KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, January 20, 2018

MANGGIS SELEPAS MUSANG KING?


ANGGIS (Garcinia mangostana) merupakan sejenis buah-buahan tropika yang mempunyai potensi untuk pasaran domestik dan eksport selepas buah DURIAN MUSANG KING (Durio zibethinus) dimasa akan datang. Buah manggis sama seperti buah durian merupakan sejenis buah-buahan tropika yang bermusim ditanam secara monokrop dan intercrop. Terdapat sejenis buah manggis spesis lain yang mana ia dipanggil sebagai MESTA dimana penelitian penulis blog ianya lebih baik dari segi kualiti buah dan harga jualannya. Kawasan utama yang menanam dan mengeluarkan manggis seperti di Pahang, Perak, Johor dan Selangor. Buah manggis menjadi lebih popular apabila Pesawat MH 370 yang hilang semenjak 3 tahun lalu sehingga kini Januari 2018 dimana ujud bangkainya masih tidak ditemui. Apa yang uniknya dilaporkan membawa buah manggis beberapa belas tan banyaknya. Penulis tahu pada bulan March biasanya tidak terdapat buah manggis tempatan yang sudah berhasil atau pun dituai. Umum menjangka ada teori dimana ia bukan 'manggis tempatan biasa' sebaliknya ada kemungkinan ia juga adalah 'benda rahasia' yang akan menyebabkan kapal terbang tersebut perlu 'dihilangkan' oleh pihak terrentu. Ada besar kemungkinan juga buah manggis tersebut adalah manggis daripada negara jiran Sumatra yang dibawa masuk melalui pelabuhan Kuala Linggi di Melaka. Penulis blog ada dua kali melihat dimana tongkang kayu dari Sumatra sedang memunggah dalam bakul buah manggis dipelabohan tersebut. Artikel malam ini saya terus menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai usaha mengeksport manggis diusahakan selepas durian musang king untuk rujukkan semua.


Durian varieti Musang dengan nombor daftar D197 merupakan duran sama dengan varieti Durian Raja Kunyit. Durian Musang King atau nama asalnya Raja Kunyit, mempunyai isi berwarna kuning pekat, durinya bersegi, sementara pangkal tangkainya tidak berduri dan garisan pangsa jelas pada kulit (Sila lihat foto disebelah). Durian D197 yang didaftarkan di Jabatan Pertanian pada 1993. Diketahui umum masyarakat Cina tempatan gemar menggelarkan raja buah itu sebagai Mao Shan Wang yang bermaksud 'Raja Kucing Gunung' iaitu merujuk kepada bentuk isi durian yang mirip seekor kucing sedang tidur. Bagaimana pun kini gelaran ini terus digunakan secara meluas sehingga perkataan 'Mao Shan' ditukar kepada sebutan Musang dan 'Wang' ditukar kepada King sehingga dikenali sebagai 'Musang King' hingga kini. Apa pun penulis blog fikir pembeli perlu berhati-hati membeli durian Musang King supaya tidak ditipu penjual. Musang King yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan lebih lonjong seperti bola ragbi berbanding baka lain yang berbentuk bulat, selain mempunyai corak seakan-akan bintang pada bawah buahnya. Isi durian Musang King lebih tebal ditambah rasa lemak yang pahit sedikit dan bijinya pula kecil berbanding baka lain. Musang King cukup diminati penggemar durian sehingga dijual agak mahal, bermula RM50 sekilogram di pasaran atau 30 hingga 40 peratus lebih mahal daripada jenis durian yang lain.  Terdapat sesetengah peniaga cuba mengaut keuntungan mudah dengan mendakwa menjual Musang King walhal ia baka durian varieti lain. Pembeli perlu memeriksa ciri-ciri durian itu terlebih dahulu sebelum membelinya bagi mengelakkan ditipu. Bagi mengenali baka anak pokok Musang King pula lazimnya pokok durian ini memiliki daun yang lebih nipis, berbentuk tirus dan beralun sedikit. Anak pokok musang king ini sesuai untuk ditanam di tanah terbuka apabila sudah mempunyai sekurang-kurangnya lapan helai daun dan kebiasaannya hasil tanaman boleh mula dinikmati seawal lima tahun selepas ditanam.


Dalam akhbar tempatan baru-baru ini dilaporkan artikel bertajuk "Selepas Musang King, Kini Giliran Manggis Pahang pula tembusi pasaran antarabangsa" yang diterbitkan pada 12 Januari 2018. Buah manggis kini menjadi perhatian di kalangan penggemar buah tropika di China dan Eropah (Sila lihat foto disebelah). Berita yang dipetik daari Bandar Bentong ini menyatakan dimana jika sebelum ini durian Musang King dari Raub dan Bentong berjaya menembusi pasaran China, sehingga harganya melonjak di pasaran tempatan, kali ini giliran buah manggis pula dieksport sehingga menyebabkan tahap  permintaannya meningkat. Dakwa Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Pahang, Datuk Seri Shafik Fauzan Shariff berkata buah manggis kini menjadi perhatian di kalangan penggemar buah tropika di China dan Eropah. Buah manggis yang kini dikeluarkan dari negara kita khususnya di Pahang mempunyai kualiti yang tinggi termasuk kurang penggunaan bahan kimia menyebabkan ia mendapat tempat di pasaran antarabangsa.  Keadaan ini juga telah 'memaksa' ada pengeksport dari negara jiran turun ke daerah Bentong, Pahang khususnya kawasan Telemong untuk memajak kebun manggis di kawasan ini dan dibawa balik untuk 'dibinkan' dengan nama negara mereka sebelum mengeksport ke dua negara berkenaan.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perlepasan eksport manggis ke Eropah dan China selain menyaksikan perjanjian persefahaman antara syarikat pengeksport buah itu, DRS Trading Sdn Bhd dengan pengeluar-pengeluar manggis di daerah Bentong di Dewan Orang Ramai Telemong, di sini hari ini (Sila lihat foto disebelah)Turut hadir Pengarah Syarikat DRS Trading Sdn Bhd, P Ravidran dan Pegawa Daerah Bentong Datuk Azhar Arshad Shafik Fauzan berkata perjanjian itu ia dapat mengeratkan lagi kerjasama antara pengeksport dan pengeluar bagi meneroka pasaran baharu di peringkat antarabangsa selain boleh meningkatkan kefahaman pengeluar buah tempatan tentang keperluan semasa dalam mengeksport buah itu. Terkini di pasaran Eropah sekarang harga sekilogram buah manggis yang mempunyai gred tinggi boleh mencecah sehingga RM35 sekilogram, manakala di negara China pula mencecah sehingga RM50 sekilogramKeadaan ini juga telah membolehkan penanam-penanam manggis mendapat pendapatan yang tinggi namun mereka perlulah seterusnya mengamalkan amalan pertanian yang baik bagi tujuan untuk menghasilkan buah yang bermutu. Mengikut rekod darpada  Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) buah tersebut telah mula dieskport ke Eropah dan China sejak 2016, namun hanya mendapat permintaan tinggi pada tahun 2017. Pada tahun lepas sahaja dianggarkan sebanyak 5,000 tan metrik buah manggis telah dieksport ke Eropah dengan nilai RM20 juta, manakala ke China pula adalah sebanyak 20,000 tan metrik dengan nilai RM200 juta dan ia hanya memenuhi satu peratus daripada permintaan di dua negara itu. Di Pahang sahaja sahaja terdapat 404.3 hektar keluasan penanaman manggis, sementara di Bentong adalah sejumlah 58.7 hektar. Berita yang dipetik dari Bernama ini membuat kenyataan iaitu jika tanaman manggis diusahakan dengan baik mampu untuk dijadikan barangan eksport. Apa pun penulis blog percaya banyak usaha untuk mengeksport buah ini keluar negara. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda pembaca blog 'anim agro technology' kali ini. Wasallam!!!..


TANAM DURIAN... PILIH JENISNYA...
MUSANG KING... EKSPORT DAH ADA...
BUAH MANGGIS...IA  SUDAH DICUBA...
BUAH BERMUSIM...BEKALAN DIMANA?..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room F114, Lotus Desaru Beach Resirt,
Jalan Desaru, Bandar Penawar,
Kota Tinggi,, Johor,
Malaysia.
(27 RabiulAkhir 1439H)

Friday, January 19, 2018

APA ADA DIPASAR SATOK (PART 4)

PASAR SATOK merupakan satu pusat jualan yang sangat popular di Bandaraya Kuching kepada penduduk tempatan dan juga pelancong. Keunikkan ini amat terserlah terutama pada hari Sabtu dan Ahad dimana terdapat banyak jualan produk-produk kampong dipasar ini yang telah moden dan selesa kepada pengunjung. Penulis yang beberapa kali kepasar ini amat suka dengan aktiviti jualan dan produk yang dipamerkan. Medan Niaga Satok di Jalan Matang, Kuching, merupakan sebuah pasar tani moden baharu yang mana ia telah dibangunkan bagi menggantikan Pasar Tamu Satok yang telah beroperasi sejak 20 tahun lalu. Visi Kementerian Pelanco­ngan Sarawak menjadikan kawasan Medan Niaga Satok di tebing Sungai Sarawak di sini sebagai tempat ikonik 'wajib' dikunjungi pelancong ke bumi Kenyalang, dilihat berada di landasan yang betul. Kawasan komersial yang dibangunkan bersebelahan Kompleks Kubah Ria itu dengan kos RM46.6 juta menerusi peruntukan khusus oleh Kerajaan Persekutuan kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang mencatatkan urus niaga bernilai tidak kurang RM60 juta setahun sejak mula beroperasi kira-kira tiga tahun lalu. Projek naik taraf Medan Niaga Satok membabitkan peruntukan RM13 juta bagi kemudahan seperti tandas, bilik mandi, tempat letak kereta, lampu gemerlapan dan benteng gerai makan. Medan Niaga itu merupakan pasar tani terbesar dalam negara yang diuruskan oleh FAMA, dengan kapasiti 1,444 ruang niaga tetap dan keutamaan diberikan kepada peniaga sedia ada di Pasar Tamu Satok, termasuk 600 ruang untuk peniaga hasil hutan yang sebelum ini berniaga di Pasar Minggu Satok. Kerajaan negeri mengambil tindakan tepat apabila memutuskan untuk memindahkan pasar yang 'menyesakkan' di Jalan Satok ke Medan Niaga, walaupun awalnya mendapat tentangan beberapa pihak yang ragu-ragu dengan potensinya. Medan ini asalnya adalah Pasar Satok yang berselerak. Jadi kerajaan negeri mengambil langkah bijak membuka tempat ini bagi membolehkan peniaga berniaga. Ini tempat yang sesuai dan selesa untuk berniaga. Jualan pasti akan meningkat untuk jangka masa panjang. Kedudukan kawasan Satok di pusat bandar raya ini yang me­nempatkan pusat-pusat perniagaan dan kewangan utama di Sarawak menjadikan ia antara kawasan penting yang akan seterusnya akan membentuk imej bumi Kenyalang di mata pengunjung. Dari pengalaman penulis yang pernah tinggal di Kuching dulu mendapati sebelum ini, persekitaran sesak Pasar Minggu di Jalan Satok yang memghimpunkan ratusan peniaga dari Market Street dan Padang Pasir selama kira-kira 30 tahun dilihat begitu unik lagi sinonim dengan Kuching, namun panorama itu bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan sangat bagi membentuk imej sebuah bandar raya moden. Visi kerajaan negeri mengubah segalanya apabila para peniaga di kawasan sesak itu dipindahkan ke seberang sungai sekitar empat tahun lalu, hanya di tepi jambatan yang merentasi Sungai Sarawak. Medan Niaga Satok dilihat pontensinya bukan sahaja dari sudut sebuah pasar unik yang menawarkan hasil tani dan hutan semata-mata, tapi juga berpotensi sebagai destinasi cukup menarik buat pelancong. Artikel malam ini saya menulis dalam blog popular "Anim Agro Technology" beberapa produk unik pada penulis blog yang dijual di Pasar Satok dan beberapa ulasan mengenainya.


Sayur PUCUK MIDIN atau pucuk pakis merupakan satu makanan ikon yang sangat popular di Kuching, Sarawak. Pucuk midinini dijual dengan hanya RM1.00 seikat (Sila lihat foto disebelah). Sayur midin menjadi kesukaan penduduk tempatan dan pelancong dimana ia ada dijual dan dihidangkan di restoren biasa, restoren seafood dan juga beberapa hotel tertentu. Sayur midin goreng dengan belacan merupakan antara hidang paling popular. Sayur midin dikelaskan sebagai sayuran organik kerana ia dikutip daripada kawasan liar semulajadi dibelukar. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai midin sebelum ini (Sila Klik Disini). PUCUK MIDIN (Stenochlaena palustris) atau Pucuk Paku (Jungle fern shoot)merupakan sejenis sayuran dari kumpulan PTERIDOPHYTE yang sangat popular di Malaysia khususnya di Negeri Sarawak sebagai satu hidangan istimewa oleh penduduk tempatan dan pelancong asing. Kumpulan tumbuhan paku pakis atau 'fern' ini mempunyai lebih dari 12,000 spesis dari pelbagai bentuk, saiz dan warna dan habitat berlainan. Habitat semulajadi tumbuhan ini adalah kawasan yang lembab dan tanah gambut dalam yang mempunyai bahan organik yang tinggi dan juga boleh tumbuh dengan sedikit naungan. Penulis suka makan sayur pucuk midin digoreng dengan belacan.


Agak unik ramai penjaja yang menjual ASAM PAYA. Di Pasar satok ia dijual dengan harga RM10.00 sekilogram. Ada dua bentuk jualan asam paya di sini iaitu Asam Paya Berkulit dan juga Asam Paya di kupas Kulitnya. Saya ada menulis artikel mengenai asam paya sebelum ini (Sila klik disini). ASAM PAYA atau pun KELUBI (Eleiodoxa conferta) adalah sejenis tumbuhan dari keluarga ARACACEAE yang menyerupai pokok nipah yang terdapat banyak dikawasan lembab hutan berpaya tepi sungai di negara kita. Pokok Kelubi juga dikenali dengan beberapa nama lain seperti Asam Paya, Asam Kelubi, Salak Hutandan juga Kelumi. Tumbuhan ini banyak terdapat di kawasan Asia Tenggara seperti di Malaysia, Indonesia (Khususnya yang ada di Sumatra), Thailand dan Borneo iaitu dikawasan paya air tawar serta tumbuh dalam bentuk berkelompok. Tidak terdapat maklumat rasmi dari mana-mana rujukkan mengenai keluasan tumbuhan kelubi di Malaysia. Bunga Kelubi keluar daripada bahagian perdu pokok dengan terdapat bunga betina dan bunga jantan pada tangkai yang sama. Buah kelubi akan terbentuk selepas pendebungaan dan buah kelubi adalah bersisik keras ini adalah sangat masam isinya. Buah kelubi ada yang berwarna merah dan ada juga yang merah kekuningan dan selalunya akan juga mengandungi 1-2 biji buah didalamnya. Isi buah kelubi yang mentah adalah keras tetapi buah kelubi yang telah cukup masak adalah berair dengan warna putih jernih. Buah yang bersusun dalam jambak berangkai ini mempunyai ukuran 3-6 cm garispusat bergantung kepada umur dan kesuburan pokok. Buah ini boleh di tuai dengan memotong tangkai buah memnggunakan pisau tajam atau sabit. Saya pernah beberap kali memotong tangkai buah kelubi di Endau, memang tidak mudah juga melakukannya kalau tidak berpengalaman. Tangkai buah kelubi yang dipotong ini akan dibawa keluar kekampong untuk di proses seterusnya. 


Buah Avocado juga dijual di Pasar Satok dengan harga jualan sekitar RM14.00 sekilogram (Sila lihat foto disebelah). Buah yang berwarna hijau ini sudah matang dan sedia untuk dimakan dalam beberapa hari. Saya menulis beberapa artikel mengenai avocado (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi. BUAH AVOCADO (Persea americana Linn) adalah sejenis tanaman buah-buahan dari keluarna LAURACEAE yang di makan sebagai buah segar atau untuk diproses bagi pelbagai kegunaan. Avocado dipercayai berasal dari Puebla, di Mexico. Sejarah menanam dan makan buah avocado berlaku semenjak beribu-ribu tahun dulu oleh kaum Atzec di Dataran Andes yang ada mempunyai tamadunnya tersendiri. Nama lain avocado seperti Avocado, Aligator Pear, Aquacate dan Palta. Tanaman Avocado tidak popular disemua negara ASEAN seperti Malaysia dan Thailand tetapi popular di Filipina dan Indonesia. Orang Malaysia memang jarang yang minat makan buah avocado tidak seperti dibeberapa negara di Amerika Latin, Caribean, Indonesia dan Filipina yang makan buah avocado sebagai buah yang amat di minati. Cara makan buah avocado juga mudah iaitu dengan membelah buah kepada dua dan ambil isinya kemudian masukan dalam cawan di campur dengan susu dan sedikit gula. 


Keledek Ungu diantara produk tanaman umbisi yang dijual di Pasar Satok yang menarik perhatian saya. Keledek ungu ini dijual dengan harga RM5.00 sekilogram sahaja (Sila lihat foto disebelah). Banyak artikel mengenai keledek yang saya tulis untuk dibuat rujukkan (Sila Klik Disini), (Sila Klik Disini) dan beberapa lagi. KELEDEK (Impomea batatas) merupakan sejenis tanaman kontan dari keluarga Convulvulaceae yang kaya dengan zat Karbohiderat dan Vitamin A. Bagi tujuan mendapatkan hasil tinggi, tanaman ubi keledek memerlukan keadaan panas yang agak panjang iaitu sekurang-kurangnya 3 bulan dikawasan lapang. Ia dapat hidup dengan subur sekiranya mendapat cukup kelembapan tetapi tidak tahan kepada keadaan air yang bertakung. Jika ia ditanam di tanah yang agak basah dan lembab, biasanya ubi keledek segar yang dihasilkan tidak empuk isinya apabila direbus. Namun ia tahan terhadap keadaan cuaca kemarau tetapi ada air yang cukup. Tanah yang paling sesuai ialah tanah gembur berpasir yang mengandungi banyak bahan organik dan juga kadar penyerapan air yang baik. Tanah yang terlalu berpasir akan menyebabkan ubi yang dihasilkan selalu berbentuk memanjang. Tanah liat juga kurang sesuai kerana lazimnya ia kekurangan bahan organik dan tidak gembur untuk pertumbuhan ubi yang optima. Ia juga sesuai ditanam ditanah gambut yang telah matang dan mempunyai sistem perparitan yang baik. Jualan keledek ungu di pasar ini memberikan pilihan kepada pengguna. Semuga artikel ini menjadikan anda dapat manafaatnya.

Artikel ini bersambungan dalam Part 1, Part 2 dan Part 3. Tinjauan penulis blog dan meneliti produk kampong dipasar Satok membolehkan banyak idea tercetus. Wasallam!!..
KEPASAR SATOK...MEMBUAT TINJAUAN...
PRODUK KAMPONG...IA DI UTAMAKAN...
AMBIL FOTONYA... UNTUK PENULISAN...
ANIM AGRO ...KINI MENJADI RUJUKKAN... 

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1227, Hotel Hilton Kuching,
Kuching, Sarawak,
Malaysia.
(27 RabiulAkhir 1439H).

Thursday, January 18, 2018

APA ADA DIPASAR SATOK (PART 3)

PASAR SATOK merupakan satu pusat jualan yang sangat popular di Bandaraya Kuching kepada penduduk tempatan dan juga pelancong. Keunikkan ini amat terserlah terutama pada hari Sabtu dan Ahad dimana terdapat banyak jualan produk-produk kampong dipasar ini yang telah moden dan selesa kepada pengunjung. Penulis yang beberapa kali kepasar ini amat suka dengan aktiviti jualan dan produk yang dipamerkan. Medan Niaga Satok di Jalan Matang, Kuching, merupakan sebuah pasar tani moden baharu yang mana ia telah dibangunkan bagi menggantikan Pasar Tamu Satok yang telah beroperasi sejak 20 tahun lalu. Visi Kementerian Pelanco­ngan Sarawak menjadikan kawasan Medan Niaga Satok di tebing Sungai Sarawak di sini sebagai tempat ikonik 'wajib' dikunjungi pelancong ke bumi Kenyalang, dilihat berada di landasan yang betul. Kawasan komersial yang dibangunkan bersebelahan Kompleks Kubah Ria itu dengan kos RM46.6 juta menerusi peruntukan khusus oleh Kerajaan Persekutuan kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang mencatatkan urus niaga bernilai tidak kurang RM60 juta setahun sejak mula beroperasi kira-kira tiga tahun lalu. Projek naik taraf Medan Niaga Satok membabitkan peruntukan RM13 juta bagi kemudahan seperti tandas, bilik mandi, tempat letak kereta, lampu gemerlapan dan benteng gerai makan. Medan Niaga itu merupakan pasar tani terbesar dalam negara yang diuruskan oleh FAMA, dengan kapasiti 1,444 ruang niaga tetap dan keutamaan diberikan kepada peniaga sedia ada di Pasar Tamu Satok, termasuk 600 ruang untuk peniaga hasil hutan yang sebelum ini berniaga di Pasar Minggu Satok. Kerajaan negeri mengambil tindakan tepat apabila memutuskan untuk memindahkan pasar yang 'menyesakkan' di Jalan Satok ke Medan Niaga, walaupun awalnya mendapat tentangan beberapa pihak yang ragu-ragu dengan potensinya. Medan ini asalnya adalah Pasar Satok yang berselerak. Jadi kerajaan negeri mengambil langkah bijak membuka tempat ini bagi membolehkan peniaga berniaga. Ini tempat yang sesuai dan selesa untuk berniaga. Jualan pasti akan meningkat untuk jangka masa panjang. Kedudukan kawasan Satok di pusat bandar raya ini yang me­nempatkan pusat-pusat perniagaan dan kewangan utama di Sarawak menjadikan ia antara kawasan penting yang akan seterusnya akan membentuk imej bumi Kenyalang di mata pengunjung. Dari pengalaman penulis yang pernah tinggal di Kuching dulu mendapati sebelum ini, persekitaran sesak Pasar Minggu di Jalan Satok yang memghimpunkan ratusan peniaga dari Market Street dan Padang Pasir selama kira-kira 30 tahun dilihat begitu unik lagi sinonim dengan Kuching, namun panorama itu bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan sangat bagi membentuk imej sebuah bandar raya moden. Visi kerajaan negeri mengubah segalanya apabila para peniaga di kawasan sesak itu dipindahkan ke seberang sungai sekitar empat tahun lalu, hanya di tepi jambatan yang merentasi Sungai Sarawak. Medan Niaga Satok dilihat pontensinya bukan sahaja dari sudut sebuah pasar unik yang menawarkan hasil tani dan hutan semata-mata, tapi juga berpotensi sebagai destinasi cukup menarik buat pelancong. Artikel malam ini saya menulis dalam blog popular "Anim Agro Technology" beberapa produk yang dijual di Pasar Satok dan beberapa ulasan mengenainya.


Berjalan-jalan lagi di Pasar Satok saya jumpa dengan jualan Jambu Batu Berbiji iaitu dari jenis 'Kampuchea'. Jambu ini dijual dengan tandaharga  RM3.50 sekilogram (Sila lihat foto disebelah). Anda bolh baca banyak tulisan saya mengenai jambu batu (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak artikel lain lagi. Jenis yang popular ditanam di banyak lokasi ialah varieti GU 8 atau dipanggil Kampuchea oleh petani tempatan. Terdapat 2 bentuk buah iaitu Oval dan bulat. Jabatan Pertanian telah mendaftar sebanyak 15 jenis Klon Jambu Batu pada tahun 2005 iaitu dari Klon GU 1 sehingga Klon GU 15 dimana Klon GU 1-GU 11 adalah klon jambu batu berbiji dan Klon GU 12- GU 15 jambu tanpa biji. Jabatan Pertanian mengesyorkan cuma Klon GU 8 ,Klon GU 9 dan GU 10 (Berbiji) .Varieti GU 8 (Kampuchea) paling popular ditanam kerana ia mampu berhasil 6-8 bulan selepas ditanam dengan potensi hasil antara 40-50 mt sehektar selepas 4-5 tahun ditanam diladang. Buah Jambu batu di jual dalam bentuk segar , boleh diproses dan dijadikan makanan snack. Penulis tidak membeli buah jambu ini kerana sudah biasa memakannya. Buah ini yang bentuknya bulat, bujur seperti buah pir. Tempoh matang (sesuai untuk dipetik) bagi jambu batu daripada berputik ialah 2-3 bulan. Kini terdapat juga varieti jambu batu tanpa biji. Kebanyakan jenis jambu batu mempunyai kulit buah berwarna hijau kekuningan. Isinya berwarna putih, krim atau merah jambu. Isinya lembut tetapi diselangi biji yang kecil dan keras. Selain itu, terdapat juga variti jambu batu isinya bewarna merah jambu yang telah dikomersilkan menjadi jus jambu batu.


Produk makanan yang menarik saya dalam Pasar Satok seterusnya adalah apa yang penduduk tempatan panggil 'Ketupat Pulut'. Bentuk anyaman yang unik ini membuatkan penulis membeli dan merasanya. Ketupat berbentuk 'Tali Leher' ini dijual dengan harga RM1.00 satu atau selonggok RM5.00 untuk 5 batang (Sila lihat foto disebelah). Ketupat pulut ini ada yang dijual berasingan dengan kuah kacang bergantung kepada keperluan pelanggan. Ketupat ini enak dimakan dengan serunding atau sambal kacang yang juga ada dijual digerai tersebut. Apa yang menariknya adalah bagaimana anyaman ketupat tersebut yang unik. Membuat ketupat memang perlukan kemahiran dan ia perlu dimasak agak lama untuk membolehkan disimpan lama dan tidak basi. Penulis membeli selonggok ketupat dan dimakan dengan Serunding Ikan Terubok yang sedang dibuat promosi jualan dikawasan gerai ikan terubuk masin.


Ke Kuching Sarawak memang mesti mendapatkan Kek Lapis Sarawak!.. Penulis agak lama berhenti di gerai Kak Salmah dimana terdapat lebih dari 5 orang penjual kek lapis Sarawak di Pasar Satok. Penjual akan membuat 'uji rasa' dengan ada bekas mengandungi pelbagai perisa kek lapis ini (Sila lihat foto disebelah). Kalau mahu terus kekedai kek lapis atau kekilang kek lapis pun akan mendapat kek lapis yang hampir sama rasanya. Kek Lapis Sarawak ini dijual dengan pelbagai harga mengikut keunikan dan bahan campuran didalamnya. Semurah RM10.00 satu kek lapis sehingga RM25.00 satu dan ada juga yang lebih mahal. Penulis mencuba tidak kurang daripada 12 jenis kek lapis digerai ini dan akhirnya membeli 7 kek lapis. Jenis yang dibeli adalah Kek Lapis Original, Kek Lapis Pandan, Kek Lapis Nanas, Kek Lapis Butter dan beberapa lagi. memang enak makan kek lapis ini didalam hotel. Kek lapis juga kini telah dijadikan buah tangan pelancong dari Semenanjung Malaysia untuk dibawa pulang.


Ikan Bulu Ayam ada dijual di Pasar Satok yang masih segar lagi. Penulis sebenarnya lebih biasa denga Ikan Bulu Ayam Masin yang dimakan dengan Nasi Ambeng yang popular diJohor. Bagaimana pun ikan ini dijual dengan harga RM10.00 sekilogram dan dikira murah kerana jarang saya jumpa ikan segar seperti ini (Sila lihat foto disebelah). Ikan ini walau pun ada tulang halus didalamnya tetapi enak dimakan dengan cara menggoreng bersalut tepong atau di masak dengan sambal merah pedas. Ikan ini sesuai dimakan dengan nasi putih diwaktu lapar pada tengahari. Penulis blog tidak membeli ikan ini kerana sukar untuk memasaknya walau pun teringin untuk makan ikan ini. Ikan Bulu Ayam merupakan spesies ikan air tawar. Nama saintifiknya adalah Moustached thryssa atau juga dengan nama Thryssa mystax yang mana ianya adalah  dan merupakan sejenis ikan yang terdapat di Malaysia seperti di Sarawak ini. Memang siapa yang berkunjung ke Pasar Satok kena bawa duit yang cukup untuk membeli pelbagai produk kampong dan produk laut serta makanan yang murah dan segar.


Jualan Udang dan Ikan Segar merupakan satu aktiviti yang manrik dipasar ini. Terdapat banyak jenis udang segar yang dijual dimana paling menarik adalah jualan udang Galah, Udang Kara, udang Pengantin, Udang Geragau dan banyak lagi. bagaimana pun penulis melihat jualan Udang Putih yang dijual dengan harga RM34.00 sekilogram (Sila lihat foto disebelah). Udang ini yang masih segar amat sesuai untuk dimasak sambal, dijadikan ramuan dalam mee goreng atau dimasak dengan sayuran lain. Negeri Sarawak memang mempunyai kawasan laut dan sungai yang luas sebagai pembekal udang yang banyak. Udang disini dikira dijual dengan harga berpatutan dan ada kalanya murah juga. Bagaimana pun penulis pernah membeli udang segar yang murah dan memakannya dahulu dengan banyak sehingga ada masaalah kolesterol dari udang. Udang merupakan makanan berkhasiat yang sering dihidangkan di restoren seafood yang terdapat disekitar Bandar Kuching.


Ikan Terubuk Masin merupakan satu tarikan utama di Pasar Satok sama ada di lokasi lama atau dipasar baru. Lazimnya pelancong akan membeli ikan terubuk masin yang disediakan dengan cara pembungkusan terbaik untuk dibawa pulang dengan pesawat kapalterbang. Ikan terubuk dijual disini ada dua jenis iaitu Ikan Terubuk Tempatan dan Ikan Terubuk Import. Bagaimana pun ikan terubuk tempatan agak sukar dijumpai dan kalau ada pun harganya mahal. Tinjauan penulis mendapati ikan terubuk masin ini dijual dengan harga RM5.00 seekor sehingga RM35.00 seekor atau lebih lagi. Kualiti saiz, kesegaran, ukuran dan jenis menentukan harga jualan. Apa pun penulis membeli 5 ekor Ikan Terubuk Premium dengan harga RM35.00 seekor yang saiznya besar, masih segar dari penjual yang peramah. Ikan ini perlu dibuang garamnya sebaik sahaja tiba dirumah untuk mempastika ia tidak terlalu masin ketika dihidangkan. Sebaiknya diperah dengan jus limau untuk mendapatkan kesegarannya. Sesuai dimakan dengan nasi putih dan sayur. IKAN TERUBUK MASIN (Salted Terubuk Fish) merupakan satu identiti produk di Sarawak yang sangat popular semenjak berpuluh tahun dahulu selain daripada produk Kek Lapis Sarawak. Ikan Terubuk (Tenualosa toli) yang asli di Negeri Sarawak dilaporkan terdapat di Kawasan Sungai Sebuyau dan Sungai Sebangan serta beberapa sungai lain seperti di Batang Lupar di Sarawak. Manakala di Semenanjung Malaysia pula ikan ini didapati disekitar Sungai Perak, Sungai Pahang dan beberapa sungai lain walau pun bilangannya agak sedikit. Saya telah pun merujuk kepada laporan Jabatan Perikanan dimana terdapat 3 jenis ikan terubuk yang lazim ditangkap untuk dimakan iaitu Jenis Ikan Terubuk Tenualosa toli, Tenualosa macrura dan jenis Hirsa kalee. Ketiga-tiga jenis ikan ini adalah daripada keluarga Clupeidae yang terdapat diperairan air pada kawasan iklim panas di tropika dimana amat suka pada jenis air payau. Ikan terubuk ini unik kerana ia mempunyai kitaran hidup dua peringkat iaitu pada tahun pertama ia adalah IKAN JANTAN manakala pada tahun berikutnya ia akan menjadi IKAN BETINA. Jangkahayat ikan terubuk lazimnya selama 18 bulan sahaja. Itulah sebabnya hampir semua ikan terubuk dewasa mempunyai telur yang banyak.

Artikel ini bersambung dalam Part 1, Part 2 dan Part 4. Tinjauan penulis blog dan meneliti produk kampong dipasar Satok membolehkan banyak idea tercetus. Wasallam!!...
KEPASAR SATOK...MEMBUAT TINJAUAN...
PRODUK KAMPONG...IA DI UTAMAKAN...
AMBIL FOTONYA... UNTUK PENULISAN...
ANIM AGRO ...KINI MENJADI RUJUKKAN... 

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1227, Hotel Hilton Kuching,
Kuching, Sarawak,
Malaysia.
(27 RabiulAkhir 1439H).

Wednesday, January 17, 2018

APA ADA DIPASAR SATOK (PART 2)

PASAR SATOK merupakan satu pusat jualan yang sangat popular di Bandaraya Kuching kepada penduduk tempatan dan juga pelancong. Keunikkan ini amat terserlah terutama pada hari Sabtu dan Ahad dimana terdapat banyak jualan produk-produk kampong dipasar ini yang telah moden dan selesa kepada pengunjung. Penulis yang beberapa kali kepasar ini amat suka dengan aktiviti jualan dan produk yang dipamerkan. Medan Niaga Satok di Jalan Matang, Kuching, merupakan sebuah pasar tani moden baharu yang mana ia telah dibangunkan bagi menggantikan Pasar Tamu Satok yang telah beroperasi sejak 20 tahun lalu. Visi Kementerian Pelanco­ngan Sarawak menjadikan kawasan Medan Niaga Satok di tebing Sungai Sarawak di sini sebagai tempat ikonik 'wajib' dikunjungi pelancong ke bumi Kenyalang, dilihat berada di landasan yang betul. Kawasan komersial yang dibangunkan bersebelahan Kompleks Kubah Ria itu dengan kos RM46.6 juta menerusi peruntukan khusus oleh Kerajaan Persekutuan kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang mencatatkan urus niaga bernilai tidak kurang RM60 juta setahun sejak mula beroperasi kira-kira tiga tahun lalu. Projek naik taraf Medan Niaga Satok membabitkan peruntukan RM13 juta bagi kemudahan seperti tandas, bilik mandi, tempat letak kereta, lampu gemerlapan dan benteng gerai makan. Medan Niaga itu merupakan pasar tani terbesar dalam negara yang diuruskan oleh FAMA, dengan kapasiti 1,444 ruang niaga tetap dan keutamaan diberikan kepada peniaga sedia ada di Pasar Tamu Satok, termasuk 600 ruang untuk peniaga hasil hutan yang sebelum ini berniaga di Pasar Minggu Satok. Kerajaan negeri mengambil tindakan tepat apabila memutuskan untuk memindahkan pasar yang 'menyesakkan' di Jalan Satok ke Medan Niaga, walaupun awalnya mendapat tentangan beberapa pihak yang ragu-ragu dengan potensinya. Medan ini asalnya adalah Pasar Satok yang berselerak. Jadi kerajaan negeri mengambil langkah bijak membuka tempat ini bagi membolehkan peniaga berniaga. Ini tempat yang sesuai dan selesa untuk berniaga. Jualan pasti akan meningkat untuk jangka masa panjang. Kedudukan kawasan Satok di pusat bandar raya ini yang me­nempatkan pusat-pusat perniagaan dan kewangan utama di Sarawak menjadikan ia antara kawasan penting yang akan seterusnya akan membentuk imej bumi Kenyalang di mata pengunjung. Dari pengalaman penulis yang pernah tinggal di Kuching dulu mendapati sebelum ini, persekitaran sesak Pasar Minggu di Jalan Satok yang memghimpunkan ratusan peniaga dari Market Street dan Padang Pasir selama kira-kira 30 tahun dilihat begitu unik lagi sinonim dengan Kuching, namun panorama itu bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan sangat bagi membentuk imej sebuah bandar raya moden. Visi kerajaan negeri mengubah segalanya apabila para peniaga di kawasan sesak itu dipindahkan ke seberang sungai sekitar empat tahun lalu, hanya di tepi jambatan yang merentasi Sungai Sarawak. Medan Niaga Satok dilihat pontensinya bukan sahaja dari sudut sebuah pasar unik yang menawarkan hasil tani dan hutan semata-mata, tapi juga berpotensi sebagai destinasi cukup menarik buat pelancong. Artikel malam ini saya menulis dalam blog popular "Anim Agro Technology" beberapa produk yang dijual di PAsar Satok dan beberapa ulasan mengenainya.


Antara jenis cendawan yang penulis jumpa di Pasar Satok adalah Cendawan Abalone (Sila lihat foto disebelah). Ia dijual dengan harga satu piring RM2.00 sahaja. Pada saya ia amat murah dengan harga tersebut. Abalone (Pleurotus cystidiosus) merupakan sejenis cendawan yang dijual dan dihasilkan oleh penduduk tempatan sekitar Kuching, Samarahan dan Serian untuk dijual disini. Saya ada menulis mengenai cendawan berkaitan (Sila klik Disini). Cendawan ini amat berkhasiat dengan mana kebanyakknya adalah bersifat Organik, Segar, Berkhasiat, Hasil Tinggi, Mudah ditanam dan Tiada Bahan Kimia didalamnya. Jenis cendawan tersebut boleh diusahakan oleh mereka yang betul-betul 'minat' dengan cendawan. Ramai usahawan cendawan tempatan yang 'gulong tikar' setelah menceburi industri ini kerana risiko yang amat tinggi dan ramai juga yang berjaya dalam industri cendawan melebihi 25 tahun. Cendawan abalone sesuai ditanam oleh mereka yang mengetahui akan teknologi dan mempunyai kawasan sesuai serta modal mencukupi. Dipasaran sebenarnya terdapat banyak cendawan abalone kering daripada luar negara. Cendawan ini sesuai dimasak dengan pelbagai resepi. Penelitian penulis mendapati cendawan abalone ini banyak dihidangkan di Seafood Restaurant sekitar Kuching.


Terdapat beberapa penjual di Pasar Satok yang menjual PETAI. Petai dijual disini dalam 2 bentuk iaitu petai dengan kulitnya (bertangkai) dan petai yang telah dikupas (Sila lihat foto disebelah). Petai dikupas dijual dengan harga RM3.00 sepiring dan RM5.00 dua piring. ULAM PETAI (Parkia speciosa) merupakan sejenis tumbuhan dibawah keluarga Fabaceae yang tumbuh dalam hutan dan kini boleh ditanam sebagai tanaman komersil yang boeh mendapatkan hasil. Saya menulis banyak artikel mengenai petai (Sila klik disini) dan banyak artikel petai lagi. Petai mengandungi zat asid amino dan karbohiderat kompleks yang juga akan menyebabkan kencing berbau busuk jika makan petai dengan kuantiti sedikit apa lagi kalau dengan kuantiti banyak. Kajian dimakmal mendapati buah petai mengandungi 0.8183 % Lemak, 5.2% Protin, 2.06% Karbohiderat, 36,647 kalori, 4.18335 Vitamin C, 25.38% Air, 0.95% Abu, 22.30 Serat Kasar, 0.916 Gula, 1.35 ppm Kalsium, 842.45 ppm Kalium, 7.8 ppm Magnesium dan lain-lain zat asid lagi. Ada juga orang yang suka makan daun petai muda sebagai ulam yang ianya juga mempunyai bau seperti buah petai juga. Saya paling suka makan petai matang dengan kulitnya sekali utuk mendapatkhan khasiat kulit petai yang mempunyai rasa pahit dan kelat. Kulit petai dipercayai mengandungi penawar daripada skit perut kerana makan terlalu banyak petai yang boleh menyebabkan kita tidak tanan buang air besar. Penulis tidak membeli petai di Pasar Satok kerana sukar membawa pulang ke Johor.

Terung Pipit juga salah satu produk jualan di Pasar Satok yang menarik perhatian saya. Produk terung ulam ini dijual dengan harga RM2.00 satu piring dengan jumlah yang banyak (murah). Terung pipit yang berwarna hijau ini enak dimakan dengan nasi putih dan sambal belacan (Sila lihat foto disebelah)Anda boleh membaca artikel mengenai terung pipit tulisan saya (Sila klik Disini). Terung Pipit (Solanum torvum) dari keluarga Solanaceae atau dikenali juga sebagai 'Terung Rembang' di Malaysia tidak banyak maaklumat diperolehi dari segi agronomi . Saya telah buat penelitian dimana tidak ada maklumat keluasan direkodkan .Nilai pemakanan terung pipit setiap 100 g adalah air (89 g), Protin (2 g), Lemak (0.1 g), Karbohiderat (7.9 g), Kalsium (50 mg), P (30 mg), Fe (2 mg), Vitamin A (750 IU), Vitamin B (0.8 mg), Vitamin C (80 mg) dan sebanyak 160 kiloJoule tenaga. Saya dapati kandungan diatas sesuai untuk terung ini dimakan sebagai ulam segar di masak untuk sayuran tumis atau dimasukan dalam masakan kari. Kajian perubatan tradisional menyatakan terung pipit dijadikan sebagai bahan penghalus tumit kaki (dibuat di Malaysia), menghilangkan sakit pening kepala (di China) dan bijinya dijadikan ubat sakit gigi, ekstrak diguna sebagai penawar bisa gigitan ular atau serangga (di India), buah dimakan sebagai ubat sakit perut (di Brunei), anak benih terung pipit diguna sebagai pokok penanti untuk cantuman (di Jepun) dan sebagainya. Penulis suka makan terung pipit yang dibeli di Passar  Satok dan memakannya dengan nasi putih. Kebanyakan terung pipit dijual disini adalah bersifat Organik.

Penulis amat tertarik dengan Sayur SULUR KELADI (Sila lihat foto disebelah). Sulur keladi yang dijual Puan Jacklyn ini sudah sedia untuk terus dimasak dalam kuali dijual dengan harga RM2.00 satu ikat dan untuk satu keluarga 5 orang mencukupi membeli sebanyak 2-3 ikat sahaja. Artikel saya mengenai sulur keladi diterbitkan pada tahun 2016 dan beberapa lagi diterbitkan sebelum dan selepas itu (Sila klik disini)Sulur Keladi atau 'Cocoyam Stolon' ini adalah jenis akar yang keluar dari pokok keladi (Colocasia esculenta) merupakan sejenis bahan yang digunakan sebagai sayuran. Mungkin tidak ramai orang mengetahui akan keujudan sulur keladi dan keliru dengan perkataan 'sulur keladi' sebagai anak benih keladi untuk ditanam. Sulur keladi di kutip dan memang ada dijual di Pasar Satok, Pasar Malam dan Pasar Tani disesetengah pasar biasa. Saya memang suka membeli dan makan sulur keladi walau pun ada orang kata kalau tidak pandai masak akan menyebabkan tekak rasa gatal. Terdapat beberapa restoran makanan Melayu Tradisional di Johor dan Selangor yang menghidangkan sayu sulur keladi sebagai hidangan istimewa. Penanaman keladi juga menggunakan anak benih yang juga dipanggil sebagai Sulur Anak Benih. Dalam bahasa teknikal sulur keladi ini saya takrifkan merupakan akar yang keluar (lebih tepat dipanggil sebagai STOLON) dan menjalar dibahagian atas permukaan tanah. Pada keadaan tertentu sulur ini akan menghasilkan anak pokok baru dengan mengeluarkan akar dan pucuk baru iaitu satu sifat semulajadi pada tumbuhan keladi dari keluarga Arecaceae. Ini merupakan satu kaedah keladi untuk membiak secara semulajadi. Penulis membeli beberapa piring sulur keladi ini dan dibawa bali ke Johor Bahru untuk menikmati masakan Sulur Keladi Pedas. Enaknya!.

Berjalan-jalan lagi penulis blog menjumpai kawasan buah-buahan. Terdapat banyak buah-buahan tempatan dijual disini seperti durian, nangka, cempedak, rambutan (Promosi Rambutan Anak Sekolah sedang dijalankan FAMA dipintu utama masuk Pasar Satok), Pisang, Manggis, Mangga dan banyak lagi. Apa pun saya tertarik dengan jualan LIMAU MADU (Citrus suhuensis) yang dijual dengan harga RM9.00 sekilogram (Sila lihat foto disebelah). Limau Madu ini dahul didaftarkan dengan nama M33 yang berasal daripada Segamat, Johor. Tulisan saya mengenai limau madu boleh dibaca dengan (Sila klik Disini) terutama mengenai kos pengeluarannya. Keluasan tanaman limau manis di Malaysia cuma 3,940 hektar dengan hasil sebanyak 17,970 metrik tan pada 2016. Daerah Asajaya di Sarawak merupakan kawasan utaman tanaman limau langkat di Malaysia dengan keluasan 294 hektar pada tahun 2016 diikuti dengan Daerah Simunjan Sarawak (288 ha) dan Daerah Beaufort Saabah (230 ha). Penjualan limau di Sarawak memang tidak asing kerana negeri tersebut masih mampu menghasilkan limau mereka sendiri. Memang saya membeli 2 kilogram limau ini kerana manis, murah dan berbaloi membelinya.

Artikel ini bersambung dalam Part 1, Part 3 dan Part 4. Tinjauan penulis blog dan meneliti produk kampong dipasar Satok membolehkan banyak idea tercetus. Wasallam!!...
KEPASAR SATOK...MEMBUAT TINJAUAN...
PRODUK KAMPONG...IA DI UTAMAKAN...
AMBIL FOTONYA... UNTUK PENULISAN...
ANIM AGRO ...KINI MENJADI RUJUKKAN... 

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1227, Hotel Hilton Kuching,
Kuching, Sarawak,
Malaysia.
(27 RabiulAkhir 1439H).

Tuesday, January 16, 2018

APA ADA DI PASAR SATOK (Part 1)

PASAR SATOK merupakan satu pusat jualan yang sangat popular di Bandaraya Kuching kepada penduduk tempatan dan juga pelancong. Keunikkan ini amat terserlah terutama pada hari Sabtu dan Ahad dimana terdapat banyak jualan produk-produk kampong dipasar ini yang telah moden dan selesa kepada pengunjung. Penulis yang beberapa kali kepasar ini amat suka dengan aktiviti jualan dan produk yang dipamerkan. Medan Niaga Satok di Jalan Matang, Kuching, merupakan sebuah pasar tani moden baharu yang mana ia telah dibangunkan bagi menggantikan Pasar Tamu Satok yang telah beroperasi sejak 20 tahun lalu. Visi Kementerian Pelanco­ngan Sarawak menjadikan kawasan Medan Niaga Satok di tebing Sungai Sarawak di sini sebagai tempat ikonik 'wajib' dikunjungi pelancong ke bumi Kenyalang, dilihat berada di landasan yang betul. Kawasan komersial yang dibangunkan bersebelahan Kompleks Kubah Ria itu dengan kos RM46.6 juta menerusi peruntukan khusus oleh Kerajaan Persekutuan kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang mencatatkan urus niaga bernilai tidak kurang RM60 juta setahun sejak mula beroperasi kira-kira tiga tahun lalu. Projek naik taraf Medan Niaga Satok membabitkan peruntukan RM13 juta bagi kemudahan seperti tandas, bilik mandi, tempat letak kereta, lampu gemerlapan dan benteng gerai makan. Medan Niaga itu merupakan pasar tani terbesar dalam negara yang diuruskan oleh FAMA, dengan kapasiti 1,444 ruang niaga tetap dan keutamaan diberikan kepada peniaga sedia ada di Pasar Tamu Satok, termasuk 600 ruang untuk peniaga hasil hutan yang sebelum ini berniaga di Pasar Minggu Satok. Kerajaan negeri mengambil tindakan tepat apabila memutuskan untuk memindahkan pasar yang 'menyesakkan' di Jalan Satok ke Medan Niaga, walaupun awalnya mendapat tentangan beberapa pihak yang ragu-ragu dengan potensinya. Medan ini asalnya adalah Pasar Satok yang berselerak. Jadi kerajaan negeri mengambil langkah bijak membuka tempat ini bagi membolehkan peniaga berniaga. Ini tempat yang sesuai dan selesa untuk berniaga. Jualan pasti akan meningkat untuk jangka masa panjang. Kedudukan kawasan Satok di pusat bandar raya ini yang me­nempatkan pusat-pusat perniagaan dan kewangan utama di Sarawak menjadikan ia antara kawasan penting yang akan seterusnya akan membentuk imej bumi Kenyalang di mata pengunjung. Dari pengalaman penulis yang pernah tinggal di Kuching dulu mendapati sebelum ini, persekitaran sesak Pasar Minggu di Jalan Satok yang memghimpunkan ratusan peniaga dari Market Street dan Padang Pasir selama kira-kira 30 tahun dilihat begitu unik lagi sinonim dengan Kuching, namun panorama itu bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan sangat bagi membentuk imej sebuah bandar raya moden. Visi kerajaan negeri mengubah segalanya apabila para peniaga di kawasan sesak itu dipindahkan ke seberang sungai sekitar empat tahun lalu, hanya di tepi jambatan yang merentasi Sungai Sarawak. Medan Niaga Satok dilihat pontensinya bukan sahaja dari sudut sebuah pasar unik yang menawarkan hasil tani dan hutan semata-mata, tapi juga berpotensi sebagai destinasi cukup menarik buat pelancong. Artikel malam ini saya menulis dalam blog popular "Anim Agro Technology" beberapa produk unik pada penulis blog yang dijual di Pasar Satok dan beberapa ulasan mengenainya.


Produk yang pastinya menarik ramai pelancong adalah Buah Dabai. BUAH DABAI (Canarium odontophyllum) merupakan sejenis buah yang terdapat di Borneo dari keluarga Buseraceae yang popular sebagai buah nadir tempatan (Sila lihat foto disebelah). Selain itu tumbuhan ini juga tumbuh dari kawasan kepulauan Borneo, Thailand, Vietnam, Filipina, Myanmar dan China sehingga ke Queensland di Australia. Anda boleh baca tulisan saya mengenai buah ini (Sila klik disini). Dalam meninjau buah unik yang berwarna hitam macam buah kurma mendapati pokok dabai tumbuh dan berbuah dikawasan Sibu dan Sungai Rajang sahaja dan kurang produktif jika ditanam dikawasan lain. Buah dabai banyak gred yang dijual diantara serandah RM12.00/kg sehingga menghampiri RM50.00 sekilogram mengikut gred. Buah ini perlu dicelur dengan air panas dan kemudian dicelup garam atau kicap untuk kita memakannya. Rasanya lemak kelat sedikit dan penulis kurang suka dengan rasa buah ini. Ini kerana mental saya fikir ia akan memberikan rasa manis sahaja.


Buah Nanas (Ananas comosus) ada dijual dipintu utama memasukki kawasan jualan produk kampong. Terdpat longgokkan buah nanas dari pelbagai varieti dan warna. Penjual yang peramah memberikan potongan beberapa jenis nanas yang dijualnya. Nanas Josapine, Nanas Moris,nanas Pada, Nanas Sarikei, Nanas N36, Nanas Merah, Nanas Mini dan beberapa jenis lagi yang kurang dikenali. Bagaimana pun penulis blog tertarik dan membeli nanas dengan harga RM5.00 sebiji dan memang manis. Buah nanas dihasilkan kebanyakannya di sekitar Samarahan, Kuching dan beberapa lokasi lain. Belum banyak nanas MD2 dijual di Pasar Satok dari tinjauan penulis. Penulis blog baru sahaja menghadiri Majlis Rasmi Penanaman Nanas MD2 Peringkat Negeri Sarawak pada 13 Januari 2018 di Kg Padang Pan, Bau oleh YB Timbalan Menteri Sarawak.


Ulaman Upak Kechalak pula penulis blog jumpa dijual oleh 3 orang sahaja di Pasar Satok (Sila lihat foto disebelah). UMBUT TEPUS (Etlingera coccinea) atau TUHAU (dalam bahasa Kadazan) atau UPAK KECHALAK (nama dalam bahasa Iban) merupakan sejenis ulaman beraroma daripada keluarga Zingiberaceae yang popular di Sabah dan juga di Sarawak tetapi kurang popular di Semenanjung Malaysia. Sila baca tulisan saya dalam blog ini (Sila klik Disini). Hanya orang utara yang pandai memakan umbut tepus ini terutama di Negeri Kedah dan Utara Perak sahaja. Penulis blog yang baru-baru ini berkunjung ke Kuching dan Kota Kinabalu amat suka makan ulam Tuhau atau Upak Kechalak di Kuching. Ulam yang mempunyai aroma ini mempunyai rasa masam dan seakan halia kerana ia adalah daripada keluarga yang sama. Pada ramai orang kini mungkin ramai tidak kenal akan ulam ini dan ramai yang merasakan nama 'Tuhau' cukup asing dan aneh bagi mereka yang tidak mengenali tumbuhan ini. Ulam Tuhau merupakan sejenis tumbuhan yang penulis blog boleh dikategorikan sebagai ulam yang tumbuh meliar di hutan hujan di kawasan Kepulauan Borneo. Upak Kechalak dijual dengan harga RM2.00 untuk 5 batang sama ada yang siap dikupas mahupun yang belum dikupas (Sila lihat foto disebelah). Ia memberikan rasa enak dan sedikit pedas ketika dimakan bersama nasi putih.


TERUNG DAYAK merupakan produk jualan yang pada saya unik kerana terung ini banyak dijual dipasar ini. TERUNG DAYAK (Solanum ferox Linn) merupakan sejenis lagi terung yang terdapat di Malaysia dalam keluarga Solanaceae.  Saya telah menulis mengenai terung ini pada tahun 2010 (Sila klik disini)Terung dayak banyak ditanam di Sarawak dan Sabahdan hanya sedikit sahaja di tanam di Semenanjung seperti di Pahang, Johor dan Selangor. Kalau kita pergi ke pasar di Satok, Kuching Sarawak atau pasar di Serian amat mudah untuk mendapatkan bekalan terung dayak yang segar dengan harga yang murah. Satu longgok 3-5 biji dijual dengan harga RM 2.00 - RM 4.00 bergantung kepada saiz, warna dan waktu. Harga purata runcit terung dayak adalah RM 6.00 - RM10.00 sekilogram mengikut kualiti dan kuantiti. Terung Dayak mempunyai buah yang sangat masam dan digunakan sebagai sayuran (Kat Bintulu, Sarawak dulu staff DOA "masak sup Air terung dayak" dan Ikan Sungai..sedap sebab lapar). Terung ini juga digunakankan dalam masakkan kari dan di Thailand terung dayak dimasak sebagai "nam prek". Rujukan saya juga mendapati terung dayak di masak dengan nasi di Indonesia yang akan melembutkan nasi dan selalu menambahkan perisa nasi tersebut. Terung tersebut juga kemudian dimakan dan hilang rasa masam.

Artikel ini bersambung dalam Part 2, Part 3 dan Part 4. Tinjauan penulis blog dan meneliti produk kampong dipasar Satok membolehkan banyak idea tercetus. Wasallam!!...
KEPASAR SATOK...MEMBUAT TINJAUAN...
PRODUK KAMPONG...IA DI UTAMAKAN...
AMBIL FOTONYA... UNTUK PENULISAN...
ANIM AGRO ...KINI MENJADI RUJUKKAN... 

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1227, Hotel Hilton Kuching,
Kuching, Sarawak,
Malaysia.
(27 RabiulAkhir 1439H).

Monday, January 15, 2018

SARAWAK HUB BARU NANAS MD2

 
INDUSTRI NANAS Sarawak sebagai sumber kekayaan baru bakal menjadi kenyataan apabila ianya dilaksanakan secara berperingkat dimasa akan datang. Perkara ini dinyatakan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak di Kg Padang Pan, Bau, Sarawak pada 13 Januari 2018 dalam satu majlis rasmi pelancaran penanaman nanas MD2 pada peringkat Negeri Sarawak. Beliau berkata penanaman nanas MD2 bakal menjana pendapatan lumayan kepada pengusaha nanas di Sarawak dengan kerjasama lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM). Dakwanya sebelum ini penanaman nanas di Sarawak hanya untuk makan sendiri sahaja dan tidak dipasarkan dengan cara betul menyebabkan harganya rendah. Petani dan penanam nanas di Sarawak telah beratus tahun menanam nanas sebagai satu aktiviti pertanian tetapi hanya untuk saradiri dan kini diperkenalkan varieti baru yang premium kualitinya untuk pasaran domestik dan pasaran eksport. Nanas MD2 kini diterima dipasaran antarabangsa dan pasaran domestik kerana kuaitinya yang manis, tahan lama dan mendapat permintaan baik diseluruh dunia. Ia selaras dengan konsep pembangunan dibawah perindustrian 4.0 yang diwar-warkan oleh Ketua menteri Sarawak sempena setahun beliau menjadi Ketua Menteri Sarawak. LPNM memperuntukkan sebanyak RM6.5 juta pada tahun 2018 untuk pembangunan nanas di Sarawak bagi tujuan menentukan industri ini lebih maju dimasa akan datang.  Artikel kali ini dalam "Anim Agro Technology" dipaparkan laporan akhbar tempatan The sunday Borneo Post pada 14 Januari 2018 yang bertajuk "Sarawak set to be pineapple export hub" untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.


 Uggah showing the MD2 pineapple suckers to be planted at Padang Pan 
pilot premium pineapple farm near Serikin, Bau.

SERIKIN: Sarawak farmers will no longer be facing problem to plant premium export quality MD2 pineapple soon as the government has resolved the seedling shortage issue.  Deputy Chief Minister Datuk Amar Douglas Uggah Embas told the media here yesterday that industry players are now allowed to bring in the suckers as the government has reviewed its policy on the matter. “For Sarawak we have resolved the issue. Initially we cannot bring in the suckers, but now we can. Our strategy will be to look for farmers who can produce planting materials for the next one or two years,” Uggah told reporters when launching a pilot Premium Pineapple Farm at Kampung Padang Pan, near here. Earlier in his speech, Uggah who is also Minister of Modernisation of Agriculture, Native Land and Regional Development revealed that MD2 pineapple farmers will be able to earn up to RM5,000 per month. Uggah told the audience that he was very surprised to see pineapples being planted at such a steep gradient via the project and praised Deputy Minister of Agriculture and Agro-based Industry Datuk Anthony Nogeh for taking such a brave approach in MOA effort to boost rural farmers’ income. “This pioneer premium pineapple project will determine the future direction of Sarawak pineapple industry. For a start the government will plant four hectares of land with an allocation of RM300,000 - and this pilot farm will become as a nursery to further develop a total area of 129 hectares. “In the past, pineapples are linked to peat soil but today this project shows us that it can be planted in hilly area on mass scale, this definitely will increase the acreage of land feasible for pineapple projects,” Uggah added.

If all go as planned, Malaysia Pineapple Industry Board (MPIB) predicted that Sarawak will become Malaysia’s pineapple hub soon due to the state’s strategic location with the world’s largest market - China. “By 2020 Sarawak is expected to become MD2 hub to China exporting about 100 containers valued at RM6 million per month,” he said, adding that China recently has approved the import of pineapple from Malaysia. Uggah stressed that Sarawak is very serious about developing its pineapple industry as Chief Minister Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg recently had approved RM10 million to build infrastructure for pineapple planting in Beting Maro state constituency. The Deputy Chief Minister took a swipe at MPIB for neglecting Sarawak in the past, and seemed to indicate it would be giving less than RM25 million promised to Sarawak under the 11th Malaysia Plan. “They give us RM3 million previous year and RM3 million last year. I told them mathematically this is not right because RM3 million a year in 5 years will not come to RM25 million they promised us. I am very happy this year they will give us RM6.5 million,” Uggah jibed, to laughter of the audience. Uggah also praised Nogeh for convincing him to work with the private sector to develop pineapple and durian industry in Sarawak, and took the trouble to introduce big players in Peninsular Malaysia who have the market in China and experience in downstream durian processing for export.

Meanwhile, Nogeh who spoke earlier revealed that his ministry would import MD2 suckers from a neighbouring country if the need arises as Sarawak raced to open up more pineapple plantation due do great demand. “For the immediate requirement, Malaysia Pineapple Industry Board will look into the possibility of importing from the Philippines - the MD2 suckers,” Nogeh said. Nogeh added the volume imported would depend very much on the request by Sarawak government. The deputy minister took pain to explain the difficulty faced by his team to introduce MD2 pineapple to Sarawak due to certain policy. “When we first wanted to start MD2 in Sarawak, there were a lot of obstacles. My first task was to bring the Agriculture Department Director and his officers to listen to briefing from MPIB and visit pineapple farm in Johor. Initially we were not allowed to bring in suckers for fear they will bring in disease so we buy tissue culture from a company in Buso, Bau and Pahang. “I would like to thank Agriculture Ministry Sarawak for allowing this pilot project, and this is the beginning for Sarawak to play a big role in the pineapple industry because as far as Sabah is concerned, they did not accept Pineapple Industry Act and as a result MPIB cannot operate in Sabah, so how they will regulate the industry we don’t know. Whereas here in Sarawak, I am very grateful to Sarawak government for allowing MPIB to come in and set up office here and help the rakyat,” Nogeh said. He explained MD2 was chosen because the variety is commanding very high demand and Malaysia have exported it to Europe, Middle East and recently to China. “Protocol have been signed with China, our Minister have signed agreement with China and they welcome our MD2 pineapple now. Several companies are sending the fruits to China now but is still not enough. China is also importing from Philippines and Costa Rica, but Costa Rica is three times the distance from Malaysia, we have the geographical location advantage,” he added. Nogeh said the pineapple planted in Kampung Padang Pan will be multiplied as a source of seedlings for Sarawak farmers from other areas.
Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
SUDAH DILAPOR... 'SUNDAY POST' ADA...
PELANCARAN NANAS MD2... SUDAH TIBA...
DI KG PAN BAU... LOKASI ASAL TANAMNYA...
HUB NANAS BARU... SEMUGA IA BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1227, Hotel Hilton,
Kuching, Sarawak,
Malaysia.
(14 Januari 2018).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...