Support My Blog

Tuesday, April 20, 2010

Penggunaan Bt


Penggunaan Bt atau Bacillus thuringiensis merupakan satu kaedah kawalan biologi popular masa kini. Penggunaan BT bukan kepada perosak tanaman sahaja bahkan penggunaannya untuk mengujudkan jenis-jenis tanaman yang rintang kepada perosak melalui penggabungan gen-gen kristal Bt dengan DNA tanaman tersebut. Kaedah ini perlu dikembangkan di Malaysia untuk meningkatkan hasil tanaman makanan dengan lebih selamat dan berkualiti.

Apakah dia Bt?
BT adalah sejenis bekteria aerobik, gram positif yang berbentuk rod berukuran antara 3-5 um panjang dan 1.0 - 1.2 um lebar. Bakteria ini didapati mengandungi kristal yang mempunyai sifat2 entomotoxic (atau memberi kesan kepada serangga). Pengeluaran racun perosak berasaskan Bt secara komersil dimulakan pada tahun 1937 di Perancis. Penggunaannya kini diteruskan terutama di negara-negara maju sebagai kaedah kawalan biologi yang berkesan.

Penggunaan Bt pada peringkat awal tertumpu kepada kawalan jenis serangga Lepidoptera tetapi kini telah dperluaskan kepada (jenis Bt baru) serangga dari keluarga Diptera dan Coleoptera. Sifat-sifat Bt utama pada Bt ialah kerana ia dari kategori Racun Biologi dari Kelas IV yang mesra kepada alam sekitar , selamat kepada manusia dan musuh2 semulajadi. Bt juga merupakan bakteria semulajadi yang terdapat dalam tanah dan tumbuhan. Bt sangat berkesan kepada larva dan beluncas. Bt boleh digunakan terhadap tanaman sayuran, buah-buahan dan juga tanaman kontan (spt jagung, dll) . Bt juga tidak perlukan masa yang panjang sebelum penuaian hasil (PHI - post harvest interval).

Cara Bt digunakan ialah dengan menyembur kepada tanaman dimana setiap titik Bt mengandungi berjuta2 spora hidup dan crystal toxins. Apabila larva perosak memakan daun yang telah disembur Bt, kristal bertindak menembusi dinding usus larva/ ulat dan memasukkan spora. Spora2 akan membiak dengan cepat. Generasi baru spora akan membiak setiap 20 minit dan dalam masa 12 jam akan terdapat 120 billion sel pathogen baru. Serangan oleh perosak keatas tanaman berhenti dalam masa 2-3 minit dan larva akan mati dalam masa 1-3 hari akibat keracunan darah.

Beberapa faktur penting dalam penggunaan Bt perlu difahami leh petani. Petani perlu mendapatkan waktu penting untuk penyemburan racun Bt iaitu dibuat ketika peringkat telur serangga perosak matang atau larva perosak baru menetas. Masa penggunaan ini perlu di teliti dan tepat atau jika tidak akan kelihatan Bt kurang berkesan. Liputan semburan hendaklah sempurna basah dan rata pada tanaman. Jika terdapat larva yang tidak terkena semburan maka kekesanan akan berkurang. Penyemburan gunakan air bersih yang mencukpi dengan kadar penggunaan 100 liter/ hektar .
Disyorkan semburan dibuat waktu petang kerana cahaya matahari akan membunuh Bt. Sebaiknya gunakan alat Spreader atau pelekat (sticker) ketika membuat semburan. Kalau hendak gunakan Bt secara koktail dengan racun perosak pastikan mengelakan gunakan racun jenis alkali. Kaedah penyimpanan Bt mestilah dalam botol/ bekas yang kedap udara dan disimpan ditempat kering dan dingin. Elakkan membancuh Bt secara berlebihan kerana Bt hanya boleh digunakan dalam masa 3 hari selepas dicampu dengan air. Bt merupakan satu kaedah kawalan yang disyorkan kepada petani.

NAK TAHU APA ITU Bt ATAU BACILLUS....
PERIKSA PERINGKAT LARVA.. SEMBUR TERUS...
CARA SENBURAN MESTI BETUL DAN TELUS...
KAWALAN PEROSAK .. AKAN TERURUS...

By
M Anem
Presint 11
Putrajaya

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...