi jalan untuk dikumpulkan dan dinaikan kelori untuk dihantar kekilang. Tanpa wheelbarrow rasanya petani sukar untuk membawa tandan kelapa sawit yang berat dan berduri serta terletak dikawasan yang tidak rata, lereng bukit dan kawasan tanah gambut yang mudah terbenam. Cara menggunakan wheelbarrow juga mempunyai seni tersendiri. Apabila hendak mengisi pastikan kedudukan roda dan sepasang kaki berada pada kedudukkan yang stabil agar tidak tergolek atau tumbang ketika pengisian bebanan dijalankan. Pastikan kedudukan beban berada pada susunan yang stabil (Tidak berat sebelah kekanan atau kekiri) atau tidak mudah bergerak atau bergolek2 ketika di tolak. Kawalan pemegang wheelbarrow akan menjadi sukar jika bebanan tidak stabil dan membahayakan pengendali.

Saya berpengalaman dalam membawa dan mengendali wheelbarrow membawa bebanan tandan kelapa sawit yang berat melalui kebun sawit bapa saya diatas tanah gambut. Memang satu masaalah mengendalikan alatan tersebut kerana tayar akan tenggelam dalam tanaah gambut dan sukar untuk ditolak....cara yang mudah ialah dengan menarik atau mengundur. Memang benar tanpa alat wheelbarrow dikebun kelapa sawit sukar untuk mengumpulkan buah sawit oleh pekebun2 keci. Dikebun sayur alat wheel barrow digunakan untuk membawa bebanan tahi ayam, baja kimia, pam air kecil, hasil tuaian dan sebagainya. Kerja2 menuai akan menjadi mudah dengan menggunakan wheelbarrow yang diletak disekitar batas tanaman dan hasil sayuran dimasukkan kedalam bekas untuk dikumpulkan kemudan dibuat grading.


Kajian penulis mendapati terdapat berbagai jenis dan kualiti kereta sorong di Malaysia bergantung kepada spesifikasi pengilang. Harga satu unit bergantung kepada jenis dan kualiti diantara RM 80.00 - RM 200.00 satu unit. Jabatan Pertanian Johor ada satu skim subsidi Harga 50% pembelian alatan Kereta Sorong kepada petani yang layak dengan membayar 50% sahaja satiap unit di panggil Program Galakkan Usaha Tani (GUT). Kereta sorong yang murah biasanya mempunyai bekas yang menggunakan zink yang nipis, pemegang yang mudah patah dan kaki yang mudah bengkok serta tidak sesuai untuk bebanan berat. Diharap artikel ini memberikan sedikit maklumat mengenai alat kereta sorong atau wheelbarrow yang penting dalam sektor pertanian. Walaupun banyak teknologi dan alatan baru diperkenalkan dalam sektor pertanian tetapi penggunaan kereta sorong tetap penting.

KERETA SORONG....AMAT BERGUNA....
WHEELBARROW ...DIJUAL SAMA....
RINGAN BEBANAN....SESUAI DIMANA2....
ARTIKEL DITULIS.....UNTUK DIBACA...


By
M Anem
Senior Agronomist
Hotel Heritage, 
Ipoh, Perak,
Malaysia.
(Kemaskini pada 18 Mac 2016)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...