Support My Blog

Wednesday, November 10, 2010

Cashflow DURIAN

Durian (Durio zibethinus) adalah "Raja Segala Buah atau King of the Fruit" di Malaysia. Terdapat seluas 100,615 hektar tanaman durian di Malaysia dengan pengeluaran sebanyak 288,900 mt pada tahun 2009. Kawasan utama tanaman durian di Malaysia adalah Daerah Muar Johor (7,048 ha), Daerah Segamat Johor (6,741 ha) dan Daerah Kuala Krai Kelantan (5,365 ha). Antara klon durian yang popular ialah D24 (Bukit Merah), D99 (Koop Kecil), D158 (Tangkai Panjang), D159 (Bantal Mas), D168/101 (Mas Muar) dan D197 (Kunyit). Artikel kali ini penulis berbincang mengenai Aliran Wang Tunai (Cashflow) tanaman durian berdasarkan kepada lokalili di Tangkak Johor dan beberapa kawasan disekitarnya.


Jarak tanaman durian = 9 m x 9 m
Kepadatan tanaman durian = 123 sehektar
Luas kebun dibuat kajian = 1.0 hektar
Jangkamasa Penanaman Cashflow : 20 Tahun

CASHFLOW TANAMAN DURIAN

A. ALIRAN WANG MASUK

Hasil (kg/ha) 113,725
Pendapatan Kasar @ RM2.50/kg = RM 284,312.50


B. ALIRAN WANG KELUAR


i) KOS PEMBANGUNAN
1. Membersih Kawasan = RM 2,000.00
2. Perparitan dan saliran = RM 1,200.00
5. Penyediaan tanah = RM 1,000.00
6. Stor = RM 500.00
7. Sistem pengairan = RM 9,000.00
8. Membaris & menanam = RM 369.00
Jumlah Kos Pembangunan = RM 14,069.00


ii) KOS BAHAN INPUT
1. Anak pokok @ RM5/pokok+10% sulaman = RM 676.50
2. Baja
(i) CIRP = RM 23.37
(ii) Baja Organik = RM 13,868.25
(iii) GML = RM 2,255.82
(iv) Baja 15:15:15= RM 2,182.64
(v) Baja 12:12:17:2 = RM 44,649.00
3. Racun Kawalan Serangga/Penyakit =RM 5,299.20
4. Racun Kawalan Rumput Rumpai = RM 3,831.75
5. Alat-alat ladang = RM 360.00
Jumlah kos bahan input = RM 73,146.53

iii) KOS TENAGA KERJA
1. Pembajaan = RM 8,100.00
2. Kawalan Serangga & Penyakit = RM 5,040.00
3. Kawalan Rumput Rumpai = RM 3,435.00
4. Cantasan = RM 4,560.00
6. Memungut Hasil = RM 2,110.00
7. Penyelenggaraan insfrasktur = RM 18,500.00
Jumlah Kos Tenaga Kerja = RM 41,745.00

iv) Kos Pelbagai
1. bahan api = RM 9,100.00
2. sewa tanah = RM 10,000.00
Jumlah kos pelbagai = RM 19,100.00

KOS PENGELUARAN A+B+C+D = RM 148,060.53
Kos Luar Jangkaan 5% = RM 7,403.03
JUMLAH ALIRAN WANG KELUAR = RM 155,463.55
BAKI WANG TUNAI = RM 128,848.95
BAKI WANG TIMBUNAN =
NILAI KINI PENGELUARAN (NPV) @ 10% =
KADAR PULANGAN DALAM (IRR) =
NISBAH FAEDAH KOS @ 10% =
HARGA PULANG MODAL =




By,
M Anem
Air Keroh
Melaka


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...